TENTERA TINTA

Flag Counter

Friday, August 3, 2012

KUNCI SYURGA



The Muhibbains - Kunci Syurga

Kali pertama mendengar lagu ini di radio Ikim fm terus jatuh hati. 
Melodi yang sangat menyedapkan telinga
Lirik yang sangat menyentuh sanubari




Friday, July 27, 2012

LAGU TEMA DRAMA MAKBUL RTM 2


 
Boy B4 - Ku Bermohon PadaMu

Lagu ini amat menyentuh hati dan perasaan. Kali pertama mendengar lagu ini tika menonton drama Makbul di saluran rtm 2 bersama-sama adik-adikku di rumah.. 

Teringat apabila adik bongsuku meniru dialog yang diucap oleh watak utama cerita ini iaitu Makbul atau lebih dikenali sebagai Bul yang berbunyi "Alamak! tak boleh bawak baliklah, Qayyum  kecik lagi. Nanti kalau dia nangis macam mana?"...

Apabila mendengar lagu ini tiba-tiba rindu kepada adik bongsuku.. 
Rindu nak balik rumah!




Friday, July 6, 2012

GAPAI IMPI

Assalamualaikum.





Langkah tercipta bermula
Sebuah harapan
Jalinan kata malu bertanya
Kan tersesat jalan

Berusahalah usaha
Tangga kejayaan
Akan tiba..
Bersatu rukun tuk gapai impian
Nan murni

Dan bangkitlah semangat
Tekadmu yang tulus
Di hari yang gemilang
Di bawah satu naungan cahaya
Langkahmu pasti

Tika lelah berusaha
Jangan lemah putus asa
Pasti bisa ugkaikan segala
Pasti akan jadi semega
Jika usaha digandakan 
Dengan doa...

Impi akan diwarnai semula
Itulah destinasiku




Tuesday, February 14, 2012

Assalamualaikum.



"JaNgAn tErLaLu MeNgEjAr SeMpUrNa, KeLak YaNg SeMpUrNa aKaN kEmBaLi mEnGeJaR sEbAgAi KoNfLiK DiRi"

~izzi hafiy~ : 2012

Sunday, February 12, 2012

"AnDa BoLeH LaRi DaRiPaDa rEaLiTi, TeTaPi AnDa TiDaK BoLeh LaRi DaRiPaDa KeSaN PeRgErAkAn ItU" 

~AnY rAnD~ 
(NoVeLiS)




Saturday, January 28, 2012

SiNoPsIs NoVeL "NoTa MeLo&i"


Assalamualaikum.


Untuk entri kali ni aku nak post pasal review novel yang sedang aku siapkan proposal yang bertajuk "Nota Melo&i".

Jom kita review sikit...

3

2

1

Action!!!!!!!!!




Khairul seorang pelajar tingkatan tiga yang tinggal di sebuah kampung bersama ibunya Puan Rokiah selepas kematian ayahnya.  Walaupun hidup dalam serba kekurangan  namun Puan Rokiah tetap bertungkus lumus demi sesuap  nasi. Khairul seorang yang aktif dalam sukan bola sepak dan juga merupakan ketua pasukan bola sepak di sekolahnya.  Khairul berkawan baik dengan Akim, Anas, Ah Kit dan juga Kemala.
                Khairul sering mendapat markah terendah dalam mata pelajaran Sains, Sejarah dan Geografi. Masalah untuk  mengingat fakta sering membelenggu fikiran Khairul ditambah pula dengan tekanan  dari pihak gurunya kerana selalu gagal dalam ketiga-tiga mata pelajaran tersebut. Dek kerana masalah pembelajaran yang dihadapi menyebabkan jiwanya  semakin bergelora dan tertekan.
                Kehadiran Najwa sebagai pelajar baru di sekolah itu seolah-olah memberi sinar baru buat Khairul.        Najwa yang berpindah ke kampung tersebut kerana ibu bapanya terpaksa menguruskan perniagaan di luar negara.  Oleh kerana kedua abang dan kakaknya juga masih belajar di luar negara jadi Najwa terpaksa ditinggalkan  bersama neneknya iaitu Nek Lijah yang merupakan majikan kepada Puan Rokiah. 
                Khairul merasakan dengan kehadiran Najwa dapat membantu dirinya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang bakal dihadapinya tidak lama lagi. Apakah Khairul dapat mengapai impinya itu? Dan apakah pendekatan, strategi dan teknik  yang digunakan Najwa untuk membantu Khairul mengingati fakta-fakta nota pelajarannya?.  Semuanya akan terjawab dalam “Nota Melodi”....


Nota Melo&i  (Apabila Nota Menjadi Lagu)


Baca jangan tak baca... Harap bila dah diterbitkan kelak kawan2 semua beli la ye... 
(Sokong Barang Buatan Malaysia)


Sahabat tolong doakan ya..
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya..

Walau sekaya, seindah, setinggi mana pun impian kita... 
Dengan izin Allah semuanya bakal menjadi realiti...
InsyaAllah pena "izzi hafiy" bakal menawan puncak akasia

"Wassalam"

Sunday, January 22, 2012

NOVEL TARBIAH BARU

Asalamualaikum.

LaMa KiTa TiDaK bErSuA rAsAnYa KaN??

Kali ini aku nak kongsi ape ye dengan anda semua?
Siapa ada cadangan???

Okey.. 
untuk kali aku nak promote sebuah novel baru terbitan Galeri Ilmu Sdn.Bhd kepada kalian...
Novel yang terbaru ni  bertajuk Brrr.. Sejuknya Salji! yang merupakan sebuah novel tarbiah remaja  di tulis oleh saudara  Iwan Ghazali / Iwan Reaz..

Novel Brrr.. Sejuknya Salji! merupakan novel ketiga beliau selepas novel Melodi Hati dan 
Novel Hazim,Aizat & Muzik

Jika kedua-dua novel beliau sebelum ini ada lagu tema.. tetapi untuk novel yang ketiga ini beliau kata tiada lagu tema.. (mungkin abg Iwan sibuk kot!!)



(Inilah Kulit Novel Brr.. Sejuknya Salji! yang akan mula menjejak di pasaran mulai Febuari ini)


Jangan lupa ya kawan2 semua untuk dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran anda...

Untuk maklumat lanjut boleh layari blog penulisnya sendiri