Di sebuah desa, ada seorang pemburu. Dia memburu bersama helangnya. Tugas helangnya
ialah dia perlu terbang dan mencari mangsa di dalam hutan. Pemburu akan marah
jika helangnya tidak menjumpai sebarang mangsa.
Pada suatu petang, helang terjumpa
seekor arnab. Mengikut reaksi helangnya, pemburu tahu bahawa helangnya telah
menjumpai mangsa. Arnab berasa seperti ada yang tidak kena lalu arnab itu
memandang ke atas dia mendapati ada seekor helang bengis sedang mengejarnya.
Arnab itu terus berlari dengan pantas kerana dia tahu pasti pemburu sedang
memburunya.
Arnab itu pun berlari dan terus
berlari sehingga tiba di tepi sungai lalu arnab itu berhenti. Arnab itu resah
kerana tidak boleh menyeberangi sungai. Akhirnya, pemburu pun berjaya menangkap
arnab itu setelah penat mengejarnya tadi.
Setelah penat mengejar arnab itu,
pemburu berasa sangat haus lalu dia pergi ke tepi sungai untuk mencedok air
sungai itu dengan tangan. Apabila pemburu
itu hendak meminum air sungai itu dengan tangan tiba-tiba helangnya menepis
tangan pemburu menyebabkan air dari tangan pemburu jatuh ke tanah. Pemburu itu
sekali lagi mencedok air sungai itu namun, burung helang menepis tangan pemburu
untuk kesekian kalinya.
Akibatnya, pemburu itu sangat marah
lalu dia memanah burung helang kesayangannya itu. Burung helang itu pun jatuh
menyembah bumi di tepi hulu sungai. Pemburu berlari ke arah helangnya.
“Mengapa kamu memanah saya? Saya tidak
melakukan apa-apa kesalahan pun.” Kata helang sebelum menutup mata.
“Saya
minta maaf helang”. Setelah meminta maaf, pemburu sedar mengapa helangnya
menepis tanganya itu adalah kerana terdapat seekor ular sawa yang telah mati
dan bisa ular sawa itu telah menular meracuni sungai itu.
Selepas kejadian itu, pemburu kembali
ke pondoknya. Dia melihat gambar-gambar kenangannya bersama helang yang telah
mati itu. Pemburu berasa sebak lalu menitiskan air mata. Pemburu amat kesal
dengan sikapnya yang terburu-buru dan cepat marah itu. Dia berazam untuk
berubah.

