Assalamualaikum.
SKRIP TEATER KANAK-KANAK
ISAREPO AISHAR
“bukan sekadar kanak-kanak”
Watak-watak
Manusia
Aishar (Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun)
Daiyan (Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun)
Raqy
(Kakak kepada Aishar, berusia 12 tahun)
Middad
(Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun)
Seith
Tan (Kanak-kanak lelaki Cina berusia 11 tahun)
Nathan
(Kanak-kanak lelaki India berusia 11 tahun)
Raiqal
(Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun)
Amani
(Kawan kepada Raqy, berusia 12 tahun)
Binatang
Uteh
(Anak Kucing II)
Utam (Anak Kucing I)
Mak Teh (Ibu Kucing)
Pak Tam (Bapa Kucing)
Tempat
Rumah
banglo, taman permainan
Masa
Dari
pagi hingga petang
Pentas
Kedudukan
pentas terbahagi kepada dua bahagian iaitu dalam pentas dan hadapan pentas.
Bahagian dalam pentas menunjukkan setting ruang tamu rumah banglo, manakala
bahagian hadapan pentas menunjukkan setting ruang hadapan perkarangan rumah banglo
dan taman permainan.
______________________________________________
BABAK 1
Pentas terang menunjukkan waktu pagi. Suasana
di sebuah rumah banglo. Lampu disorotkan kepada anak beranak kucing yang berada
di suatu sudut. Aishar melangkah masuk ke pentas dengan membawa bekas makanan
dan bekas susu untuk anak beranak kucing tersebut.
Aishar
Selamat
pagi keluarga Uteh. Ishar ada bawa makanan dan susu untuk kamu semua ni. Marilah
sini meow. (Sambil meletakkan bekas makanan dan bekas susu di bawah)
Keluarga Uteh
Meow!
meow! meow! (menuju ke arah Aishar)
Aishar
Uteh
mesti makan banyak-banyak tau. Nanti Uteh boleh jadi gemuk macam Utam. (sambil
membelai Uteh)
Uteh
Meow!
meow! meow! (Menyahut)
Aishar
Macam
ni la baru Uteh. Petang nanti Ishar akan bawa keluarga Uteh bersiar-siar di
taman.
Aishar
Sekarang
ni Uteh, Utam, Pak Tam dan Mak Teh makan dulu ya. Ishar nak pergi mandi dulu.
Kamu semua mesti makan kenyang-kenyang tau. (Menguntum senyuman ke arah
keluarga Uteh)
Aishar
Mari
kita mari kita
Bergembira
tepuk tangan sama-sama
Kita
menari sambil langkah kanan kiri
Goyang
badan goyang kaki
Hoore
hoore hip hip horee
Horee
horee hip hip horee
Horee
horee hip hip horee
(menyanyi
mengikut lagu sudirman)
Sebelum derapan kaki Aishar melangkah keluar
dari ruangan keluarga Uteh, tiba-tiba Raqy kakak kepada Aishar datang mencelah.
Raqy
Amboi-amboi
seronoknya dia ya. Hah belailah lagi kucing kurap kamu tu. Nanti dapat penyakit
berjangkit baru tahu. (bercekak pinggang sambil mencebik)
Aishar
Apa
akak cakap ni? Keluarga Uteh ni bersih tau. Hari-hari Ishar mandikan kelauarga
Uteh ni akak tau.
Raqy
Ah!
Sudahlah kau budak kecik. Banyak cakap pula dia. Kau apa tahu, kau tu budak
lagi.
Aishar
Huh.
Macamlah dia tu besar sangat.
Raqy
Ish.
Melawan pulak budak ni. Nasib baik mama dan papa izinkan kau pelihara kucing
kurap ni, kalau tak dah lama akak buang kucing kurap kau ni.
Aishar
Budak
bukan sebarang budak, ini budak tidak takut pada akak. Hahaha
Raqy
Grrr..
Geramnya aku dengan budak ni.
Aishar
Kejarlah
akak. Ishar tak takut pun dengan geram akak tu.
Raqy
Ish.
Budak ni kalau aku dapat siaplah aku kerjakan.
Aishar dan Raqy saling berkejaran di
ruang tamu rumah yang disaksikan oleh keluarga Uteh. Tirai ditutup.
______________________________________________
BABAK 2
Di hadapan pentas. Pentas menunjukkan
ruang hadapan perkarangan rumah banglo. Kelihatan keluarga Uteh sedang
bermain-main di ruang hadapan perkarangan rumah bangle milik keluarga Aishar.
Pak Tam
Kesihan
sungguh bapak tengok Ishar asyik kena buli dengan Raqy. Meow!
Mak Teh
Memang
tak patut Raqy buat begitu pada Ishar. Walau apa pun Aishar tu adik dia juga.
Ingat anak-anak ibu, kamu berdua jangan ikut perangai seperti Raqy tu. Meow!
Utam
Baiklah
bu. Utam janji takkan ikut perangai Raqy tu. Utam kan sayang Uteh. Meow!
Uteh
Mahu
saja Uteh gigit tangan Raqy tu. Berani dia buli Ishar, padahal Ishar sangat
baik kepada kita. Meow!
Pak Tam
Ibu
nya ingat tak masa mula-mula kita tinggal di rumah ini dulu. Pernah kita
disepak terajang oleh si Raqy tu. Masa tu mahu saja kekanda cakar dia, nasib baiklah
ada Ishar memujuk kekanda masa tu.
Mak Teh
Apa
tak ingat bapak nya. Tengok ni masih ada lagi parut dekat kaki adinda ni.
Sampai sekarang adinda tempang akibat hasil buatan Raqy.
Uteh
Bila
masa bu? Adik tak ingat pun kejadian ini?
Mak Teh
Masa
tu kamu berdua belum lahir lagi. Masa tu ibu sarat mengandungkan kamu berdua.
Nasib baik kandungan ibu tak gugur masa tu.
Uteh
Ish-ish
kesihan, kesihan..
Utam
Apalah
adik ni. masa mula-mula ibu dan bapak tinggal di sini dulu memanglah kita tak
wujud lagi.
Uteh
Adik
berguraulah bang. Kita kan keluarga bahagia.
Utam
Boleh
bergurau pulak..
Keluarga Uteh saling ketawa sesama
sendiri dengan telatah Uteh yang melucukan. Semua pelakon masuk ke pentas
dengan diiringi lagu keluarga bahagia.
______________________________________________
BABAK 3
Tirai dibuka. Pentas menunjukkan ruang
tamu rumah banglo dengan setting beberapa set sofa. Kelihatan Raqy dan kawan
baiknya Amani sedang rancak berbual mengenai drama korea kegemaran mereka.
Raqy
Kau
tengok tak cerita korea semalam?
Amani
Mestilah
aku tengok. Kau ni pun macam tak tahu pulak aku ni peminat tegar cerita korea.
Raqy
Tulah
kan. Cerita dia baguskan. Hero dalam cerita tu pun kacak jugak kan. Aku suka
sangat-sangat hero dia.
Amani
Amboi
gatalnya kau ni ya.
Raqy
Hihi. Apa salahnya kalau aku nak berangan. Bukan selalu
pun aku dapat berangan macam ni. Asyik-asyik tengok adik aku dengan kucing
kurap dia saja. Bosanlah aku.
Amani
Kau
ni Raqy, tak baik cakap macam tu tau. Kucing pun ciptaan Allah juga, sama macam
kita juga. Cuma kita dikurniakan akal dan fikiran untuk menilai antara baik dan
buruk. Kalau kau hina kucing adik kau tu sama saja kau telah menghina ciptaan
Allah SWT.
Raqy
Baiklah
ustazah Amani. Aku tak cakap macam tu dah.
Sedang
Raqy dan Amani masih berborak tiba-tiba terdengar bunyi loceng dan
ketukan pintu dari luar rumah. Raqy bergegas ke pintu dan kelihatan Daiyan dan
Raiqal masuk dari luar pentas.
Daiyan
Assalamualaikum.
Aishar ada kak?
Raqy
Waalaikumusalam.
Ada dalam bilik tu. Kau berdua duduklah dulu nanti aku panggilkan dia.
Raqy
Ishar!
Ishar! Kawan kau datang ni.
Raqy
Apasal
kau muram ni? tak puas hati dengan aku ke? tadi bukan main lagi kau usap-usap
kucing kurap kesayangan kau tu kan.
Aishar
Tak
baik akak cakap macam tu. Adik tengah sedih ni.
Raqy
Sedihlah
sangat kau ni kan.
Raiqal
Kenapa
Ishar? Kenapa? Kenapa?
Aishar
Utam
dan Uteh..
Daiyan
Kenapa
dengan Utam? Kenapa dengan Uteh?
Aishar
Utam
dan Uteh hilang sudah. Wuuaaaa..
Raiqal
Apa?
Utam dan Uteh hilang? Oh tidak.. Utam, Uteh jangan tinggalkan daku.
Daiyan
Kenapa
awak pulak yang emosi ni Raiqal? Yang hilang tu kucing Ishar.
Raiqal
Ya
tak ya jugak kan. Kenapa saya emosi ya. Saya lapar la.
Daiyan
Ada-ada
saja awak ni Raiqal. Asyik ingat makan saja. Jangan risau, nanti kami tolong
awak cari Utam dan Uteh ya.
Raiqal
Betul
tu. Kami akan tolong awak Ishar. Tapi mak saya masak sedap.
Amani
Kak
Amani dan kak Raqy pun akan tolong cari sama.
Raqy
Malaslah
aku nak cari kucing kurap tu. Biar hilang terus pun tak apa. Taklah menyusahkan
aku lepas ni.
Amani
Raqy!
Bukan tadi kau dah janji takkan cakap macam tu lagi.
Raqy
Baiklah.
Aku tolong cari sama. Puas hati?
Aishar mula kembali senyum setelah
mendengar kakaknya ingin turut sama mencari Utam dan Uteh yang hilang. Tirai
ditutup dengan iringan lagu kita bersaudara.
_____________________________________________
BABAK 4
Di hadapan pentas. Pentas menunjukkan
setting di taman permainan dengan kedudukan bangku panjang di hadapan pentas
dan dihiasi dengan pokok-pokok di tepi kiri serta kanan pentas. Lampu
disorotkan ke arah dua sekawan kanak-kanak nakal yang sedang menyakiti kucing.
Nathan
Hey
Middad, cuba kau tengok ini kucing banyak comel.
Middad
Alah
kau ni takkan sudah cair tengok anak kucing dua ekor ni. Ingat kita ni bukan
pencinta binatang.
Nathan
Habis
tu kita nak buat apa dengan ini kucing?
Middad
Apa
lagi, kita siat-siat kulit buat sate.
Nathan
Ayoyo.
Kau mahu makan ini kucing ka?
Middad
Weh.
Aku ni islam, mana boleh makan daging kucing. Kita ikat kucing ni di pokok
lepas itu kita jadikan sasaran. Ada faham tambi?
Nathan
Ayoyo.
Cakap awal-awal deh. Bikin aku keliru saja.
Middad
Apa
lagi kau tunggu tu. Ikatlah di pokok tu.
Nathan
Wokey
bos, siap!
Utam dan Uteh
Meow! meow! meow!
Middad
Barulah
seronok macam ni. Kau tengok kucing dua ekor tu. Nak minta tolong konon.
Manalah ada orang faham apa dia cakap.
Nathan
Ayoyo
bos. Ini kucing boleh cakap ka? Takut la saya.
Middad
Kau
ni lembablah. Kucing mana boleh cakap, sudahlah lastik kucing tu sampai mati.
Middad dan Nathan terus melastik Utam
dan Uteh dengan girangnya tanpa mempedulikan sekeliling mereka. Tiba-tiba
muncul Seith Tan menegur perbuatan mereka berdua.
Seith Tan
Apa
kamu berdua buat ni. Tidak baik kamu seksa binatang seperti ini ma.
Middad
Wah-wah.
Ada hati si Seith Tan ni nak nasihatkan aku. Dahlah nama macam setan ada hati
nak nasihatkan kita. Betul tak Nathan?
Nathan
Betul
tu bos. Tengok muka saja sudah tahu setan tu. Nama Seith Tan, sudah dekatlah
dengan setan. Hahaha (Middad dan Nathan ketawa terbahak-bahak)
Seith Tan
Memang
wa punya nama Seith Tan, tapi hati wa sama itu sembahyang punya orang tau. Lu
nama saja Melayu Islam tapi lu punya perangai macam setan la Middad.
Middad
Weh.
Kau siapa nak sekolahkan aku. Baik kau pergi dari sini sebelum aku tumbuk muka
kau.
Seith Tan
Wa
boleh pergi tapi lu mesti kasi lepas itu kucing dulu ma.
Middad
Aduhai.
Banyak cakap pulak apek ni. Nathan kasi belasah si setan ni.
Lampu digelapkan. Semua pelakon bergerak
meninggalkan pentas dengan diiringi dengan instrumental sedih.
______________________________________________
BABAK 5
Tirai dibuka. Kelihatan Pak Tam dan Mak
Uteh mundar mandir di ruang tamu rumah banglo milik keluarga Aishar. Kelakuan
pasangan kucing itu seperti cacing kepanasan.
Mak Uteh
Apalah
nasib anak-anak kita di luar sana tu.
Pak Tam
Sabar
emak nya. Aishar sedang cari anak-anak kita tu. Kejap lagi baliklah mereka tu.
Mak Uteh
Bapak
nya ni tidak risau langsung dengan keadaan anak kita. Entah baik ke entah macam
apa keadaan mereka di luar sana.
Pak Tam
Emak
nya pun. Usahlah fikir yang bukan-bukan. Anak-anak kita kan kuat.
Mak Uteh
Boleh
saja bapak nya buat tidak tahu macam ni. memang dasar lelaki betul. Saya merajuk
lima minit.
Pak Tam
Bukan
buat tak tahu. Saya yakin Aishar pasti dapat membawa anak-anak kita balik
semula ke sini. Alah takkan merajuk lima minit saja?
Mak Uteh
Tak
nak cakap. Masih merajuk lima minit.
Pak Tam
Itu
sudah cakap. Merajuklah sangat kan.
Mak Uteh
Biarlah.
Pak Tam
Amboi
merajuk saja isteri abang yang comel ni.
Mak Uteh
Abang
pergilah cari anak-anak kita tu. Saya takut mereka cedera.
Pak Tam
Nantilah
dulu. Abang nak tengok drama kegemaran abang dulu ni. Nanti kita cari ya.
Tirai ditutup. Mak Tam mengeheret wajah
sugul dengan diiringi instrumental sedih.
______________________________________________
BABAK 6
Di hadapan pentas. Pentas menunjukkan
setting di taman permainan. Kedudukan pentas seperti babak 4. Lampu disorotkan
kepada kedudukan Middad dan Nathan masih bertengkar dengan Seith Tan.
Seith Tan
Lebih
baik kamu berdua lepaskan anak-anak kucing tu. Kalau tidak..
Middad
Kalau
tidak apa? Kau nak tumbuk kami ke budak setan?
Nathan
Kamu
berani ke nak tumbuk kami yang gagah perkasa ni? (Nathan dan Middad ketawa
besar)
Middad
Kau
tahu tak inilah perkara yang paling buat aku geli hati. Kau ni memang patut
masuk raja lawaklah setan.
Seith Tan
Kamu
berdua ni memang tidak pernah berubah. Saya cakap baik-baik ni kamu berdua
pulak main-main.
Middad
Di
sini aku ketua. Tiada siapa yang boleh lawan aku. Kan Nathan? (Nathan hanya
mengangguk)
Sedang
Middad, Nathan dan Seith Tan bertengkar, tiba-tiba muncul kelibat Aishar,
Daiyan, Raqy, Raiqal dan Amani yang sedang mencari kedua anak kucing Aishar yang
hilang.
Aishar
Kak.
Ishar ada dengan bunyi Uteh la.
Raqy
Kau
ni merepek saja. Aku tak dengar apa-apa pun. Macam mana kau boleh dengar pulak.
Mengada betullah kau ni.
Aishar
Betul.
Ishar tak tipu. Ini betul-betul, bukan cubaan.
Raqib
Saya
laparlah.
Raqy
Ni
sorang lagi budak yang buat aku sakit jiwa. Asyik nak makan saja.
Raqib
Tapi
mak saya masak sedap.
Raqy
Aduhai.
Ada jugaklah budak yang nak jadi mangsa aku ni.
Amani
Sabar
Raqy. Budak-budak biasa la tu.
Raqy
Memanglah
budak. Aysik nak menyusahkan aku saja.
Daiyan
Tengok
tu. Itu kucing awaklah Ishar! (menunjukkan jari ke arah sebatang pokok)
Aishar
Mana?
Mana? Mana?
Daiyan
Itu.
yang terikat di pokok itu apa.
Raiqal
Sampainya
hati mereka ikat kucing awak begitu.
Aishar
Uteh,
Utam. (memasuki kawasan adik beradik kucing diikat sambil diikuti oleh Daiyan,
Raqib, raqy dan Amani).
Aishar
Kembalikan
utam, kembalikan Uteh.
Middad
Hei
budak, baik kau pergi dari sini. Kau nak
kena belasah ke?
Aishar
Kita
nak ambik kucing kita saja. Takkan itu pun nak belasah.
Middad
Cakap
banyak budak ni. geram aku ni. (mengomel sambil menolak Aishar)
Aishar
Aduh,
Sakitnya!
Raqy
Kau
ni apa hal main tolak-tolak adik aku ni?
Middad
Wah-wah,
dia bawak geng la pulak.
Raqy
Sekarang
ni kau dah sakitkan adik aku. Cubit peha kanan, peha kiri terasalah. Sekarang
ni kau nak selesai macam mana?
Middad
Kita
selesai hari rayalah.
Raqy
Hari
raya nenek kau. Aku cakap dengan mak kau nanti baru berayalah kau samseng.
(mengertak)
Middad
Tolong
jangan. Habislah kalau mak aku tahu. Cabut! (Middad lari lintang pukang
kemudian diikuti oleh Nathan).
Raqib
Apalah
baru sebut Mak sudah lari. Tapi mak saya masak sedap. (ketawa beramai-ramai)
Aishar dan yang lain-lain masih bergelak
ketawa sesama sendiri melihat Middad dan Nathan lari lintang pukang. Aishar
memeluk Utam dan Uteh dengan begitu agam. Yang lain tersenyum melihat Aishar
yang sedang memeluk Utam dan Uteh. Semua pelakon masuk ke dalam pentas dengan
diiringi instrumental lagu lembut.
~Selesai~
______________________________________________
~Tercetusnya idea untuk menulis skrip ini ketika aku sedang menonton siri kartun AQIL STORY episod 7 (Kasihkan Binatang).
u/p : Skrip ini belum diedit sepenuhnya bagi tujuan pementasan. Skrip ini hanyalah prototaip sebagai cetusan idea untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menulis skrip teater, filem & drama dengan lebih mudah.
