TENTERA TINTA

Flag Counter

Saturday, January 28, 2012

SiNoPsIs NoVeL "NoTa MeLo&i"


Assalamualaikum.


Untuk entri kali ni aku nak post pasal review novel yang sedang aku siapkan proposal yang bertajuk "Nota Melo&i".

Jom kita review sikit...

3

2

1

Action!!!!!!!!!




Khairul seorang pelajar tingkatan tiga yang tinggal di sebuah kampung bersama ibunya Puan Rokiah selepas kematian ayahnya.  Walaupun hidup dalam serba kekurangan  namun Puan Rokiah tetap bertungkus lumus demi sesuap  nasi. Khairul seorang yang aktif dalam sukan bola sepak dan juga merupakan ketua pasukan bola sepak di sekolahnya.  Khairul berkawan baik dengan Akim, Anas, Ah Kit dan juga Kemala.
                Khairul sering mendapat markah terendah dalam mata pelajaran Sains, Sejarah dan Geografi. Masalah untuk  mengingat fakta sering membelenggu fikiran Khairul ditambah pula dengan tekanan  dari pihak gurunya kerana selalu gagal dalam ketiga-tiga mata pelajaran tersebut. Dek kerana masalah pembelajaran yang dihadapi menyebabkan jiwanya  semakin bergelora dan tertekan.
                Kehadiran Najwa sebagai pelajar baru di sekolah itu seolah-olah memberi sinar baru buat Khairul.        Najwa yang berpindah ke kampung tersebut kerana ibu bapanya terpaksa menguruskan perniagaan di luar negara.  Oleh kerana kedua abang dan kakaknya juga masih belajar di luar negara jadi Najwa terpaksa ditinggalkan  bersama neneknya iaitu Nek Lijah yang merupakan majikan kepada Puan Rokiah. 
                Khairul merasakan dengan kehadiran Najwa dapat membantu dirinya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang bakal dihadapinya tidak lama lagi. Apakah Khairul dapat mengapai impinya itu? Dan apakah pendekatan, strategi dan teknik  yang digunakan Najwa untuk membantu Khairul mengingati fakta-fakta nota pelajarannya?.  Semuanya akan terjawab dalam “Nota Melodi”....


Nota Melo&i  (Apabila Nota Menjadi Lagu)


Baca jangan tak baca... Harap bila dah diterbitkan kelak kawan2 semua beli la ye... 
(Sokong Barang Buatan Malaysia)


Sahabat tolong doakan ya..
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya..

Walau sekaya, seindah, setinggi mana pun impian kita... 
Dengan izin Allah semuanya bakal menjadi realiti...
InsyaAllah pena "izzi hafiy" bakal menawan puncak akasia

"Wassalam"