Assalamualaikum.
Untuk entri kali ni aku nak post pasal review novel yang sedang aku siapkan proposal yang bertajuk "Nota Melo&i".
Jom kita review sikit...
3
2
1
Action!!!!!!!!!
Khairul seorang pelajar tingkatan
tiga yang tinggal di sebuah kampung bersama ibunya Puan Rokiah selepas kematian
ayahnya. Walaupun hidup dalam serba
kekurangan namun Puan Rokiah tetap
bertungkus lumus demi sesuap nasi. Khairul
seorang yang aktif dalam sukan bola sepak dan juga merupakan ketua pasukan bola
sepak di sekolahnya. Khairul berkawan
baik dengan Akim, Anas, Ah Kit dan juga Kemala.
Khairul
sering mendapat markah terendah dalam mata pelajaran Sains, Sejarah dan Geografi.
Masalah untuk mengingat fakta sering
membelenggu fikiran Khairul ditambah pula dengan tekanan dari pihak gurunya kerana selalu gagal dalam
ketiga-tiga mata pelajaran tersebut. Dek kerana masalah pembelajaran yang
dihadapi menyebabkan jiwanya semakin
bergelora dan tertekan.
Kehadiran
Najwa sebagai pelajar baru di sekolah itu seolah-olah memberi sinar baru buat
Khairul. Najwa yang berpindah ke
kampung tersebut kerana ibu bapanya terpaksa menguruskan perniagaan di luar
negara. Oleh kerana kedua abang dan
kakaknya juga masih belajar di luar negara jadi Najwa terpaksa
ditinggalkan bersama neneknya iaitu Nek
Lijah yang merupakan majikan kepada Puan Rokiah.
Khairul
merasakan dengan kehadiran Najwa dapat membantu dirinya untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang bakal dihadapinya tidak lama lagi.
Apakah Khairul dapat mengapai impinya itu? Dan apakah pendekatan, strategi dan
teknik yang digunakan Najwa untuk
membantu Khairul mengingati fakta-fakta nota pelajarannya?. Semuanya akan terjawab dalam “Nota
Melodi”....
Baca jangan tak baca... Harap bila dah diterbitkan kelak kawan2 semua beli la ye...