Seringkali kita
terjerumus dengan perasaan ‘syok sendiri’ semasa menulis karangan. Kita
selalunya memandang enteng dengan perkara-perkara yang boleh mencacatkan hasil
penulisan yang dikarang. Walaupun hanya kesalahan yang kecil, namun tetap
menunjukkan ketidakpekaan kita terhadap mutu penulisan itu sendiri. Walau pada
hakikat kita tahu akan yang sekuman yang mencacatkan itu
tetapi oleh kerana
sikap ‘syok sendiri’ yang
.akan menjeratkan
Terdapat
pelbagai kesalahan tatabahasa yang boleh mencacatkan
hasil penulisan karangan
kita. Apabila banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam penulisan
karangan secara tidak langsung akan menjejaskan markah karangan kita. Jadi,
jangan sesekali kita memandang enteng terhadap kesalah-kesalahan berikut:-
1. Penggunaan
kata hubung pada awal ayat / sebagai penanda wacana
Kesalahan
|
- Namun,
Tetapi, Malah, Manakala
|
Sepatutnya
|
- Namun begitu, Akan tetapi
- Penanda Wacana : …..malah..…, …..manakala…..
(ditulis untuk mengabungkan dua ayat)
|
2. Ayat
tergantung
Kesalahan
|
- Bak
kata pepatah….. (ditulis pada awal ayat)
|
Sepatutnya
|
- …..bak kata pepatah….. (ditulis dalam ayat)
|
3. Kesalahan
ejaan
Kesalahan
|
- …..bah
kata peribahasa…..
|
Sepatutnya
|
- …..bak kata peribahasa…..
- ‘bah’ membawa maksud kepada ‘ banjir’
|
4. Penggunaan
kata kerja dengan imbuhan
Kesalahan
|
-
memberi kasih sayang
- kata kerja tidak berimbuhan perlu diikuti
objek bernyawa
|
Sepatutnya
|
- memberikan kasih sayang
- kata kerja berimbuhan perlu diikuti objek
tidak bernyawa
|
5. Ayat
tergantung kerana tiada subjek
Kesalahan
|
- Ini
menunjukkan…..
|
Sepatutnya
|
- Hal ini menunjukkan….
- Perkara ini menunjukkan…
|
6. Penggunaan
subjek
Kesalahan
|
- Ini
kerana…..
|
Sepatutnya
|
- Hal ini kerana…..
|
7. Penggunaan
penanda wacana dan kata hubung
Kesalahan
|
- Justeru
itu…..
- digunakan sebagai penanda wacana
|
Sepatutnya
|
- justeru…..
- kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’
atau ‘bahkan’
|
8. Tidak
menyelitkan objek selepas kata kerja transitif
Kesalahan
|
-
mempunyai banyak pilihan…..
- ‘banyak’ bukannya objek
- ‘banyak’ merupakan kata bilang tak tentu
- Objek mesti terdiri daripada kata nama
|
Sepatutnya
|
- mempunyai pilihan yang banyak…..
|
9. Penggunaan
kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’
Kesalahan
|
- Ayah
saya ialah seorang polis
- ‘ialah’ perlu diikuti dengan kata nama
|
Sepatutnya
|
- Ayah saya adalah seorang polis
- ‘adalah’ perlu diikuti dengan kata adjektif
atau kata sendi nama
|
10. Penggunaan
kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda
Kesalahan
|
- Salah
satu langkah untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen.
Ia perlu diadakan secara besar-besaran.
|
Sepatutnya
|
- Salah satu langkah untuk mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar adalah dengan
menjalankan kempen. Kempen ini perlu diadakan secara besar-besaran.
|
11.Penggunaan
kata sendi ‘di’
Kesalahan
|
- …..di
kalangan…..
|
Sepatutnya
|
- …..dalam kalangan…..
- kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan
arah
|
12. Pengejaan
kata majmuk
Kesalahan
|
-
ibubapa
|
Sepatutnya
|
- ibu bapa
- Kata majmuk mesti dieja terpisah kerana
mendokong dua maksud yang berbeza.
|
Kesimpulannya,
menulis karangan tidak semudah yang disangka kerana penulisan karangan bukan
boleh ditulis secara sesuka hati seperti penulisan kreatif. Penulisan karangan
memerlukan penulis mematuhi hukum tatabahasa yang telah ditetapkan. Ketelitian
adalah merupakan elemen yang amat penting dalam menulis karangan. Oleh itu,
amalan ‘syok sendiri’ harus dihindari semasa proses menulis karangan. Kesalahan
tatabahasa dalam karangan boleh diibaratkan sebagai setitik nila yang akan
merosakkan susu sebelanga.