Assalamualaikum
Dunia pentas sandiwara
Sementara masih bernyawa watak-watak berbeza
Kita adalah pelakunya
Bermula dengan tangisan
Berakhir juga dengan tangisan
Mulut dikunci dari berkata
Hanya anggota yang berbicara
Yang bernama manusia itu ada fitrah, yang sentiasa inginkan kebaikan dan kebahagiaan. Namun apakah kudrat yang dimiliki ke arah itu?
Satu persoalan atau alasan?
Mengapa kudrat?
Aku mentakrifkan kudrat dalam konteks ini merujuk sikap manusia itu sendiri iaitu terbahagi kepada bahagian rajin dan malas. Berbalik soal fitrah semua orang mampu untuk mewujudkannya tetapi berbalik soal kudrat apakah kita mampu mewujudkannya?
Aku masih tidak faham akan segelintir pelajar yang selalu melengah-lengahkan solat fardhu dengan alasan terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran. Sehingga tergelincir waktu baru terdetik untuk menunaikan fardhu. Yang itu masih boleh diterima lagi. Malah ada yang sanggup mengabaikan solat fardhu atas alasan terlalu sibuk. Masya-Allah!
Apabila diajak solat berjemaah selalu dibilang nanti dahulu, tunggu dahulu dan selalunya pergi dahulu. Semua ini adalah berkaitan dengan kudrat yang bernama MALAS.
Tidak dinafikan aku juga kadang-kadang tewas dengan bisikan kudrat yang bernama malas. Jadi ayuhlah bersama kita berjihad menentang kudrat MALAS dengan mengantikan kudrat RAJIN.
Bagaimana?
Pertama sekali, islam memang sangat memerangi KEMALASAN. Rasulullah saw kerap berdoa:
Profesor Richard Wiseman, seorang pakar psikologi menyatakan jika diri terasa malas melakukan sesuatu, kuatkan semangat dengan mengatakan kepada diri: "buat sedikit pun jadilah". Apabila sudah buat sedikit, katakan kepada diri lagi: "tambah sedikit lagilah". Kemudian jika sudah siap bahagian tersebut, cakap lagi hal yang sama dan begitulah seterusnya. Pendek kata, jika terasa malas, sentiasa ulangi ungkapan "sedikit lagi.. sedikit lagi" dan tanpa anda sedari, banyak yang dapat anda capai. In Shaa Allah.
Aku masih tidak faham akan segelintir pelajar yang selalu melengah-lengahkan solat fardhu dengan alasan terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran. Sehingga tergelincir waktu baru terdetik untuk menunaikan fardhu. Yang itu masih boleh diterima lagi. Malah ada yang sanggup mengabaikan solat fardhu atas alasan terlalu sibuk. Masya-Allah!
Tidak dinafikan aku juga kadang-kadang tewas dengan bisikan kudrat yang bernama malas. Jadi ayuhlah bersama kita berjihad menentang kudrat MALAS dengan mengantikan kudrat RAJIN.
Bagaimana?
Pertama sekali, islam memang sangat memerangi KEMALASAN. Rasulullah saw kerap berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَرَمِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ
Praktikan doa ini dalam kehidupan, Insya-Allah kita dapat mengatasi kemalasan. Perlu diulangi kemasalan bukanlah sifat seorang muslim. Kembali kepada golongan salafus salih sangat membenci kemalasan. Bacalah kisah-kisah mereka; mereka semua adalah manusia-manusia yang sangat produktif!"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada ketakutan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kebakhilan." (HR Al-Bukhari)
Profesor Richard Wiseman, seorang pakar psikologi menyatakan jika diri terasa malas melakukan sesuatu, kuatkan semangat dengan mengatakan kepada diri: "buat sedikit pun jadilah". Apabila sudah buat sedikit, katakan kepada diri lagi: "tambah sedikit lagilah". Kemudian jika sudah siap bahagian tersebut, cakap lagi hal yang sama dan begitulah seterusnya. Pendek kata, jika terasa malas, sentiasa ulangi ungkapan "sedikit lagi.. sedikit lagi" dan tanpa anda sedari, banyak yang dapat anda capai. In Shaa Allah.
Kemalasan biasanya berlaku kerana kita belum memulakan apa-apa. Apabila sudah memulakan sesuatu tugas dengan penuh komitmen baik secara paksa atau sukarela, kemalasan akan semakin pudar. Mulakan tugas dengan sasaran yang kecil dahulu untuk mencari rentak dan semangat sebelum cuba memburu matlamat yang lebih besar. Apabila kita membayangkan matlamat yang besar sedangkan kerja masih di peringkat awal, kita akan merasa lebih terbeban lalu menyebabkan kita malas untuk melakukan kerja tersebut.
Semoga masukan laman pemusi-gemar kali ini dapat memberi semangat baru untuk kita samasama berjihad menentang kudrat kemalasan. Kita perang, kita menang!
Jangan dimenang kemalasan!
