![]() |
| Tunas Cipta Jun 2012 |
Sunday, August 5, 2012
Saturday, August 4, 2012
REVIEW CERPEN MELAKAR PELANGI
Assalamualaikum
Kali ni aku nak coretkan sedikit review pasal kerja projek untuk subjek penulisan kreatif
Kenapa penulisan keatif?
Sebab hanya bacth PISMP Ambilan Januari 2011 saja yang ambil subjek penulisan kreatif di Ipg Kampus Ipoh.
Itupun hanya dua kelas je yang ambil subjek ni.
Kami ni merupakan bacth pertama dan terakhir yang ambil subjek penulisan kreatif di IPG Kampus Ipoh.
Itulah yang uniknya kenapa aku ketengahkan subjek ni.
Tugasan untuk kali ini kami dikehendaki untuk menghasilkan satu cerpen yang bertemakan isu pendidikan.
Wah! memang menarik tema tersebut.
Bidang penulisan cerpen ni bukanlah pengalaman yang pertama bagiku kerana sebelum ini pun aku dah hasilkan 12 cerpen dan ada antaranya telah berjaya menembusi lembaran majalah akedemik.
Jadi untuk entri kali ini aku nak review la serba sedikit fasal cerpen bertemakan isu pendidikan yang dah aku hasilkan untuk tugasan kerja projek subjek penulisan kreatif ni.
Tajuk : Melakar Pelangi
Nukilan Pena : pemuisigemar
Sinopsis
(Mengisahkan tentang kehidupan Iwan seorang pelajar miskin juga mengalami masalah pembelajaran yang mengimpikan sekaya seindah setinggi. Oleh kerana masalah yang dialaminya itu menyebabkan dia selalu gagal mata pelajaran sejarah dan sering dimarahi oleh gurunya dan ditertawakan oleh rakan-rakannya yang lain. Sehingga satu hari muncul seorang pelajar baru yang bernama Husna dan berhasrat untuk membantu Iwan mengatasi masalah tersebut. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Husna untuk membantu Iwan? dan Apakah Iwan berjaya mencapai sekaya seindah setinggi yang diimpikannya itu?)
Watak
1. Iwan
- Pelajar miskin
- Mengalami masalah pembelajaran
- Lemah mata pelajaran sejarah
- Kuat semangat
- Bercita-cita tinggi
- Mudah emosi
2. Husna
- Yuna nama timbangannya
- Pandai bermain alat muzik
- Suara merdu
- Bijak
- Ikhlas dalam berkawan
3. Cikgu Firas
- Guru disiplin dan guru sejarah
- Bengis
- Tegas
- Bertindak terburu-buru
4. Aizat dan Amir
- Dua sekawan
- Samseng sekolah
- Iri akan Iwan
5. Puan Mila
- Ibu kepada Iwan
- Penjaja kuih
- Menyimpan rahsia
Itulah antara serba sedikit review cerpen yang akan dihantar sebagai tugasan projek untuk subjek penulisan kreatif.
Akhir kata selamat menghasilkan cerpen buat kawan2 yang sealiran denganku..
Friday, August 3, 2012
KUNCI SYURGA
The Muhibbains - Kunci Syurga
Kali pertama mendengar lagu ini di radio Ikim fm terus jatuh hati.
Melodi yang sangat menyedapkan telinga
Lirik yang sangat menyentuh sanubari
Friday, July 27, 2012
LAGU TEMA DRAMA MAKBUL RTM 2
Boy B4 - Ku Bermohon PadaMu
Lagu ini amat menyentuh hati dan perasaan. Kali pertama mendengar lagu ini tika menonton drama Makbul di saluran rtm 2 bersama-sama adik-adikku di rumah..
Teringat apabila adik bongsuku meniru dialog yang diucap oleh watak utama cerita ini iaitu Makbul atau lebih dikenali sebagai Bul yang berbunyi "Alamak! tak boleh bawak baliklah, Qayyum kecik lagi. Nanti kalau dia nangis macam mana?"...
Apabila mendengar lagu ini tiba-tiba rindu kepada adik bongsuku..
Rindu nak balik rumah!
Friday, July 6, 2012
GAPAI IMPI
Langkah tercipta bermula
Sebuah harapan
Jalinan kata malu bertanya
Kan tersesat jalan
Berusahalah usaha
Tangga kejayaan
Akan tiba..
Bersatu rukun tuk gapai impian
Nan murni
Dan bangkitlah semangat
Tekadmu yang tulus
Di hari yang gemilang
Di bawah satu naungan cahaya
Langkahmu pasti
Tika lelah berusaha
Jangan lemah putus asa
Pasti bisa ugkaikan segala
Pasti akan jadi semega
Jika usaha digandakan
Dengan doa...
Impi akan diwarnai semula
Tuesday, February 14, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




