Assalamualaikum
Bersua kembali untuk masukan kali ini. Jika masukan sebelum ini aku dah kongsikan mengenai panduan menulis sajak. Seperti yang dijanjikan aku akan kongsikan panduan menulis cerpen pula untuk masukan kali ini.
Sebelum menulis lebih manis kiranya kita berkenalan pendek dengan namanya cerpen ni.
Apa Itu Cerpen?
- Sejenis prosa moden.
- Berbeza dengan prosa tradisional seperti
cerpen yang dihasilkan. Yakni dalam karya
tersebut mempunyai MESEJ yang mahu
disampaikan kepada pembaca supaya boleh
direnung dan difikir oleh pembaca untuk
dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan
dan pengalaman.
*Kedua > Pancaran Emosi
~ Bentuk emosi yang yang sering diketengahkan
dalam karya cerpen sama ada gembira, sedih,
sinis dan sebagainya. Yakni penulis perlu
memilih persoalan dan gaya bahasa yang boleh
dihayati dengan baik oleh pembacanya dan
dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta
memberikan kesan pengajaran bersalut
hiburan.
*Ketiga > Peristiwa/Persoalan
~ Ditulis dengan mata hati dan mata fikir
iaitu bermain dengan imaginasi yang
mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan
angan-angan kosong semata. Harus ada
matlamat berunsur positif dalam cerpen yang
ditulis.
*Keempat > Teknik Persembahan
~ Sesebuah cerpen harus disusuli dengan
olahan, susunan peristiwanya dan yang paling
penting penulis mesti bijak memilih diksi-
diksi yang hendak disulam pada fabrik
cerpen.
Bentuk Cerpen
*Pertama > Mimesis/Peniruan
~ Proses meniru atau merakamkan peristiwa yang
berlaku dalam kehidupan ditambah dengan
imaginasi penulis.
*Kedua > Beralasan
~ Penulis perlu mengadakan satu dasar atau
alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti
menciptakan watak daripada makhluk asing.
*Ketiga > Cerpen Mimpi
~ Cerita seperti dalam mimpi dengan sifat luar biasanya atau perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak terjangkau dek akal.
- Sejenis prosa moden.
- Berbeza dengan prosa tradisional seperti
hikayat yang menggunakan bahasa klasik.
- Akronim kepada cerita pendek.
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta yang dijahit kemas dengan imaginasi.Disulam dengan bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Bukan sekadar indah di mata tetapi mempunyai nilai estetika.
Secara rumusnya, cerpen merupakan satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/kejadian benar) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.
Panjang cerpen kebiasaannya antara 2,000 hingga 5,000 patah perkataan. Oleh sebab makna istilahnya ialah cerita pendek, dapat ditafsirkan panjang cerpen dengan sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.
Elemen Cerpen
*Pertama > Intelek
~ Sesuatu pemikiran yang tinggi tinggi dalam cerpen yang dihasilkan. Yakni dalam karya
tersebut mempunyai MESEJ yang mahu
disampaikan kepada pembaca supaya boleh
direnung dan difikir oleh pembaca untuk
dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan
dan pengalaman.
*Kedua > Pancaran Emosi
~ Bentuk emosi yang yang sering diketengahkan
dalam karya cerpen sama ada gembira, sedih,
sinis dan sebagainya. Yakni penulis perlu
memilih persoalan dan gaya bahasa yang boleh
dihayati dengan baik oleh pembacanya dan
dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta
memberikan kesan pengajaran bersalut
hiburan.
*Ketiga > Peristiwa/Persoalan
~ Ditulis dengan mata hati dan mata fikir
iaitu bermain dengan imaginasi yang
mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan
angan-angan kosong semata. Harus ada
matlamat berunsur positif dalam cerpen yang
ditulis.
*Keempat > Teknik Persembahan
~ Sesebuah cerpen harus disusuli dengan
olahan, susunan peristiwanya dan yang paling
penting penulis mesti bijak memilih diksi-
diksi yang hendak disulam pada fabrik
cerpen.
Bentuk Cerpen
*Pertama > Mimesis/Peniruan
~ Proses meniru atau merakamkan peristiwa yang
berlaku dalam kehidupan ditambah dengan
imaginasi penulis.
*Kedua > Beralasan
~ Penulis perlu mengadakan satu dasar atau
alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti
menciptakan watak daripada makhluk asing.
*Ketiga > Cerpen Mimpi
~ Cerita seperti dalam mimpi dengan sifat luar biasanya atau perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak terjangkau dek akal.
Teknik Penceritaan Cerpen
~ Melalui dialog untuk menghidupkan pemikiran.
~ Melalui aksi pula cerita bergerak dengan
latar pilihannya dan pendedahan akan memberi
gambaran atau tema tertentu.
Kriteria Khas Cerpen (Cerpen Konvensional)
~ Singkat, padu, intensif (ada perkara yang
ditekankan)
~ Ada adengan, watak, gerak.
~ Bahasa tajam dan menarik.
~ Interpertasi pengarang kepada kehidupan.
~ Dapat menimbulkan satu kesan.
~ Menarik perasaan pembaca.
~ Gambaran yang jelas pada peristiwa yang
dipilih.
~ Ada cerita/persoalan utama, watak utama,
latar dan suasana.
Sumber : Dewan Bahasa dan pustaka
Sumber : Dewan Bahasa dan pustaka
Jika semua sudah kenal apa yang dinamakan cerpen, mari kita mula menconteng. Panduan ini adalah cara aku menulis dan setiap penulis mempunyai cara yang berbeza semasa menghasilkan karya cerpen namun tidak lari daripada perwatakan cerpen yang telah aku senaraikan pada paparan yang di atas sana.
Panduan yang akan aku senaraikan ini adalah berdasarkan cerpen Sejarak Dua Jari yang pernah aku hasilkan dan pernah disiarkan di media. Sebelum aku mula menulis, aku akan mulakan dengan beberapa fasa pra menulis seperti jadual dibawah:
Langkah 1 ~ Cipta Isu
- Isu merupakan idea pokok yang perlu hadir
sebelum pena mula menari di atas kajang.
- Dalam berkarya aku membahagikan isu kepada
dua iaitu tema dan persoalan.
- Tema merangkumi peristiwa pokok, persoalan
peristiwa sampingan.
Contoh:
Isu yang dicipta rumah anak yatim
Tema
- Amanah menjaga anak yatim
Persoalan
- Kehidupan anak yatim
- Hubungan penjaga dengan anak yatim
- Kisah mantan penghuni rumah anak yatim
- Kisah anak introvert
- Pendekatan psikologi
~ Kebiasaannya aku mendapat idea selepas bangun dari tidur. Maknanya tidur aku merupakan imaginasi aku. Selepas itu, aku akan melakarkan idea didalam telefon pintar terlebih dahulu sebelum kembangkan idea tersebut didalam komputer riba.
Langkah 2 ~ Senarai Watak
- Setelah berjaya mencipta isu, beralih pula
dengan menyenaraikan watak. Dalam proses
menyenaraikan watak penulis harus peka
dengan isu yang telah dicipta.
- Perlu senaraikan ciri fizikal watak bersama
perwatakannya sekali.
- Tentukan watak utama dan sampingan.
- Bagi nama watak (ikut sudut pandangan
penulis).
Contoh:
Berdasarkan isu yang dipilih aku
menyenaraikan seorang penjaga anak yatim
yang lama, seorang penjaga anak yatim baru
merangkap mantan penghuni rumah anak yatim
itu, anak-anak yatim.
Watak Utama
1. Rashidah
- Berusia lingkungan 28 tahun.
- Seorang novelis
- Suka budak-budak
- Berhati mulia
- Sabar memujuk
- Bijak dalam psikologi
Watak Sampingan
2. Umi Aziah
- Berusia lingkungan lewat 50-an.
- Penjaga anak yatim.
- Baik hati
- Penyayang.
3. Ain
- Penghuni rumah anak yatim.
- Berusia 5 tahun.
- Comel.
- Manja.
- Petah.
- Ceria.
4. Aiman
- Penghuni rumah anak yatim.
- Berusia 8 tahun.
- Pendiam
- Suka menyendiri
~ Selain itu, ada juga watak khayalan yang
aku selitkan dalam cerpen ini. Watak anak-
anak yatim yang tidak dihurai secara
terperinci perwatakan mereka namun
membantu menghidupkan suasana cerpen
tersebut.
Langkah 3 ~ Senarai Latar
- Latar perlu disenaraikan untuk mengerakkan
watak-watak yang telah dicipta.
- Contengan latar penting untuk menjelaskan
peristiwa yang sedang berlaku.
- Biasanya aku akan senaraikan latar tempat
dengan contengan seperti ini:
a) Perkarangan Teratak Harapan Ihsan
~ Rashidah bertemu dengan Ain buat kali
pertama.
~ Rashidah bertemu dengan Aiman buat kali
pertama.
~ Anak-anak Teratak Harapan Ihsan.
b) Bilik Umi Aziah
~ Umi Aziah dan Rashidah Berbual panjang.
~ Umi Aziah menjumpai surat amanah Umi
Aziah.
~ Umi Aziah jatuh pengsan.
c) Hospital
~ Umi Aziah dirawat sebelum disahkan
meninggal.
d) Ruang Legar Teratak Harapan Ihsan
~ Rashidah menyiapkan manuskrip novel.
e) Tanah Perkuburan
~ Rashidah dan anak-anak Teratak Harapan
Ihsan menziarahi pusara Umi Aziah.
~ Rashidah memberi kata motivasi kepada
Aiman.
f) PWTC Kuala Lumpur
~ Sesi pelancaran novel terbaru Rashidah.
- Untuk lebih jelas boleh juga disenaraikan dalam bentuk kotak. Ini sekadar contengan biasa.
Langkah 4 ~ Susun Plot
- Apabila selesai langkah 1 higga 3, kita akan
masuk langkah empat untuk susun plot.
- Kronologi peristiwa yang difikir oleh
penulis.
- Permulaan, perkembangan, perumitan,
Kemuncak, peleraian.
Contoh :
a) Permulaan
~ Rashidah kembali ke Teratak Harapan
Ihsan yang merupakan tempat yang pernah
dihuninya suatu masa dahulu.
b) Perkembangan
~ Rashidah bertemu dengan Aiman si budak
inrovert.
c) Perumitan
~ Rashidah memikul amanah yang berat
untuk menguruskan Teratak Harapan Ihsan
selepas kematian Umi Aziah
disamping mengubah sikap introvert
Aiman.
d) Kemuncak
~ Rashidah berjaya mengubah Aiman dari
budak introvert sehingga dapat menemui
peneguhan positif melalui teknik
psikologi Rashidah.
e) Peleraian
~ Novel terbaru Rashidah berjaya
diterbitkan dan dilancarkan dengan
berinspirasi anakanak Teratak Harapan
Ihsan.
- Binaan plot adalah bertujuan untuk memudahkan penulis mengembangkan peristiwa untuk menjadikan rangkap-rangkap rumi.
Langkah 5 ~ Susun Diksi
- Susunan diksi penting bagi menghasilkan
karya seindah rumi.
- Aku membahgikan diksi kepada dua iaitu
naratif dan dialog.
Contoh:
Langkah 6 ~ Nilai Tarbiah
- Patuh syariah atau nilai tarbiah adalah
salah satu pelan tindakan aku semasa
berkarya.
- Masukkan unsur tarbiah dalam setiap karya.
Contoh:
~ Nilai tarbiah diselitkan melalui watak
Rashidah yang sentiasa memberi nasihat
kepada Aiman.
~ Dalam cerpen ini juga disertakan dengan
hadis yang berkaitan dengan penjaga anak
yatim.
- Nilai tarbiah boleh diselit melalui dialog
antara watak atau boleh juga melalui
perlakuan baik watak yang dihuraikan oleh
penulis.
~ Jika sudah lengkap enam langkah pra menulis, bolehlah anda mula menulis dengan lancar dan seronok. Harus diingat mesti buat semakan semula selepas usai menulis. Dari situ kita akan dapat melihat kelemahan dan harus dibuat penambahbaikan sebelum dihantar ke mana-mana media penerbitan. Hal ini bertujuan bagi memudahkan kerja editor yang akan memilih karya anda untuk diterbitkan dalam media mereka.
♥♥♥
Itulah serba sedikit panduan menulis cerpen yang dapat aku kongsikan kepada anda semua. Tidak semestinya anda mengikut cara aku menulis kerana setiap penulis berbeza caranya. Panduan ini hanya sekadar jalan untuk anda yang berminat menulis tetapi tidak tahu cara untuk mula menulis.
Jika anda ingin membaca cerpen Sejarak Dua Jari versi penuh anda boleh cari masukan bertajuk Sejarak Dua Jari pada layar produksi.
Otak kita bukanlah mesin yang yang mampu merakam semua peristiwa dalam satu masa. Penyakit LUPA sering kali menjengah. Jadi, sentiasa bawa pena dan kajang ataupun telefon pintar bersama anda untuk merakam idea-idea yang bakal mencurah-curah.
Selamat menulis,
Semoga berjaya,
Sudah berjaya,
Jangan loket untuk kongsikan ilmu kepada yang lain.
