TENTERA TINTA

Flag Counter

Thursday, April 22, 2010

BILAL BIN RABAH




Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.

Pengislamannya

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.
Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,
“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”
Tetapi Bilal lantas menjawab,
“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”
Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.

Jasa dan Perjuangannya

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.



Bilal Bin Rabbah

Suara muazzin terdengar
Memanggil insan menyembah allah
Sejenak terimbau ingatan
Kepada insan yang mulia

Dirimu hanyalah sahaya
Syahadah itu kebebasanmu
Derapan kakimu terdengar
Di depan rasulmu di syurga

Alunan azanmu terhenti
Hari kewafatan kekasih tercinta
Lalu berderailah tangisan
Suara emas tak terdengar lagi

Kau bilal bin rabah
Cekal dan tabah
Dipanggang di gurun yang panas
Biarpun dirimu didera disiksa
Bibirmu tetap menyebut

Allah tuhanku
Allah yang satu
Tiada tuhan selain allah
Muhammad pesuruh allah

Di balik kulitmu yang hitam
Tersimpan hati seputih kapas
Suara azanmu bergema
Adalah silammu yang luka
Adalah butiran mutiara
Menjadi tauladan manusia

BADAR 313


Peperangan Badar

Muqaddimah:
Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Sejarah :
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”
Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan
Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”
(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)
Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.
Hikmah didalam peperangan Badar
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.

Kesimpulan
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.


KONSPIRASI YAHUDI


Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

Satu lagi perkongsian menarik daripada blog kegemaran saya hasil perkongsian daripada penulis blognya iaitu Ibnuyaacob. Apa pun secara personal saya menggalakkan supaya mengambil madu dan Habbatus Sauda sebagai alternatif pencegahan daripada jangkitan wabak Selsema ini, disamping banyakkan berdoa mohon diberikan kesihatan dan kesejahteraan. Seperti yang kita tahu,Benda sunnah insyaAllah ada kebaikan dan kejayaan. Jangan tunggu dah kena baru nak berubat. Islam lebih suka pada pencegahan berbanding pengubatan. Dibawah adalah perkongsian daripada saudara IbnuYaacob
Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.
Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.

Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.
Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.
Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.
Permulaan Konspirasi Selsema Babi
Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.
Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.
Perkara itu ialah …
Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.
(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller
Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.
Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.

Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?
Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.
Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir padamesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.
Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.
Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.
Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.
Amerika Dalang Wabak Selsema Babi
Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2009, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?
Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008


Nabi Isa AKan Muncul Sebagai Manusia Paling Maju Di Dunia

Satu lagi artikel dari blog kegemaran saya, hasil tulisan Ibn Yaacob
Beratus-ratus laman web dari seluruh dunia menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:

1. Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.

2. Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.

3. Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.

4. Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.

Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..”
Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.
Ciri-Ciri Manusia Maju
Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:

* Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.

* Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.

* Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.

* Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.

* Mengetahui selok-belok tempat di dunia.

* Dan lain-lain lagi…

Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:

* Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.

* Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.

* Strategi peperangan yang lebih maju.

Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawan makhluk termaju.
Apa yang perlu dibimbangi?
Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga perkara:

* Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. Mungkin disebabkan wajahnya telah diubah.

* Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.

* Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.

Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.
Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut lebih lama dari yang kita dijangkakan.
Wallahu’alam….

Teori: Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi perkongsian yang teori yang diperolehi oleh hasil kajian saudara Ibnuyaacob melalui blog beliau Dajjal: The king of the world conspiracy.
(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?
Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.
Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.
Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.
Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.
Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?
Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.
Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.
Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.
Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawuddalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.
Period kemunculan Dajjal sekarang
Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya danrupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.
Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.
Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.
Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”

(Riwayat oleh At-Tarmizi)

“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”

(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)

“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)

Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.

Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuahmanuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.
Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.
Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah
Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).
“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yangmeleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”
(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Lihat perkataan ini MELELEH
Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.
Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”
Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.
Dalil bagi teori ini
Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.

Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.
Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.
Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?
Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaituRabbi Shmuley Boteach. (Gambar)
Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?
Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?
(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon
(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)
Kemajuan Teknologi Nabi Isa
Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.
Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.
Wallahu’alam
P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.