Assalamualaikum.
Apa itu rapuh?
Jom sama2 kita fahami apa yang dimaksudkan dengan rapuh.
Menurut istilah kamus, rapuh merujuk kepada sesuatu benda yang lemah dan berisiko untuk rosak.
Perkataan rapuh itu sendiri amat luas makna penggunaannya.
Contohnya, boleh saja kita kata rapuh itu untuk merujuk kepada kayu yang sudah reput dan menghitung masa untuk patah.
Tetapi bukan rapuh kayu yang ingin aku utarakan dalam entri kali ini.
Rapuh yang cuba aku utarakan ini adalah merujuk kepada jiwa atau dalam konteks islaminya kerapuhan iman.
Aku yakin semua pembaca mesti sudah menonton filem KIL kan?
Jalan cerita dalam filem ini jelas menunjukkan kerapuhan jiwa watak utama yang cuba untuk membunuh diri sehingga sanggup mengupah orang untuk membunuhnya setelah gagal membunuh diri sendiri.
Hal ini kejadian dalam filem yang pasti memberi pengajaran kepada para penontonnya. Aku pasti tujuan dipertontonkan filem KIL adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengajaran kepada kita betapa RAPUHnya jiwa orang yang cuba ingin membunuh diri.
Bagaimana aku tahu?
Pertama : Hanya ALLAH yang berhak mengambil nyawa hamba-Nya. Selagi belum sampai ajal seseorang, buat macam mana pun (cubaan bunuh diri) tidak akan berjaya untuk menamatkan riwayat diri sendiri.
Kedua : Jelas dalam filem KIL menunjukkan agensi yang diupah itu sebenarnya bukan untuk membunuh orang tetapi sebaliknya yang berlaku iaitu agensi ini bertugas sebagai virus penyuntik semangat untuk klien mereka meneruskan kehidupan.
Ketiga : Jawapan itu ada pada ANDA semua.
Secara peribadinya, Aku puji atas usaha penerbitan filem KIL yang memberikan satu pengharapan yang baru kepada mereka2 yang cuba untuk membunuh diri sendiri. Mereka rasa hidup ini tidak berguna selepas musibah menghepap diri mereka. Sedangkan mereka tidak tahu musibah itu sebenarnya tanda inayah Allah kepada Hamba-Nya. Allah mahu sedarkan hamba-Nya yang mungkin sedikit terleka dalam mengingati-Nya. Itulah tandanya Allah RINDU akan hamba-Nya.
Secara tuntasnya, sama2 kita teguhkan keimanan agar jiwa kita tidak mudah rapuh apabila ditiup angin hitam.
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Jom sama-sama hayati lagu rapuh ost filem KIL daripada Pesawat.
Pesawat - Rapuh
Lagu / Lirik : Jipie Pesawat