Skrip pentomin sempena persembahan untuk bulan kemerdekaan. Boleh juga digunakan sebagai persembahan sketsa biasa mahupun teater.
Skrip oleh : Hang Nadim©2016
Watak;
0. Tukang Cerita
1. Nasi Lemak – (bijak, tenang,tegas.)
2. Roti Canai – (penting
diri, sombong, kasar.)
3. Yong Tau Foo – (berani,
sabar, peramah.)
4. Karipap – (duta kasih
sayang, sengal, mudah tersentuh.)
Babak 1
(Di suatu pagi yang
hening. Burung-burung berkicauan menyanyi lagu riang secara koir. Restoran
Siakap Keli menjadi tumpuan manusia-manusia yang mempunyai deria rasa santai
tapi sentap. Dari satu sudut ruang restoran itu, kedengaran sayup-sayup suara
hati ‘Nasi Lemak, Roti Canai & Yong Tau Foo’.)
Muzik
2 – Lagu Masuk (lagu lembut)
Roti Canai
Ayoyo. gelap
sudah masa depan saya dey.
Yong Tau Foo
Hey apa pasal you cakap itu macam?
Roti Canai
Saya tidak
tahan ini macam. Sedikit jam lagi kita akan dimakan. Macam mana saya mahu masuk
itu Olimpik.
Nasi Lemak
Yang bernama
makanan itu untuk dimakan. Sudah tugas kita terimalah seadanya.
Roti Canai
Ayoyo tengoklah
badan dia sasa. habislah badan saya
dikoyak oleh manusia itu. Sia-sialah badan saya yang cantik, menarik, tertarik
ni. Tak dapat nak jadi macam itu Dato Lee Chong Wei.
Yong Tau Foo
You jangan risau kawan, itu orang makan
nasi lemak saja. Hari-hari sini jugak dia makan. Dato Lee Chong Wei itu suka
makan Yong Tau Foo macam saya ma.
Roti Canai
Fuh! selamat..
selamat.. (menarik nafas lega). Nasiblah nasi lemak. Kamu yang akan dimakan
dulu. hahaha (ketawa besar)
Nasi Lemak
Suka hati
awaklah roti canai. Saya bangga tau ada manusia nak makan saya. Malah saya
cukup gembira dapat berbakti kepada manusia.
Yong Tau Foo
Betul cakap
nasi lemak ma. Kita patut berbangga tau dapat mengisi perut manusia. Gendang
gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati ma.
Roti Canai
Apa untung kita dapat?
tarapapa hey!
Muzik 3 –
Lagu keluar (lagu perlahan)Babak 2
(Roti Canai masih lagi tidak berpuas hati dengan Nasi Lemak dan Yong Tau Foo yang tidak mahu berpihak kepadanya. Sedang Mereka rancak berbahas tiba-tiba datang Karipap yang dibawa oleh seorang Mak Cik ke restoran tersebut. Roti Canai merasakan nasibnya akan dibela oleh Karipap yang baru sampai itu.)
Muzik 4 - Lagu Masuk (lagu semangat)
Nasi Lemak
Tidakkah kamu bangga kita
menjadi santapan oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang aman makmur
ini.
Roti Canai
Bangga? buat apa mahu bangga?
Yong Tau Foo
Mesti mahu bangga ma.
Sini Malaysia orang Cina boleh makan roti canai orang india, orang India boleh
makan nasi lemak orang Melayu, orang Melayu boleh makan sayalah.. Semua dapat
sama rasa sama suka. Sehati sejiwa ma.
Karipap
Apa kamu semua kecoh-kecoh ni.
Hai, apa khabar kawan? Nama saya Karipap. Panggil saja Kar.
Roti Canai
Siapa kawan kamu? Entah datang
dari mana mengaku kawan.
Karipap
Tak cukup kasih sayang rupanya.
Mari sini duta kasih sayang peluk. Tapi saya laparlah, makan awak pun sedap
jugak. Nyum.. nyum.. (mengejar Roti Canai).
Roti Canai
Hey hey. Sudahlah dey jangan
kejar saya. Pulau pandan jauh ke tengah,. saya lupa pantun la dey..
Nasi lemak
Roti canai, roti canai tak
habis-habis kena buli. (ketawa)
Yong Tau Foo
Itulah sombong lagi. Baru
bertemu buku dengan..
Karipap
Hah! pensel..
Yong Tau Foo
Bukanlah. Buku dengan
ruaslah ma.
Karipap
Alamak salah lagi..
Nasi Lemak
Jadi kita sebagai makanan ada
misi.
Karipap
Misi apa? Misi yang ada di
hospital ke?
Nasi Lemak
Ish bukanlah. Lain kali orang
tua-tua cakap jangan menyampuk. Misi kita untuk menyumbang tenaga buat manusia.
Lihatlah betapa besar sumbangan kita kepada manusia. Siapa kata kita tak
penting?
Karipap
Betul! Betul! Betul!
Yong Tau Foo
Apa yang betul?
Karipap
Semua yang betul la betul. Yang
salah tu salahlah. (tersengih)
Nasi Lemak
Ingat tau roti canai. Satu untuk
semua, semua untuk satu. Kita satu Malaysia. Keturunan kitalah sebenarnya salah
satu alat perpaduan yang menghubungkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Roti Canai
Terima kasih nasi lemak, yong
tau foo kerana telah menyedarkan saya. saya janji tidak akan pentingkan diri
lagi.
Karipap
Dengan duta kasih sayang ni tak
nak berterima kasih ke?
Roti Canai
Kamu jugalah. Terima
kasih..
Karipap
Kalau macam itu marilah peluk
sikit.
Yong Tau Foo
Ini macamlah tak mahu
gaduh-gaduh ma.
Roti Canai
Alamak. Apa ini.. kamu kata
manusia badan sasa ini suka makan nasi lemak. Kenapa dia mahu makan saya pula.
Berani awak tipu saya Yong Tau Foo. Tidakkk!!!
Yong Tau Foo
Dia sudah tukar selara
ma. Bye bye.
Karipap
bye, selamat jalan kawan.
(sedih)
Nasi Lemak
Selamat berjuang sahabatku..
Muzik 4 –
Lagu Keluar (lagu patriotik)(Roti Canai telah selamat berlepas ke dalam perut manusia berbadan sasa. Nasi Lemak, Yong Tau Foo dan Karipap pasti juga akan sama mengikut jejak perjuangan Roti Canai. Generasi mereka begitu berjasa buat manusia seperti kita. Jadi merdekakah kita jika masih lagi dibelenggu dengan pembaziran makanan? Sedangkan masih ada negara-negara lain yang masih tidak cukup makanan sehingga rumput sebagai galang ganti sebagai alas perut mereka untuk terus hidup. Maka nikmat tuhan yang manakah telah kita dustakan?)