TENTERA TINTA

Flag Counter

Sunday, August 28, 2016

KARYA CILIK 5.0


Saya mempunyai seekor kucing. Nama kucing saya ialah Si Comot. Walaupun namanya comot tetapi dia sangat comel. Si Comot mempunyai ekor yang panjang, bulu berwarna putih dan hitam serta sepasang mata yang berwarna biru bersinar. Si Comot sangat cerdik dan manja dengan saya. Apabila dipanggil namanya, dia akan segera dating. Pada waktu malam dia akan tidur bersama saya di atas katil. Si Comot sangat menggemari nasi yang digaul dengan ikan goreng. Dia akan makan dengan berselera sehingga habis.
   Pada suatu hari, saya membawa Si Comot berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan rumah saya. Si Comot sangat gembira melihat telatah Si Comot. Tiba-tiba tali yang mengikat Si Comot di tangan saya terlepas. Saya lihat Si Comot  berlari dengan pantas terus masuk ke dalam semak di taman itu. Saya memanggil Si Comot supaya dia keluar dari semak itu tetapi tiada jawapan. Saya terus memanggil nama Si Comot dengan lebih kuat tetapi Si Comot masih tidak keluar. Saya berasa sangat sedih pada masa itu seperti mahu menangis.
  Saya meneruskan usaha mencari Si Comot di sekeliling taman itu namun gagal menjumpainya. Saya pulang ke rumah menunggu ayah dan ibu saya pulang. Apabila ayah dan ibu saya pulang, saya menceritakan tentang kehilangan Si Comot. Ayah memanggil kakak dan abang supaya menolong saya mencari Si Comot di taman. Selepas itu, saya dan keluarga mencari Si Comot. Saya berasa sedih sehingga menangis. Ibu menasihati saya supaya bersabar dan berdoa agar Si Comot segera dijumpai. Ayah bertanya kepada orang ramai di taman itu jika ternampak Si Comot.
   Ayah berusaha mencari  hingga penghujung taman. Tiba-tiba ayah ternampak seorang pemuda yang sedang bermain-main dengan seekor kucing lalu ayah menghampirinya. Kemudian ayah bertanya kepada pemuda itu dimana dia menjumpai kucing itu. Pemuda itu berkata kucing itu dijumpai di dalam semak. Ayah menerangkan bahawa kucing itu adalah kepunyaan anaknya yang lari ke dalam semak. Pemuda itu menyerahkan Si Comot kepada ayah dan meminta maaf. Ayah tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.

  Ayah memanggil kami dan menyerahkan Si Comot kepada saya. Saya berasa gembira dan bersyukur apabila Si Comot sudah dijumpai. Saya berterima kasih kepada ayah, ibu, abang dan kakak kerana menolong mencari Si Comot. Kami pulang ke rumah dengan hati yang gembira.