TENTERA TINTA

Flag Counter

Tuesday, January 8, 2013

SIGNIFIKAN SASTERA

Assalamualaikum.

Bunga kemboja di tepian laman,
Tumbuh subur menghias maya,
Sopan dan santun jadi ikutan,
Kerana peran acuan sastera.

***


Sastera merupakan karya seni kreatif hasil ciptaan manusia yang menggunakan bahasa yang indah, halus serta menarik sehingga dapat memberi kesan kepada pembaca/penonton. Dalam erti kata lain, sastera juga merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif atau bukan naratif. Karya sastera amat berbeza dengan hasil-hasil penulisan akademik atau bukan akademik yang lain kerana hasil satera tidak  mempunyai variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada penonton/pembaca.

***


Indah sememangnya indah ayat sastera yang dituturkan ataupun ditulis seindah rumi. Pada zaman dahulu seumpanya amat menitikberatkan kesantunan dalam berbahasa walaupun ketika menggambarkan situasi marah sekalipun.

 Contoh ayat yang sinonim dengan masyarakat dahulu:
 @ Jangan dijolok sarang tebuan 
@ Apa diharap pada orang, entah sudi entahkan tidak
@ Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap
@ Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
@ Meminta pada yang ada, merindu pada yang kasih

Itulah antara contoh ayat yang digunakan oleh masyarakat orang-orang terdahulu yang lembut pada dasarnya tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Inilah kesantunan yang diterapkan sejak berkurun-kurun lamanya namun kini kesantunan itu hanya tinggal sejarah yang hampir dilupakan oleh masyarakat muda globalisasi. Sedikit demi sedikit lama-lama budaya besantun ini akan terhakis jika tidak diperangi dari akar umbinya.

***

Langkah mengatasi masalah kesantunan dalam berbahasa yang semakin pudar dalam jiwa masyrakat kini adalah perlu dipupuk dari si putik jagung lagi. Pepatah melayu pernah berkata melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh itu mata pelajaran kesusteraan perlulah diterapkan sejak dari bangku sekolah rendah lagi malah bukan itu sahaja usaha ini harus berterusan sehingga ke peringkat pendidikan sekolah menengah dan diwajibkan untuk semua pelajar tanpa mengira aliran sains tulen.

***


Zaman era globalisasi yang serba moden, semua dicicipkan yang ringkas sehinggakan mencemarkan keindahan bahasa Melayu khuhusnya.
- Perkataan pendek menjadi panjang
- Perkataan panjang pula dipendekkan
- Perkataan yang ada digugurkan
-Perkataan yang tiada pula diadakan

Jadi melalui pembelajaran sastera yang telah diterapkan sejak awal bangku sekolah rendah sedikit sebanyak akan dapat menjaga keindahan dalam bahasa Melayu kita.

Perkataan REMAJA KITA
Perkataan Sastera
Memekak
Hingar
Membuta
Beradu
Mencekik
Santap
Kepala Otak
Minda Fikir
Belasah
Kerjakan
Melalak
Melaung
Apa Kejadah
Apa Bicara

Bukankah lebih baik jika kita menggunakan perkataan sastera yang sudah tentu keindahan bahasanya daripada perkataan yang belum tentu jelas keindahan bahasanya. Itulah pentingnya pelajaran sastera yang perlu diterapkan sejak awal bangku sekolah rendah lagi.

~ Sastera dapat mencantikkan yang kurang cantik.

***