TENTERA TINTA

Flag Counter

Monday, April 28, 2014

KEMBARA LUAR DIMENSI


Pada suatu hari burung-burung pun berkicauan pada hari itu. Ada yang bekerja, ada yang bergembira, dan ada juga yang  berlagak seperti Si Tanggang. Amir seorang muda remaja yang telah kaya raya tidak mengakui ibunya sendiri sebagai ibu kandung. Mak Temah amat berkecil hati lantas menadah tangan berdoa.

“Ya Allah Ya Tuhanku, seorang ibu tidak akan tergamak mendoakan sesuatu keburukan kepada anaknya sendiri. Tetapi kau tunjukanlah kekuasaanMu supaya dia kembali ke pangkal jalan.”

  Malangnya Amir tidak mempedulikan doa ibunya malah dia semakin galak menghina ibunya yang miskin hina itu. Petir berdentum, angin bertiup kencang. Amir tiba-tiba menjadi lumpuh separuh badan. Amir meraung kesakitan memanggil-manggil nama ibunya. Amir  benar-benar sedar dengan kesilapannya sehingga telah menitiskan air mata keinsafan. Mendengar rintihan anaknya itu, lantas Si Ibu berdoa untuk kesekian kalinya.

“Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah dosa anakku. Kembalikanlah Amir seperti sedia kala. Aku telah mengampuni dosanya kepadaku”

Petir berdentum lagi, angin bertiup kencang. Pokok bergoyang. Amir kembali ke asalnya. Amir berlari mendapatkan ibunya lantas berlutut memohon keampunan. Kerana kasihnya Si ibu telah mengampunkan Si Anak yang hampir-hampir saja menjadi Si Tanggang. Mak Temah mengajak Amir pulang ke rumah dan dalam keterujaan Mak Temah berjanji untuk memasak makanan kegemaran Amir iaitu telur ikan tembakul masak lemak.

Sedang Mak Temah memberi ayam makan. Amir meminta izin untuk pergi mengembara. Pada mulanya Mak Temah agak keberatan untuk melepaskan Amir pergi mengembara kerana takut Amir lupa diri lagi namun setelah dipujuk akhirnya Mak Temah merelakan jua kepergian Amir mengembara melihat keindahan alam. Sebelum Amir melangkah pergi ibunya telah berpesan supaya Amir sentiasa menghantar pesanan bergambar di laman sosial kepadanya.

Maka bermulalah pengembaraan Amir ke negeri orang untuk merasai banyak garam. Dalam perjalanan, Amir bertemu dua pendekar yang hendak bertarung menunjukkan kehebatan masing-masing. Jebat dan Tuah segera mengangkat raket badminton dan pertarungan pun bermula. Sedang pertarungan badminton di antara Jebat dan Tuah rancak berlangsung, tiba-tiba muncul Amir  dengan kuda kepangnya memberi salam.

Salam Amir disambut mesra oleh dua pendekar yang masih memegang raket badminton itu. Amir melemparkan sekuntum senyuman kepada dua pendekar itu lantas bertanyakan mengenai jalan ke negeri Pulau Tiga Kanan. Dua pendekar yang segak bergaya berbaju Melayu itu kemudian menunjukkan arah jalan ke negeri Pulau Tiga Kanan kepada Amir. Setelah mendapat arah jalan ke negeri Pulau Tiga Kanan Amir telah meminta diri untuk meneruskan perjalanannya. Dua pendekar itu kemudiannya telah menyambung kembali pertarungan mereka yang tertunda tadi.

Amir meneruskan perjalannya untuk mencari negeri Pulau Tiga Kanan. Tiba di satu kawasan hutan yang agak redup Amir berhenti berehat dan duduk bersandar di batu yang sangat besar. Sedang Amir merebahkan badan dan terlena, Amir dikejutkan dengan satu suara.

“Sedap kau bersandar kat aku. Hoi.. hoi.. malu kat orang.”

Amir tercengang dan terpinga-pinga. Dia tercari-cari suara yang bergema itu sedangkan tiada sebarang kewujudan mahkluk berhampiran dengannya. Tiba-tiba suara itu mengaku bahawa dialah Batu Belah Batu Bertangkup yang telah memakan Mak Pekan. Batu Belah telah bertanya akan tujuan keberadaan Amir di dalam hutan itu. Amir telah menyatakan bahawa dia  hendak pergi ke negeri Pulau Tiga Kanan untuk mencari ilmu dan singgah sebentar untuk berehat.

Batu Belah telah menghalau Amir supaya segera beredar dari hutan itu dan mengugut untuk menelan Amir jika tidak segera beredar dari hutan itu. Amir tidak mahu ditelan kerana dia belum pun sempat menghantar pesanan bergambar melalui laman sosial kepada ibunya lagi. Lantas Amir beredar meninggalkan Batu Belah yang angkuh itu.

Amir meneruskan lagi pengembaraannya sehingga sampai di sebatang anak sungai yang dikelilingi pokok Sakura. Tiba-tiba dia teringat yang dua pendekar memberitahunya bahawa dia perlu menyeberangi anak sungai itu untuk ke negeri Pulau Tiga Kanan. Tanpa membuang masa Amir telah menyeberangi anak sungai itu. Setelah berhempas pulas meredah anak sungai maka tibalah Amir di negeri Pulau Tiga Kanan.

Amir meletakkan kuda kepangnya di tempat parkiran. Kemudian dia masuk ke kedai tujuh sebelas untuk membeli minuman. Keluar dari kedai tujuh sebelas tiba-tiba kuda kepangnya telah hilang. Amir menjadi cemas, dia tercari- cari kuda kepang kesayangannya itu di merata-rata tempat tetapi tidak berjumpa. Setelah puas mencari Amir telah menemui sebuah gua. Dia mengambil keputusan untuk berhenti berehat seketika di dalam gua itu. Apabila Amir memasuki gua itu dia telah ternampak kelibat kuda kepangnya. Amir menghampiri kuda kepangnya tiba-tiba muncul satu lembaga hitam menghalangnya daripada mendekati kuda kepang itu.

Lembaga hitam telah meletakkan syarat supaya Amir menyerahkan seluruh hartanya jika ingin mendapatkan kuda kepang itu kembali. Amir seperti telah dipukau dan dia hanya menurut sahaja permintaan lembaga hitam itu dengan menyerahkan segala hartanya hanya untuk ditukarkan dengan seekor kuda kepang sahaja. Malangnya lembaga hitam tidak tidak mahu melepaskan Amir pergi malah dia telah Amir sedar inilah balasan kerana dia tidak mengendahkan pesanan ibunya sebelum keluar dari mengembara tempoh hari.

Amir meraung sekuat hati memohon keampunan ibunya. Amir amat menyesal dengan perbuatannya yang mudah melupakan ibunya. Tiba-tiba Amir dikejutkan oleh ibunya untuk bangun ke sekolah. Rupa-rupanya Amir hanya bermimpi...

Kawan-kawan...  Pengajaran daripada cerita saya ini ialah kita wajib mentaati ibu bapa kita agar setiap perkara yang kita lakukan akan bersama keredhaan mereka kerana keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa kita.

 

Saturday, April 26, 2014

WAJAH KESAYANGAN BETA

Assalamualaikum

Melangkah ke daerah Seri Cempaka menjalani praktikum fasa 3. Banyak pengalaman yang telah aku cicip sepanjang menjalani praktikum selama 3 bulan di SK Seri Cempaka.

Pengalaman yang paling menyeronokkan adalah apabila menjadi papa kepada anak2 4 Bukhari. 


Nak tahu macam mana akrabnya anak-anak dengan papanya? Biar gambar yang berbicara. Walaupun berpeluh2 selepas melatih pasukan sepak takraw, papa tetap masuk kelas semata-mata nak bergambar kenangan dengan anak-anak kesayangan.


Anak paling jambu



 Anak2 perempuan dengan papa

Anak paling nakal (kanan) & anak paling pemalu (kiri)

Anak yang selalu menjadi mangsa

Anak2 lelaki beta

Puteri2 papa





Sayu ditinggalkan papa

Hero 4 Bukhari

Izzah

Nisrina

Izzul

Idham

Aina

Ameer

Izzuddin

Nasrul

Fitri

Rushdi

Fatin

Aslinda

Mazuin

Robiatul

Syahira

Haziq

Aiman

Zaim

Huwaini

Akmalul

Rosesalinda

Farhana

Alya

Arash

Husna

Akma

Amirah

Hafizuddin (very special boy) :)

Itulah serba sedikit perkongsian gambar anak-anak aku sepanjang praktikum. 

Friday, April 25, 2014

KRITIKAN BUJANG LAPOK

Tahukah anda, filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini. 

Berdasarkan kadar inflasi malar 6% setahun sejak 1960 hingga ke hari ini, anggaran nilai yang disebut dalam filem tersebut pada hari ini adalah seperti berikut:

i) Upah tutup rahsia; 20 sen.
Nilai 20 sen pada 1960 pada hari ini adalah RM4.40. Agaknya, apa boleh dibeli pada hari ini untuk merasuah seorang kanak-kanak seusia 5 ke 6 tahun?

ii) Mahar perkahwinan Sudin; RM1,000 serba satu
RM1,000 pada 1960 bernilai RM21,939 pada hari ini. Patutlah Ajis tak setuju dan menganggap majlis yang bakal dibuat itu terlalu besar-besaran.

iii) Nilai gadaian cincin berlian Makcik Eton; RM3,000
Pada hari ini, nilai cincin berlian Makcik Eton itu adalah sekitar RM65,000. Tak peliklah kalau dia dianggap orang ada-ada kerana memiliki cincin berlian sebegitu.

iv) Jumlah yang dipinjam daripada Benggali oleh jiran sebelah rumah Sudin untuk perbelanjaan kahwinnya; RM5,000

Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM110,000.
Kalau meminjam dengan kadar seorang anggota kerajaan sekalipun, anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 tahun untuk menghabiskan bayaran bulanan hutang sebanyak ini dengan komitmen bayaran RM1,000 sebulan.

Justeru, tak hairanlah anak sudah tiga, hutang Benggali masih belum selesai.

v) Nilai Beef Steak untuk 12 orang makan yang perlu dibayar Ramli sehingga terpaksa pulang sehelai sepinggang; RM38
Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM834. Justeru penting sebenarnya untuk mengajar bakal isteri makan di warung tepi jalan atau restoran sederhana. Yang penting makanannya, bukan gaya dan status kekayaan yang dipamerkan.

Oleh: Illias Masri