“NAMA yang cikgu panggil ini, sila
berdiri.” Bergema-gema suara cikgu Firas, Guru Disiplin
merangkap cikgu mengajar mata pelajaran Sejarah di Tingkatan 3 Bakti.
Mencerlang biji mata cikgu itu memandang anak muridnya yang selalu buat
masalah. Iwan menelan air liur dengan payah. Tubuhnya menggeletar, mukanya
merah menahan malu. Dia tahu apa nasibnya sebentar lagi.
“Iwan!
Lagi-lagi nama awak sahaja yang dipanggil. Lagi-lagi markah awak paling corot.
Apa masalah awak ni Iwan? Kawan-kawan awak semua dapat markah yang bagus-bagus,
Cuma kamu seorang sahaja yang gagal dalam kelas ini. Takkan soalan senang macam
ni pun awak tak boleh nak jawab?”
Suara cikgu Firas
bergema lagi di dalam ruang bilik darjah yang senyap sepi. Semua pelajar memang
takut dan hormatkan cikgu Firas yang bengis dan serius orangnya.
“Err…cikgu…sa…sa…”
Iwan tergagap-gagap.
Renungan tajam cikgu Firas menusuk jauh ke dalam anak matanya. Dia tertunduk.
Butir mutiara jernih mula bertakung. Sebenarnya dia tiada jawapan bagi soalan
yang diajukan kepada dirinya, dia juga
tidak mengerti apa masalah yang sedang dia hadapi. Mengapa dia selalu gagal
untuk mata pelajaran Sejarah sedangkan mata pelajaran yang lain dia memperolehi
keputusan yang cukup bagus. Bukannya dia jenis yang tunausaha, dalam kelas juga
tumpuannya penuh perhatian. Namun, belum ada teori yang dapat membongkar
misteri yang sedang dihadapi oleh Iwan ketika ini.
“Sekarang
berdiri di luar kelas! Sampai habis waktu cikgu mengajar. Cikgu tidak gemar ada
pelajar yang lembab dalam kelas ini. Setiap kali ujian nama awak sahaja yang
akan disebut. Pelajar lain jangan ikut seperti Iwan, asyik gagal ujian sahaja!
Faham semua?
“Faham!!!”
semua pelajar menyahut serentak.
Iwan menerima hukuman.
Dia terpaksa berjemur di tengah panas terik. Tiada sesiapa pun datang membantu,
dia diejek oleh teman-temannya. Terasa bagai ada batu besar yang sedang
menghempap dirinya saat ini. Kepalanya terasa begitu berat, tubuhnya mula
menggeletar dan kakinya tidak utuh bertahan lagi.
Sekaya, seindah,
setinggi itulah impian yang diharapkan oleh Iwan untuk peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) yang bakal menjengah hanya beberapa bulan sahaja lagi. Keluar
dari kepompong kemiskinan itulah puncak yang ingin ditawan. Dia tahu
keluarganya miskin dan atas alasan itu jugalah dia ingin berjaya dalam
pelajaran sehingga menyambung pelajaran ke luar negara. Namun mata pelajaran
Sejarah telah menghantui kotak fikirnya beberapa bulan ini. Iwan cuma mampu
berharap dan berdoa semoga akan muncul keajaiban yang akan kunjung tiba nanti.
“Eee…
tak malu! Setiap hari kena jemur luar kelas! Buat malu kelas 3 Bakti aje!”
“Dahlah
miskin! Lembab pula, lain yang cikgu ajar lain yang kau jawab. Menyusahkan orang
lain aje!”
Aizat dan Amir mengutuk
dan mencebik bibirnya ke arah Iwan yang baru sahaja duduk di tempatnya, setelah
berjemur di luar kelas. Dia hanya tunduk. Mengumpul buku-buku di atas meja lalu
dimasukkan ke dalam beg kain yang buruk dan lusuh warnanya. Butir mutiara
jernih bertakung lagi di tubir mata. Memang dia miskin, memang dia selalu gagal
dalam mata pelajaran Sejarah tetapi kenapa dirinya asyik dihina dan dicaci oleh
teman-teman sekelas? Bukan itu kehendaknya. Dia sudah menjawab sehabis baik
untuk mata pelajaran Sejarah namun sudah memang nasibnya untuk gagal. Iwan
menangis di dalam hati.
“Hei
Iwan, daripada kau asyik dijemur setiap hari di luar sana tu, lebih baik kau
berhenti sekolah aje. Tolong mak kau jual kuih. Tak menyusahkan kami semua
dalam kelas ini, tahu tak! Ini kelas bijak pandai bukan kelas untuk anak orang
miskin yang lembab macam kau! Tak sedar diri!”
Aizat bercekak pinggang
di tepi meja Iwan. Bibirnya tercebik-cebik. Semakin galak menghina dan mencaci
Iwan yang diam membisu. Air matanya menitis di pipi. Kata-kata penghinaan dari
Aizat bukan pertama kali dilemparkan kepadanya. Malah setiap kali dia melangkah
kaki ke dalam kelas 3 Bakti. Apa yang mampu Iwan lakukan hanyalah diam dan
bersabar sahaja.
Iwan membawa wajah
sugul sehingga sampai ke rumah. Puan Mila perasan akan kelakuan anak tunggalnya
itu. Kebiasaannya Iwan akan terus ke dapur, tetapi hari ini Iwan terus masuk ke
bilik tanpa sepatah kata. Puan Mila menghampiri Iwan dan merebahkan punggung di
sebelah Iwan.
“Kenapa
anak emak ni? muram sahaja ini, Iwan ada masalah di sekolah ke?” soal
Puan Mila sambil menggosok kepala Iwan.
Iwan masih membisu, dia
tidak mampu untuk menjawab pertanyaan embuknya itu. Iwan mengeluarkan kertas
ujian Sejarah dan diberikan kepada embuknya. Puan Mila meneliti kertas ujian
tersebut dengan penuh teliti. Sekoyong-sekoyong butir mutiara jernih gugur
membasahi pipi embuknya itu. Lantas Puan Mila berlalu meninggalkan anak
tunggalnya itu tanpa sebarang bicara. Iwan berasa hairan dengan tingkah
embuknya itu. Ini bukan kali pertama, sebelum ini juga begitu setiap kali dia
menunjukkan ketas ujian Sejarah kepada embuknya lantas itu juga embuknya akan
menitiskan butir mutiara jernih. Dia berasa musykil sekali dengan tingkah
embuknya itu. Adakah embuknya menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya?
Jika ibu bapa lain yang melihat kertas ujian tersebut pasti akan marah dan
mendenda anaknya. Tetapi hal sebaliknya berlaku kepada Iwan.
“Hei
Iwan berhenti kejap. Aku ada perhitungan dengan kau” muncul satu suara. Tanpa berlengah, tangan Iwan diheret oleh dua pelajar yang
sangat dikenalinya, Aizat dan Amir. Memang mereka berdua sangat iri akan Iwan.
“Kau
hendak bawa aku ke mana?” soal Iwan
“Ikut
sahajalah. Jangan banyak songeh!” gertak Aizat.
“Kau
tahu kenapa kami panggil kau ke sini? Kau ingat kami nak kawan dengan kau hah!
Mimpi sahajalah. Aku sudah meluat tengok muka kau di sekolah ini. Sudahlah
miskin, lembab pula. Kau ingat kau layak nak jadi kawan kami?”
Pang!
Satu tamparan hinggap
di pipi Iwan.
“Aduh!”
Iwan meronta untuk melepaskan diri daripada cengkaman Aizat dan Amir.
“Berhenti!
Lepaskan dia!” muncul satu suara yang tidak dikenali.
Aizat dan Amir lari
bertempiaran setelah mendengar suara yang tidak dikenali itu. Iwan cuba untuk
bangun berdiri. Habis seluarnya terkena tempias kotoran akibat didorong oleh
Aizat. Iwan terpingga-pingga melihat budak perempuan didepannya itu. Nampaknya
wajah itu cukup asing buatnya. Iwan cuba menggingat lagi namun memorinya
langsung tidak menyimpan data berkenaan jasad asing yang berdiri tegak dihadapannya.
“Saya
Husna, tapi awak boleh panggil saya Yuna sahaja. Saya pelajar baru di sekolah
ini”
tutur budak perempuan asing itu lagi memperkenalkan diri.
“Sa..sa..ya
Iwan. Pelajar tingkatan 3 Bakti” jawab Iwan sambil
melemparkan secebis senyuman kepada Husna.
“Betul
ke? Kalau begitu kita satu kelaslah. Cikgu telah menempatkan saya ke kelas 3
Bakti” jelas Husna lagi. Iwan dan Husna berjalan beriringan
menuju ke kelas.
Suasana kelas 3 Bakti
gegak gempita. Memang menjadi lumrah institusi persekolahan apabila ketiadaan
guru dalam kelas maka suasana akan bertukar menjadi seperti pasar raya. Memang
kebiasaan begitu, hanya seorang dua sahaja yang bijak menggunakan masa terluang
begini yang majoritinya hanya berjimba. Bunyi derapan kaki berdetak. Semakin
dekat, semakin hampir!.. Derapan itu tidak asing lagi buat pelajar kelas 3
Bakti. Semuanya lari bertempiaran ke bangku masing-masing.
Cikgu Firas memasuki
kelas 3 Bakti. Suasana kelas kembali sepi, tiada siapa yang berani membuka
mulut kerana mereka amat masak akan fi’il
cikgu dispilin mereka itu. Seperti biasa sebelum cikgu Firas mengajar tajuk
baharu dia akan menyoal kembali murid-muridnya berkaitan dengan tajuk yang
telah diajarnya. Dia memanggil secara rawak dan kebetulan nama Iwan dipanggil
untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Iwan agak tergagap-gagap untuk menjawab
soalan yang diajukan oleh gurunya itu.
“Hah!
Kan saya sudah pesan baca dulu bab ini. Kamu ni memang mencabar kesabaran saya.
Setiap kali mata pelajaran Sejarah mesti kamu gagal untuk menjawab soalan yang
diajukan. Setiap kali peperiksaan Sejarah nama kamu juga yang mendapat
keputusan tercorot. Kamu ni memang lembab! Saya sudah ajar beberapa kali pun
masih tidak dapat jawab soalan yang senang begini. Sekarang kamu berdiri diluar
kelas!” bentak cikgu Firas
sambil menampar meja.
Iwan kesekian kalinya
bangun dari bangku dan terus menuju ke luar kelas dengan merah padam mukannya.
Kali ini bukan malu diketawakan sama teman-teman yang lain tetapi malu apabila
pelajar baru kelasnya melihat dia dibentak dan didenda oleh cikgu Firas. Sudah
pasti pelajar baru akan memandang serong terhadapnya. Budak yang miskin,
ditambah pula dengan lembab sudah pasti budak bandar seperti itu tidak akan
sanggup berkawan dengan budak lembab sepertinya. Iwan sekali lagi menghitung
dirinya.
Kesekian kali juga dia
dipulau oleh rakan-rakannya yang lain. Lebih-lebih lagi Aizat dan Amir semakin
galak lagak mereka mertertawakan Iwan. Oleh apa mereka hasad akan Iwan, jika
tidak membuli memang tidak sah hidup mereka sehari-hari itu. Yang asyik menjadi
magsanya ialah Iwan. Itulah yang menambahkan gelora di jiwa Iwan, mana tidaknya
hampir tiap hari dimaki oleh cikgu Firas dan dibuli pula oleh dua samseng
sekolah. Iwan semakin hampir berputus asa untuk meneruskan sekaya seindah
setinggi yang diimpikannya itu.
Pena
yang lancar menulis tak seperti hatiku,
Yang gugup untuk mara ke sana,
Demi mencapai…
Yang gugup untuk mara ke sana,
Demi mencapai…
Iwan melabuhkan
punggung atas ambin buluh di depan
rumahnya. Dia merenung jauh mengenangkan masalah yang sedang dihadapinya. Iwan
masih lagi dilema dengan permasalahan yang sedang menimpa dirinya.
Setiap masalah pasti ada puncanya. Itulah yang cuba dibongkar oleh Iwan.
Fikirannya melayang jauh bersama desiran angin yang bertiup perlahan.
“Assalamualaikum
Iwan” sekonyong-konyong satu suara menyapa. Lamunan Iwan
terus terbantut.
“Waalaikumusalam.
Eh Yuna, duduklah” sahut Iwan sambil mempersilakan Husna
menyertainya.
“Kenapa
muka Iwan masam sahaja ni? Iwan ada masalah ke? atau Iwan tak suka Yuna datang
sini?” tutur Husna dengan nada yang rajuk.
“Eh!
Tak bukan begitu. Iwan suka Yuna datang sini. Iwan tak apa-apa mungkin letih
aje”
balas Iwan mempertahankan dirinya.
“Yuna
tahu Iwan ada masalah. Yuna tahu Iwan menghadapi masalah dalam pelajaran.
Masalah Iwan ni sama seperti masalah Yuna semasa di sekolah rendah dahulu. Cuma
yang berbeza Yuna mengalami masalah disleksia tetapi Iwan sukar nak ingat
fakta-fakta Sejarah. Yuna datang ke sini untuk membantu Iwan mengatasi masalah
ini” jelas Husna menyuntik kembali sinar harapan kepada
Iwan.
“Macam
mana Yuna nak bantu Iwan ni? cikgu sendiri pun cakap Iwan ni memang lembab”
soal Iwan meragukan kenyataan Husna yang barusan.
“Setiap
permasalahan yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Yuna akan bantu
Iwan untuk menangkap segala fakta-fakta Sejarah dengan berbantukan melodi. Ini
merupakan terapi muzik. Kita boleh guna melodi yang sedia ada cuma kita gubah
liriknya berdasarkan nota-nota Sejarah atau kita juga boleh mencipta melodi
sendiri dengan menggunakkan alat muzik. Contohnya begini, cuba Iwan dengar
baik-baik ya” jelas Husna panjang lebar.
Husna terus mencapai
gitar yang dibawa bersamanya dan terus memainkan melodi ciptaannya sendiri
sambil menyanyikan beberapa lagu yang telah diubah suai berdasarkan sukatan
mata pelajaran Sejarah.
“Suruhanjaya Reid mencadangkan
membentuk kerajaan persekutuan
Pemberian
kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
Keistimewaan
raja-raja Melayu
Menteri
besar menjadi ketua di negeri
Perwujudan
satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
Ditubuhkan
pada 21 Mac 1956
Untuk
merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Dianggotai
oleh lima orang
Suruhanjaya
ini dinamakan sempena nama pengerusinya bernama Lord William Reid
Yang
lain Sir Ivor Jennings
Sir
William Mac Kell
Tuan
B.S. Malik
Dan
Tuan Abdul Hamid..”
Husna menyanyikan lagi
berdasarkan lirik yang telah digubah. Kali ini dia membuat rakaman audio lagu nyanyiannya
itu. Setelah selesai proses rakaman audio tersebut Husna telah memberikannya
kepada Iwan sebagai alat bantu untuk Iwan belajar Sejarah dengan lebih mudah. Kali
ini Husna yakin Iwan dapat menginggati fakta Sejarah dengan berkesan. Iwan
menguntum sejambak senyuman apabila menerima rakaman audio dari Husna. Dia tahu
Husna telah dikirimkan untuk membantunya mengapai sekaya seindah setinggi yang
diimpikannya.
Pertempuran peperiksaan
percubaan Penilaian Menengah Rendah telah langsai. Semua pelajar tingkatan 3
menghembuskan nafas lega buat seketika. Iwan
berasa cuak apabila cikgu Firas melangkah masuk ke kelas 3 Bakti. Cikgu Firas
menjeling ke arahnya. Iwan dapat merasakan bagai ada sesuatu yang tidak beres.
Pasti ujian kali ini dia gagal lagi. Pasti! Iwan membuat andaian awal apabila
melihat situasi tegang ini. Aizat dan Amir senyum sinis kepada Iwan. Dia kenal
benar akan isyarat itu pasti dirinya akan dijadikan bahan ejekan si samseng
berdua itu lagi.
“Iwan
datang ke hadapan” arah cikgu Firas.
Derapan kaki Iwan
begitu berat melangkah. Kini dia bertentang dua mata dengan cikgu Firas. Iwan
merapatkan kelopak mata dia sudah bersiap sedia untuk diomel dan didenda lagi.
Sekonyong-konyong dia merasakan bagai dirinya dipeluk agam. Iwan membuka
matanya perlahan-lahan dan berasa hairan dengan fi’il cikgu Firas yang memeluk dirinya itu. Ini kejadian aneh
buatnya. Tapi mesti ada penjelasan fikir Iwan.
“Cikgu
mahu minta maaf dengan kamu Iwan kerana selama ini cikgu berkasar dan menghina
kamu. Ibu kamu telah menceritakan segalanya kepada cikgu yang kamu mempunyai
masalah kesukaran untuk menggingat fakta akibat dari hentakan di kepala semasa
kamu dan arwah ayah kamu kemalangan satu masa dulu dan doktor telah juga telah
mengesahkannya” cikgu Firas menerangkan situasi
sebenar.
Iwan tersentak
seketika. Tidak disangka embuknya menyimpan rahsia yang begitu besar. Kini baru
Iwan sedar oleh apa embuknya sering menitiskan butir mutiara jernih setiap kali
melihat kertas ujian Sejarahnya. Iwan menarik nafas lega bukan sahaja kerana
misteri masalah pembelajarannya terbongkar malah dia juga kini berjaya
mengatasi masalah tersebut dan kali ini dia tidak lagi gagal dalam ujian
Sejarah malah prestasi mata pelajaran Sejarahnya meningkat secara mendadak.
Iwan memandang ke arah
Husna lantas mengutum senyuman sebagai tanda ucapan terima kasih. Husna
membalas senyumannya itu. Pelajar-pelajar lain termasuk samseng berdua itu
hanya diam seribu bahasa melihat drama
pada pagi itu dan ada juga yang menitiskan butir mutiara jernih kerana
tidak dapat menahan sebak di dada.
Jika bukan kerana Husna
yang memperkenalkan teknik terapi muzik kepadanya mungkin dia masih belum dapat
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapinya itu. Penderitaannya kini sudah berakhir. Dia terus
berazam untuk terus mengenggam sekaya seindah setinggi yang diimpi-impikan
selama ini.
Cikgu Firas melepaskan
Iwan dari pelukkannya. Dia berasa begitu bersalah tehadap Iwan kerana telah
menghukum secara membabi buta dan untuk menebus kesalahannya itu dia
berjanji akan membantu Iwan mencapai
sekaya seindah setinggi yang diimpikan.