Assalamualaikum
Baca untuk pengetahuan sendiri dan pedoman semua. Hidup sebagai seorang bernama islam jangan teruskan dalam kejahilan.
Bagaimana zina itu boleh berterusan?
Inilah jawapannya:
Perkahwinan menutup malu pada masa kini memang tersangat biasa. Pabila dapat tahu anak 'mengandung luar nikah', cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila.
Mari Teliti Soal Jawab Berikut:
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didap ati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkan mereka bernikah?
Jawapan 2: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?
Jawapan 3: Tidak.Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4: Mereka mestilah berpisah.Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan atau sehingga sah tidak mengandung barulah mereka boleh bernikah sekali lagi secara sah.
Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5: Maka mereka akan hidup dalam zina kerana pernikahan itu TIDAK SAH.
Soalan 6: Apa hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram/wali nikah.
Soalan 8: Sekiranya lelaki muslim dan seorang wanita muslim (atau bukan muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8: Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka bernikah.
Soalan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang berkeadaan seperti ini, apakah perlu saya memberitahu kepadanya atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anada sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir daripada hasil pernikahan mereka tidak sah taraf.
Kesimpulannya,ibu bapa, saudara mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, mmbiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Sumber : USTAZ ROSLI AL HAFIZ
