TENTERA TINTA

Flag Counter

Thursday, September 26, 2013

SENIKATA : AMAR @ SEBALIKNYA?

Assalamualaikum.


Seni itu indah, bukan indah khabar dari rupa tetapi memang indah khabar dan juga rupanya. 

Seni itu sendiri luas maknanya dan memiliki nilai yang amat luas dalam konteksnya.

Untuk pengisian kali ini adalah lebih berfokus kepada senikata atau dalam bahasa mudahnya lirik lagu. Suka ingin aku kongsikan bersama 
pembaca semua mengenai satu lagu yang boleh 
dikatakan melodinya agak sedap untuk santapan halwa telinga yang dinyanyikan oleh penyanyi belasan tahun berbakat besar iaitu Najwa Latif yang bertajuk Cinta Muka Buku. 





Lagu Cinta Muka Buku memang best, bila dengar boleh berbunga-bunga dibuatnya, rasa seperti happy, bahagia kan? Mana tidaknya kalau lagu ini tidak hebat takkan lagu ini sampai menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 26.

TAPI realitinya tidak seindah lagu. Banyak perkara-perkara yang 
negatif berpunca daripada Facebook seperti rogol, zina, penipuan duit, keldai dadah dan banyak lagi. 

Ingat! layari laman muka buku tidak salah, asal jangan langgar syaratnya, jangan sampai melalaikan sudah.

Sebelum ni aku dan beberapa rakan ada jugak terfikir untuk mengubah semula senikata lagu Cinta Muka Buku ke arah senikata yang lebih islami tetapi oleh sebab kekangan masa dengan tuntutan urusan yang lebih utama, kami terpaksa tangguhkannya dulu.

Ketika asyik aku melayari laman youtube tiba-tiba  terjumpa satu video lagu Cinta Muka Buku tetapi telah diubah menjadi Nafsu Muka Buku yang menerapakan senikata yang lebih bernilai islami dan terbiah.



Tahniah buat individu atau kumpulan yang berusaha telah mengubah semula senikata lagu Cinta Muka Buku kepada yang lebih memberi nilai tarbiah kepada serwajagat. 

Insya-Allah kalau berkesempatan aku akan ubah senikata lagu Cinta Muka Buku ni versi tarbiah aku dan rakan-rakan pulak... :)



CINTA KUN FAYAKUN

Assalamualaikum.

Entri kali ini aku nak kongsikan satu telefilem yang berunsur islami kepada para pembaca. 
Bukan separuh islami tetapi 100% elemen dalam telefilem ini berunsurkan islami. 
mesti korang tak percaya kan?
Kalau tak percaya korang tontonlah sendiri.

Telefilem ini terbitan Al-Kahfi Pictures yang berjudul
Cinta Kun Fayakun


Mengapa drama ini wajib tonton?

- Pemakaian pelakon sedaya upaya 100% patuh syariah. Menutup aurat.
- Setiap babak dan konflik tidak akan berlaku sentuhan antara lelaki dan wanita.
- Penonjolan pemakaian syiar Islam yang KETARA. Jubah, serban, purdah, tudung labuh dan lain-lain.
- Penonjolan Institusi pondok dan latar kehidupan pelajar pondok.
- Skrip yang memberi penekanan kepada dakwah, uslub, mesej yang lebih serius.


Selamat Menonton

Cinta Kun Fayakun