Angan
vs Impian
Sebut
sahaja nama Jenin sudah pasti ramai yang mengetahui kisahnya. Watak Melayu
kerjanya setiap hari petik buah kelapa namun watak ini mempunyai satu tabiat
yang gemar berangan di atas pokok kelapa untuk berjodoh dengan puteri sehingga
akhirnya watak itu mati jatuh dari pokok kelapa dek angan-angan. Itu kisah
Jenin yang sering digembar-gembur oleh wangsa sehingga apabila ada seseorang
yang berangan sedikit diejek itu sebagai angan si Jenin. Namun apakah kisah di
sebalik kisah Jenin yang tidak kita ketahui?
Jika
kita teliti daripada kisah Jenin sudah tentunya sudah lama berlaku. Mat
merupakan nama timbangan Jenin sehingga ada juga yang menyebut nama Jenin
sebagai Mat Jenin. Mat merupakan nama Melayu yang sinonim pada zaman penjajah.
Satu lagi bukti yang menyatakan Jenin hidup di zaman penjajah adalah dari sudut
pekerjaannya yang petik buah kelapa. Umum mengetahui bahawa pada zaman Jepun
penduduk di tanah Malaya dipaksa panjat pokok kelapa jika tidak akur maka padah
menimpa.
Memang
tidak dinafikan Jenin seorang yang gemar berangan. Namun tahukah anda di
sebalik kisah Jenin yang sebenarnya? Kita sering sahaja mendakwa angan yang
terlalu tinggi itu sebagai angan-angan Jenin. Akibatnya sehingga kini kita akan
dihantui rasa takut untuk berangan setinggi gunung. Jika dilihat dari segi
luarannya memang falsafah angan Jenin ini dimitoskan untuk mengingatkan kita
supaya tidak terlalu kuat berangan seperti yang telah didakwa. Itu yang didakwa
bahawa Jenin mati kerana angan kosong tapi hakikatnya watak itu mati dibunuh
oleh penjajah.
Kenapa Jenin mati dibunuh?
Pada
zaman penjajah watak Jenin boleh dikatogerikan sebagai seorang yang bijak. Apa
bukti Jenin itu seorang yang bijak? Jika dikaji kisah Jenin yang sebetulnya
watak ini sememangnya mempunyai perancangan hidup yang begitu teliti.iaitu
pelannya daripada hasil petik kelapa dia ingin beli banyak ayam sehingga
membiak menjadi ladang supaya bebas daripada kepompong khadam dan menjadi
seorang pengusaha. Itulah dia punya destinasi kejayaan, tapi belum sempat watak
itu mengarang strategi lebih awal dimatikan oleh penjajah. Hanya impian yang
berkubur dengan nisan angan-angan
itulah hakikat Jenin yang cuba dimitoskan oleh penjajah.
Di sebalik angan-angan watak itu berjaya
melihat masa depan. Melalui angan-angan
maka tercipta keinginan yang amat mendalam terhadap sesuatu perkara yang
diimpikan itu. Dengan keinginan itu pula akan bertunas rasa ingin berusaha ke
arah suara impian. Dengan terdetiknya dihati ingin berusaha maka akan wujudnya
perancangan kepada strategi yang bersauh pada kekuatan angan itu tadi. Apabila
perancangan dikemudi dengan kaki tangan maka akan tercipta satu rasa yang
digelar mahu berjaya. Begitulah yang berlaku kepada watak Jenin iaitu angan
yang berisi telah dicantas oleh penjajah dan itulah hakikat sebenarnya yang
berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu.
Menyekat kemajuan bangsa Melayu
adalah salah satu agenda penjajah sejak dari dahulu lagi. Salah satu bukti
keberhasilan agenda penjajah itu adalah dengan pembunuhan terhadap Jenin.
Sehingga kini kesannya masih menjadi fenomena dan tidak kerterlaluan jika
ditakrifkan kesan ini sebagai fobia kepada bangsa Melayu itu sendiri. Sejak
dari dahulu sehingga sekarang orang kita seolah-olah takut memasang angan-angan atau takut untuk
bercita-cita tinggi dek terlalu
fobia dengan mitos kisah Jenin yang kononnya disebabkan angan-angan watak itu mati.
Namun hakikatnya kisah itu adalah angkara penjajah semata-mata. Ternyata penjajah
berjaya menakutkan kita dengan manipulasi cerita Jenin.
Jom
Jadi Jenin
Solusinya,
angan-angan itu tidak salah
jika diiringi dengan usaha sekali. Namun yang menjadi salahnya adalah angan-angan kosong yang tidak
diiringi dengan usaha iaitu angan hanyalah sekadar angan. Dalam islam pun
mengajar supaya kita berusaha untuk mencapai kejayaan malahan pepatah yang
berbunyi usaha tangga kejayaan turut menyokong kupasan mengenai percaturan
menuju mercu kejayaan. Jadi, amat signifikan jika kita mengikut jejak Jenin
dengan memasang angan-angan
kerana dengan angan-angan
kita akan melakukan perancangan. Waima kejayaan tokoh sekarang ini pun
dicetuskan melalui angan-angan.
Walaubagaimanapun, angan yang
dipasang mestilah berisi bukan sekadar angan kosong tanpa sebarang tindakan
usaha atau sekadar hangat-hangat
tahi ayam sahaja. Apabila angan disulami dengan strategi maka akan berputik usaha berganda kemudian
bakal mekar naurah kejayaan. Insya-Allah.
Tidak dinafikan bahawa angan-angan
kadang-kadang akan memakan
diri sendiri jika yang dibentuk dalam set minda itu hanyalah angan kosong dan
begitulah sebaliknya angan yang dibentuk dalam set minda itu angan berisi maka
hasilnya akan termanifestasi positif. Begitulah juga jika watak Jenin terus
hidup Insya-Allah
angan yang dirancang rapi itu akan berjaya, kerana itu adalah lebih baik
daripada tidak merancang langsung.
Kesimpulan, pilihan ditangan kita
sama ada untuk membina acuan set minda angan kosong atau imagi yang berisi.
Jika pilihan kita adalah imagi berisi jadi apa lagi jom jadi Jenin. Ayuh sama-sama kita ubah set
minda ke wilayah wawasan. 
