TENTERA TINTA

Flag Counter

Thursday, October 28, 2010

DIANKU ABADI

Dirimu umpama dian yang menerangi, kegelapan dilubuk hati yang bercahaya, kini langkahku menuju kearah kejayaan..

Bait2 lagu dianku abadi diatas menjelaskan betapa pentingnya kewujudan seorang murabbi kepada kehidupan seorang insan.....



PENGORBANAN SEORANG GURU...



GURU insan yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Guru banyak menyumbangkan khidmat membangunkan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar.

Oleh itu, guru perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi pelajar dalam pembentukan sahsiah mereka. Prof Mohd Kamal Hasan menjelaskan: “Contoh teladan pendidik ini yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.



Mereka yang seharusnya terlebih dulu dilengkapi ciri akhlak mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak yang berbudi luhur.”

Abdul Halim al-Muhammadi pula menjelaskan, guru ialah ejen kepada keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak mencapai matlamatnya jika ejen yang menyampaikan tidak efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya jadi contoh berkesan.


Dapat dikatakan, guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu. Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikan sedikit ruang pada majlis, maka berikan ruang, nescaya Allah akan memperluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan (ingatlah) Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa saja yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan serta reda Allah. Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun (prasekolah) bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi. Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah.

Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak. Rasulullah SAw bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kedudukan profesion perguruan dalam agama cukup jelas. Segala ilmu disampaikan guru kepada pelajar akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat. Di sini peranan guru meningkatkan usaha serta kreativiti supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan. Justeru, pengorbanan dan kesungguhan guru menghadapi cabaran perlu dibalas dengan kejayaan pelajar menterjemahkan ilmu disampaikan dalam kehidupan mereka. Itulah hadiah paling berharga bagi guru.

Segala penat lelah terbalas apabila melihat pelajar yang dididik serta dibimbing penuh kasih sayang mencapai kejayaan dalam pelajaran seterusnya mencapai kecemerlangan. Justeru, guru perlu diberi penghormatan tinggi selari penghormatan diberikan Islam.

Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali sambutan Hari Guru kerana harapan mereka biar anak didik menjadi insan berilmu dan berguna, seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara. Guru mengerti usaha mendidik dan membangunkan insan bukan mudah. Meskipun begitu, semangat mereka tidak pernah luntur malah terus berusaha menyusun langkah meneruskan perjuangan demi memikul amanah Allah.

Demikianlah antara peranan guru ketika ini. Mereka bukan saja menjadi ‘qudwah hasanah’ (contoh terbaik) kepada masyarakat, bahkan peranan mereka lebih terbukti apabila negara kita berjaya melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang.

Tanggungjawab dan peranan guru tidak dapat dipertikaikan biarpun kadangkala mereka dipersalahkan apabila berlaku kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Guru mempunyai peranan dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Aspek pembinaan negara bangsa ini yang dijadikan tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tema ini bermatlamatkan memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan modal insan. Pemilihan tema ini sesuai dan tepat dengan peranan guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

PEMBELAJARAN NILAI TAMBAH

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH; KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN ICT DAN KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH; KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN


ICT DAN KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR.



Pengenalan

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu, Kemahiran
Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi
kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum
Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah
merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini
sepenuhnya.

Kemahiran Berfikir

Belakangan ini, guru-guru banyak terdedah dengan teknik pengajaran yang
bermatlamat untuk memperbaik keupayaan berfikir dan pengaplikasiannya dalam
pembelajaran. Namun begitu, sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pad




penggunaan buku teks. Dengan hanya membaca buku tidak akan memberikan
pemahaman yang secukupnya untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Kaedah penyoalan digalakkan bukan sahaja dalam kalangan murid malah juga
dalam kalangan guru untuk memastikan kesahihan sumber-sumber informasi (Siegel,
1980). Tambahan pula, guru perlu menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
kerana kajian menunjukkan kebanyakan murid sekolah menengah tidak menguasai
kemahiran berfikir secara kritikal. Guru bertindak mengambil jalan mudah untuk
menghabiskan sukatan pelajar dengan cepat tanpa merangsang kemahiran berfikir
murid. Ada juga guru yang tidak selalu mengajar untuk merangsang minda kreatif murid
malah membantutkan perkembangan pemikiran mereka.

Contohnya dalam pengajaran pemahaman, guru sering membaca dan juga
menjawab soalan pemahaman yang diberikan, khususnya soalan yang memerlukan
pandangan atau pendapat murid. Tujuan sebenar guru adalah untuk memastikan objektif
pelajaran tercapai. Walaupun guru disarankan untuk menjalankan pengajaran yang
berpusatkan murid, didapati guru masih lupa untuk mengaplikasikannya semasa dalam
situasi sebenar.

Dalam masa yang sama, bukan semua murid diberi peluang untuk menyatakan
pandangan masing-masing. Ada kalanya murid-murid perlu disoal atau ditanya dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza. Misalnya, murid yang malu atau takut
memerlukan guru menggunakan cara yang sesuai untuk membolehkan mereka
menyatakan pandangan mereka. Guru juga sering mempersendakan atau menjadikan
jawapan murid sebagai bahan humor yang akhirnya menghalang minat murid di samping
membantutkan proses pemikiran mereka.


2.




Ketidakpelbagaian soalan dan teknik penyoalan yang kurang berkesan turut
menjadi kekangan dalam merangsang kemahiran berfikir murid. Penyoalan yang lemah
seperti menggunakan kata soal ‘apa’, ‘siapa’, ‘bila’ dan sebagainya tidak menggalakkan
kemahiran berfikir secara maksimum. Guru tidak sedar bahawa penyoalan amat penting
dalam merangsang minda murid.

Selain itu, penggunaan bahan rangsangan seperti gambar, carta, jadual dan bahan
lain juga kadang kala tidak bersifat merangsang kemahiran berfikir murid. Bahan
rangsangan yang biasa dilihat, tidak menarik, atau tidak bersifat luar biasa kemungkinan
besar tidak akan menarik minat murid untuk berfikir untuk memberikan pandangan atau
pendapat.

Tambahan pula, bahan pelajaran yang disediakan guru juga tidak pelbagai.
Kebanyakan guru bahasa Melayu sering menggunakan bahan bacaan semasa mengajar
berbanding sumber yang boleh didengar atau ditonton. Alat bantu mengajar seperti
radio, televisyen dan komputer jarang digunakan manakala bahan bercetak pula
digunakan kerap kali digunakan. Ini sebenarnya menyebabkan murid bosan seterusnya
tidak menggalakkan kemahiran berfikir.

Sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada penggunaan buku teks. Dengan
hanya membaca buku tidak akan memberikan pemahaman yang secukupnya kepada
murid-murid untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Justeru, guru seharusnya perlu membantu murid-murid untuk memperkembang
kemahiran berfikir dan mental untuk membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan
kritis, khususnya dalam membuat keputusan. Guru perlulah merancang strategi yang
dapat menghasilkan keputusan yang efektif dengan meminta murid-murid membuat
refleksi terhadap keputusan yang dibuat oleh mereka.

3.




Guru bahasa Melayu perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan perkembangan
diri murid dengan menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral,
pengurusan emosi, kemahiran sosial, pemikiran yang efektif dan kebolehan
menyelesaikan masalah.

Kadang-kala, pembawaan juga merujuk kepada kemahiran. Misalnya, kemahiran
berfikir secara kritis iaitu kebolehan menganalisis, menilai dan menginterpretasi dalam
cara yang munasabah, efektif, berhati-hati dan serius. Pembawaan guru dikatakan tidak
kukuh atau kuat sekiranya mana-mana kemahiran ini tidak kena pada tempatnya. Untuk
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini, guru bahasa Melayu perlu bersikap terbuka
dan adil. Kemahiran berfikir bergantung kepada pembawaan dan keinginan guru dalam
memastikan aliran pengetahuan yang sempurna (Halpern 1998; Wright 2002).

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan
untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalan
untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang
dan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang
sebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan
ICT di sekolah?

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di
dalam kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari
bahasa sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang

4 .







mempunyai kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan
inisiatif guru unuk menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. Adakah
semua guru bahasa Melayu berupaya menyediakan perisian atau bahan bantu mengajar
yang sesuai sebelum menjalankan pengajaran bahasa yang menggunakan komputer?
Tambahan pula, guru bahasa tidak diberikan apa-apa bahan bantu mengajar elektronik
seperti komputer riba atau LCD untuk menyampaikan pengajaran bahasa seperti yang
diberikan kepada guru subjek lain.

Ketandusan ilmu ICT dalam diri guru sendiri juga menjadi faktor kemahiran ICT
tidak dapat diajar secara sempurna kepada murid. Kekurangan perisian bahasa Melayu
sering dijadikan alasan oleh guru sedangkan guru sendiri boleh membina perisian
sendiri. Ini menunjukkan guru bahasa Melayu mempunyai sikap rendah diri yang
menghalang mereka bersifat inovatif dalam pengajaran. Tidak semestinya perisian yang
dibina oleh seseorang guru itu hebat atau mempunyai teknologi yang tinggi. Guru
bahasa Melayu masih boleh menghasilkan perisian yang mudah, cepat dan berkesan.

Kebanyakan pengajaran guru dan topik pembelajaran bahasa Melayu hanya
tertumpu di dalam bilik darjah yang merangkumi aspek kemahiran bahasa yang biasa.
Walaupun kemahiran ICT turut digabungkan, namun penekanan terhadap kemahiran ini
sangatlah dingin.

Keseluruhannya, guru-guru yang telah mengenal pasti faedah-faedah
penggunaan ICT didapati lebih cenderung menggunakan ICTkerap kali di dalam bilik
darjah. Manakala, guru-guru yang sentiasa risau dan bermasalah pula sudah tentunya
tidak sedar akan faedah-faedah ICT, seterusnya mengekang mereka menggunakan ICT
di dalam bilik darjah. Dan keadaan ini banyak berlaku dalam kalangan guru bahasa
Melayu.

5.







Penggunaan ICTjuga banyak bergantung kepada guru-guru yang memiliki dan
menggunakan komputer kerap kali. Pemberian komputer riba kemungkinan besar dapat
menggalakkan dan meningkatkan keyakinan dan persaingan dalam kalangan guru
bahasa dan juga menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam penggunaan
ICT. Guru-guru yang kerap menggunakan komputer didapati lebih meminati ICT di
samping meningkatkan kualiti pengajaran. Pendek kata, guru-guru yang sudah biasa dan
menggunakan komputer secara berterusan membolehkan mereka menggabungkan ilmu
ICT dalam pengajaran secara berkesan.

Kalau diperhatikan dengan teliti, golongan guru yang menghadiri kursus adalah
dalam kalangan guru yang ada inisiatif sendiri. Kebanyakan guru sering memberi alasan
bahawa mereka tidak atau kurang mempunyai masa untuk mengikuti kursus. Ini
mungkin kerana kurangnya motivasi dan minat dalam kalangan guru yang dijadikan
sebagai alasan supaya tidak melibatkan diri dalam kursus. Murid-murid pula didapati
tidak dapat mengurus masa dengan baik untuk mempelajari cara menggunakan
komputer. Mereka juga didapati tidak mahir menggunakan komputer dan kurang
mendapat bantuan daripada rakan atau guru yang mahir dalam kemahiran tersebut.

Hanya segelintir guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana mereka menghadapi masalah dalam mengintegrasi ICT dalam
bilik darjah, masalah dalam membahagikan masa untuk menggunakan komputer dan
kekurangan dalam kemahiran serta pengetahuan ICT.

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Sekiranya guru ingin mengekalkan cabaran untuk menerapkan kemahiran belajar
cara belajar, seseorang guru itu sendiri haruslah meneruskan pembelajaran dan dalam
masa yang sama disokong oleh pihak sekolah. Bagaimanakah guru menilai dan

6 .







mengamalkan pembelajaran yang professional? Penilaian tersebut boleh dilihat melalui
sifat-sifat guru di dalam bilik darjah dan refleksi pengajaran yang dibuat oleh guru
tersebut. Penggunaan pelbagai sumber pengetahuan dan aktiviti yang kolaboratif serta
perbincangan dan penilaian terhadap pembelajaran juga turut memperdalam
pembelajaran guru.

Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati guru bahasa Melayu tidak begitu
mengutamakan pembelajaran seumur hidup. Matlamat guru untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dalam masa tertentu menyebabkan guru mengabaikan penguasaan
kemahiran belajar cara belajar. Guru seakan-akan kesuntukan masa untuk mengajar
kemahiran tersebut kepada murid.

Guru kurang berusaha untuk menyalurkan maklumat atau informasi yang baharu
dan terkini kepada murid. Buktinya, guru sering menggunakan bahan pelajaran yang
sedia ada seperti menggunakan buku rujukan, latih tubi dan bahan pembelajaran lain.
Jarang sekali guru menggunakan bahan bercetak mahupun alat elektronik yang berupaya
menyalurkan informasi yang terkini.

Maka, bukan sahaja murid tidak menerima ilmu-ilmu baharu malah guru sendiri
cetek pengetahuan. Apabila murid tiada pendedahan mengenai perkara yang berlaku di
persekitaran mereka atau dalam dunia semasa, sudah tentunya mereka tidak dapat
mengikuti perkembangan semasa dalam semua aspek. Malahan murid juga tidak
mungkin menghadapi dunia yang sering berubah. Ini kerana pengajaran guru tidak
banyak bersifat menguji kebolehan minda atau menjurus kepada penyelesaian masalah.
Pengajaran guru yang tidak meliputi dunia ‘sebenar’ dan kurang menggunakan contoh
‘sebenar’ dalam pengajaran akan menyebabkan murid tidak mahir dan tidak cekap
bertindak dalam menangani sesuatu masalah atau situasi.

7.







Guru sebenarnya dapat membezakan pembelajaran yang terhasil di dalam bilik
darjah dan di luar bilik darjah. Maka, guru perlulah ingat bahawa tahap pembelajaran di
dalam bilik darjah adalah lebih rendah berbanding pembelajaran di luar bilik darjah.
Disebabkan risiko yang lebih tinggi dalam pembelajaran di luar bilik darjah, guru
mungkin tidak dapat menghasilkan kualiti pembelajaran yang dikehendaki di sekolah.

Selain itu, guru haruslah memahami dan mengamalkan kemahiran belajar cara
belajar untuk tujuan membangundan meneruskan pengujian dalam kalangan guru sendiri
mahupun murid-murid. Maka, guru sewajarnya membuat kajian kecil untuk membantu
murid-murid untuk belajar cara belajar. Di samping itu, guru juga perlu memastikan
sejauhmana ciri-ciri sekolah dapat menjayakan usaha seseorang guru untuk mengurus
dan menghasilkan kemahiran dan pengetahuan belajar cara belajar. Penggunaan
rangkaian pendidikan, termasuklah rangkaian elektronik yang sebenarnya dapat
menyokong pembentukan, pengurusan dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran
belajar cara belajar juga perlu dikaji oleh guru. Dalam masa yang sama, guru juga perlu
cuba untuk membangunkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat
mengintegrasi aktiviti di dalam bilik darjah, sekolah dan juga rangkaian pendidikan.

Walaupun tidak ada langkah yang spesifik dalam merangsang kemahiran belajar
cara belajar, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan. Guru seharusnya
menekankan peranan dan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Pihak sekolah pula boleh memberi sokongan yang secukupnya kepada guru-guru dan
juga murid-murid dalam menerapkan kemahiran ini. Dengan kata lain, pembelajaran
menjadi lebih efektif apabila murid-murid mendalami pembelajaran mereka, hasil
penghayatan guru terhadap pengajaran.

8 .






Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik,
khususnya kerana kemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran
yang memfokus secara luaran dan kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran.
Pendek kata, langkah ini dapat membantu murid-murid untuk lebih mengutamakan
pembelajaran. Pemberian peluang yang secukupnya kepada murid-murid dapat
membantu mereka mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh
dilakukan oleh mereka dalam pelajaran. Dengan refleksi yang kritikal, murid-murid juga
dapat membuat keputusan tentang langkah seterusnya dalam pembelajaran dan
mengenal pasti cara untuk memperbaik pembelajaran mereka.

Dalam mengggabungkan kemahiran belajar cara belajar dengan pengujian dalam
kalangan murid-murid, guru mempunyai peranan yang eksplisit dalam pengajaran dan
pembelajaran . Murid-murid tidak akan membantah guru mereka, malah akan
menguasai proses pembelajaran dengan sendiri. Kemahiran belajar cara belajar dapat
dilihat apabila tumpuan murid-murid tertumpu ke arah proses pembelajaran dan
membuat keputusan.

Murid-murid yang sudah menguasai kemahiran belajar cara belajar akan
menunjukkan kefahaman mereka terhadap matlamat pembelajaran, memahami cara
pembelajaran di samping memahami perkara yang sedang dipelajari dan mampu
membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan pembelajaran mereka.

Penutup

Oleh itu, guru-guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran profesional untuk
merancang pengujian, memerhatikan pembelajaran, menganalisis dan menginterpretasi
pembelajaran, memberi tindak balas kepada murid-murid dan menyokong murid-murid

9





dalam dalam pengujian kendiri. Guru-guru juga haruslah disokong untuk
mempertingkatkan kemahiran ini dalam melalui perkembangan staf secara berterusan.

BIBLIOGRAFI

David Pedder, Mary James and John MacBeatha. (2005). How teachers value and
practice professional learning. British Journal of Educational Technology Vol 38
No 2. pp. 209–243. http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.

Epstein, Ann S. (2008). An early start on thinking. Educational Leadership. Vol. 65,
Issue 5 Database: Academic Source Premier.
http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.

Jari Lavonen, Matti Lattu, Kalle Juuti and Veijo Meisalo. (2006). Strategy-based
development of teacher educators’ ICT competence through a co-operative staff
development project. Vol. 29, No. 2, pp. 241–265. European Journal of Teacher
Education. 9 Ogos 2008. http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.

Lesley Abbott & Roger Austin. (2004). The global classroom: advancing cultural
awareness in special schools through collaborative work using ICT. European
Journal of Special Needs Education Vol. 19, No. 2. ISSN 0885–6257
(print)/ISSN 1469–591X (online)/04/020225–16 © 2004 Taylor & Francis Ltd.
http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.

Mary James and Paul Blackb. (2006). Learning How to Learn, in Classrooms, Schools
and Networks: aims, design and analysis. Research Papers in Education Vol. 21,
No. 2, pp. 101–118 ISSN 0267-1522 (print)/ISSN 1470-1146


bavani@hotmail.com


(online)/06/020101–18 © 2006 Taylor & Francis.

http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.

Patrick Carmichael and Richard Procter. Are we there yet? Teachers, schools and
electronic networks. The Curriculum Journal. Vol. 17, No. 2, June 2006, pp. 167

– 186. http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.
Swartz, Robert J (2008). .Energizing Learning. Educational Leadership. Vol. 65, Issue
5 Database: Academic Source Premier.

http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.

Williams & Dorothy(2000). Teachers and ICT: current use and future needs. British
Journal of Educational Technology, Vol. 31, Issue 4. Database: Academic Source
Premier. http://web.ebscohost.com/ehost/pdf.

Sunday, October 24, 2010

NORWAITU



Pertandingan nasyid terbuka IPG KAmpus Ipoh anjuran Lujanh Kesenian Kebudayaan Islam (KKI) dan Biro Agama dan Kerohanian IPG Kampus Ipoh. Kumpulan Norwaitu telah membawa lagu yang bertajuk kembali nyanyian asal daripada Far-East. Ahli kumpulan terdiri daripada Hafizie (Ketua)- J2, Suhairi -J2 , Ayrafful-J2 , Faris-J2, dan Hazim (K12).
Kumpulan dari unit J2 menampilkan junior dari unit K14 iaitu Hazim. Majoriti ahli kumpulan Norwaitu pula terdiri daripada ahli Lujnah Kesenian Kebudayaan (KKI) Sendiri iaitu Hafizie, Suhairi dan Hazim.


Monday, October 18, 2010

Sukan Rekreasi sesi ke II (Pulau Pangkor) 2010

Program sukan rekreasi ini melibatkan semua unit J ppismp ambilan julai 2009 minor pj IPG Kampus Ipoh bagi memenuhi sukatan pelajaran pendidikan jasmani pada sem 3. Terdapat tiga sesi semuanya trip ke pangkor ini. Kami merupakan trip yang kedua iaitu bermula dari 11 Okt - 14 okt 2010 yang melibatkan tiga kelas iaitu unit J2 (BM/PJ/KS), J11 (BC/PJ/KS) dan J13 (BT/PJ/KS). Sebelum ke pangkor kami telah dibahagikan kumpulan mengikut kelbelgabaian kaum antara kami mengikut konsep "1 Malaysia".

Hari PErtama :


Menunggu untuk menaiki feri ke pangkor