TENTERA TINTA

Flag Counter

Saturday, January 26, 2013

BANG, TONGKAT BANG!

Assalamualaikum.

Jika sebelum ini kebanyakan entri2 aku sebelum ini adalah berkaitan dengan fakta dan serius tulisannya. 

Mesti korang bosankan? asyik2 fakta, asyik2 serius je kan.
Untuk entri kali ni bukan untuk serius tetapi lebih kepada santai (poyo je).

Cerita ini mengisahkan aku dan jiran2 taman di tempat aku menyewa di UK (Ulu Kinta). 

Begini kisahnya:
Pada suatu hari, burung2 pun berkicauan pada hari itu, ada yang bekerja ada yang bersuka ria. Aku seperti biasa keluar merempit dengan  motorku, selang beberapa saat aku keluar dari pintu pagar rumah sekonyong-konyong aku terdengar budak-budak di taman rumah aku menjerit 'bang, tongkat bang!'.



Pada mulanya aku agak terpinga-pinga la jugak, mana idoknya tiba2 je budak2 tu menjerit sambil menunding jari ke arah aku. Lepas budak2 tegur cam2 aku pun terus la tengok bawah, rupa2nya tongkat motor aku tidak disisipkan dengan betul. Ish2 malu jugak la aku dengan budak2 dekat taman aku ni.

Itulah yang terjadi pada aku setiap kali menunggang motor pasti aku akan terlupa untuk menyisipkan tongkat dengan betul. Banyak kali dah jiran2 aku tegur tongkat motor aku yang tidak bersisip. Paling terbaru pak cik taman aku yang aku kenal dengan nama yoep tegur aku sebab tidak menyisip tongkat motor. Memang time2 malu yang amatlah tapi aku buat muka selamber jela. hehe

Di sebalik cerita aku ni aku nak katakan yang jiran2 kat taman rumah sewa aku ni bersikap peduli sesama dan budak2 kat taman ni pandai hormat dengan orang yang lebih tua usia tidak kira warna kulit. Walaupun begitu ada jugak sesetengah yang berperangai kurang baik, biasalah dalam hidup berjiran ni kan. Dalam setandan pisang tidak semestinya semua elok, mesti ada juga yang rosak. Tapi apa yang boleh aku katakan 98% jiran2 dekat sini boleh diharap untuk aku berjiran untuk sisa dua tahun lagi.

Wednesday, January 23, 2013

TEATER RAJA LAWAK

Assalamualaikum.


Semalam aku pergi menonton teater raja lawak di auditorium DBKL. Teater raja lawak ini adalah hasil karya dan arahan Zakaria Ariffin yang telah di ulang pentas beberapa kali dan pementasan pertama teater ini adalah pada tahun 1992.


(menunggu untuk masuk)

Teater raja lawak ini merupakan anjuran bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)yang menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Jalil Hamid sebagai pendukung watak Osman Bombay, Abon sebagai pendukung watak Husin Tak Bai, Imuda sebagai pendukung M.G Ramli, Eliza Mustafa (pensyarah muda Aswara) sebagai pendukung Juliah yang mengantikan Datin Tiara Jacquelina, Rasdi Daud sebagai pendukung watak promoter, Shariffah Mariam sebagai pendukung watak Sofea dan juga empat pelajar Aswara sebagai pendukung watak Rocker.

(para pelakon di atas pentas)

Antara semua watak dalam teater raja lawak ini watak yang paling aku suka ialah watak Husin Tak Bai yang didukung oleh pelawak Abon. Mengikut pengamatan peribadi aku, lakonan Abon sebagai Husin Tak Bai amat berkesan dan berjaya membuat aku ketawa dengan setiap tutur dan gerak gerinya. Tidak berlebihan jika aku katakan setiap babak Husin Tak Bai mempunyai punchline dimana-mana.

Satu pujian patut diberikan kepada penulis skrip dan pengarah teater raja lawak iaitu Zakaria Ariffin kerana beliau telah berjaya menyatupadukan pelbagai elemen yang utuh dalam satu persembahan teater. Dalam taeter ini menampilkan pelbagai elemen emosi seperti serius, lawak, marah, ketawa, dan juga diselitkan dengan nilai dan pengajaran yang mampu mendidik jiwa penonton.

(Osman Bombay menghembuskan nafas terakhir di samping Husin Tak Bai) 


♥♥♥

Akhir kalam Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah
Terimalah  sebuah sajak hasil nukilan aku
 sendiri. Semoga terkesan dihati kita untuk
 sentiasa mengingati Rasulullah saw.


Inspirasi Abadi

Tika daku teringatkanmu tenangkan dihati
Mutiara jernih berderai  gugur membasahi pipi
Seringkali kerinduan ini bertamu tidak bisa ku bendung lagi
Ingin sesekali ku lakarkan rindu yang ku rasai

Sirahmu ku baca hayati indah kata-katamu
Ukhuwahmu dan sahabat begitu erat sekutu
Peribadi indah mulia akhlakmu
Sungguh kasihmu ku dambakan selalu

Antara yang berjuta kau terhebat
Selalu membela mengasihi umat
Kau rasul tercinta ikutan seluruh umat
Namamu  terpahat dihati kan tersemat

Walau kita tidak pernah bersua
Hati ini selalu merinduimu rasul mulia
Bibirku hanya bisa mengukir butir selawat mengubat rindu
Ingin sekali ku bersua denganmu
Walaupun sekadar hanya dalam mimpiku 

Ya Rasul.. Walaupun kau telah pergi
Namun kau tetap menjadi inspirasi
Kau tetap disini dihatiku
Kerna di atas namaku tertulis namamu



Wednesday, January 16, 2013

PERHATIAN.. PERHATIAN.. PERHATIAN..

Assalamualaikum.

Satu fenomena yang sedang memecahkan suasana laman maya sejak dua menjak ini adalah isu 'listen'.

Aku tertarik dengan video parodi yang dihasilkan oleh matlutfi90 dan Mr Bie berkaitan dengan isu listen yang sedang hangat di pertuturkan sekarang ini.

Cakap banyak pun tak guna. korang tonton la sendiri video tersebut. 

matlutfi90

Mr. Bie

Yang pastinya masa praktikum nanti aku boleh guna 'listen..listen..listen..' dalam satu nafas apabila murid-murid dalam kelas aku tak dengar kata. Tetapi akan dialih bahasa dalam bahasa Melayu iaitu 'perhatian.. perhatian.. perhatian..'
Memang boleh aplikasi dalam kelas ketika mengajar>



Saturday, January 12, 2013

ANJAKAN PARADIGMA

Assalamualaikum.

Dalam hidup tidak semestinya apa yang kita rancang itu akan terjadi sesuai dengan kehendak kita. Bagaimana rapi pun kita merancang jika Allah tidak kehendakinya maka hasil kepada perancangan itu tetap akan tertangguh juga. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Ayat di atas menjelaskan bahawa kita sebagai manusia perlu mengubah nasib sendiri kerana hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya. 



Kerap kali sesetengah kita mengeluh apabila apa yang dihajati tidak tercapai sedangkan sudah melakukan usaha. Tetapi harus diingat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin saja Allah menangguhkan hajat kita untuk sesuatu yang lebih besar ganjarannya. Siapa tahu kan?

Mengapa hajat itu tertangguh? Mungkin saja Allah ingin menguji sejauh mana cinta hambaNya. Mungkin saja terdapat kesilapan dalam diri tanpa kita sedari. Mungkin saja kita belum bersedia untuk menerima untuk menerima hajat itu.

Yang paling penting kita haruslah sentiasa bersabar dan terus menutur baris butir doa mengharapkan keampunan Allah.


Friday, January 11, 2013

SEPAK TAKRAW


Assalamualaikum.

Apa itu Sepak Takraw?



Sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang. 

Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.

Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.

***

Siapa pemain-pemainnya?



  • Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
  • Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
  • Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.
Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing.

***

Kenapa aku update fasal sepak takraw?


Pertama, kerana aku meminati permainan sepak takraw dan aku selalu bermain di posisi tekong dan posisi apit kanan. Kalau posisi apit kiri aku lemah sikit kerana aku tak berapa nak padu dalam melakukan umpanan bola.

Kedua, sebab dalam novel hasil tulisan aku hampir 30% aku masukkan elemen permainan sepak takraw sebagai isu sampingan. Secara klise penulis-penulis lain akan memasukkan elemen permainan bola sepak dalam novel-novel mereka tetapi aku ingin mengetengahkan satu isu yang baharu iaitu pelajar cina yang berminat bermain takraw dan mampu menjadi tekong harapan pasukan sekolah yang diwakilinya.
Walau bagaimanapun tulisan aku itu masih dalam peringkat proposal. Aku sendiri pun masih menunggu maklum balas yang positif dari pihak penerbit. Entah diterima entah ke tidak, harap-harap moga diterimalah hendaknya. Doa-doakan ye semoga proposal novel aku dapat diterima oleh pihak penerbit.


Wednesday, January 9, 2013

SEPARUH SEDAR

Assalamualaikum.



Manusia sering kali leka, lupa, alpha dan seumpamanya dalam menjalani kehidupan seharian kita. 

Manusia telah dikurniakan nafsu dan disertakan dengan akal fikiran berbanding dengan haiwan yang hanya mempunyai nafsu sahaja tanpa akal dan fikiran untuk berfikir.

Sering kali manusia menangkan nafsu menguasai diri padahal kita boleh tundukkan nafsu tersebut dengan akalan. Mind-set adalah penting apabila kita mengerjakan sesuatu kerana apabila mind-set kita selalu positif maka setiap apa yang kita lakukan pasti juga akan memberikan kesan yang positif terhadap perlakuan kita sehari-hari.

Apa yang boleh kita buat?
~ Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. 
~ Jangan sesekali menangkan nafsu menguasai diri kita dan haruslah bersedia menepisnya dengan akalan.
~ Perlu ada rasa keinsafan dalam diri. Yakni sentiasa berfikir akan kelemahan diri.
~ Gunakan kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.
~ Hijrahkan diri dan istiqamah melakukan yang amar.

* Sebagai selingan hayati bait-bait lagu terbaru daripada Jipie Pesawat yang berjudul Separuh Sedar ost Telefilem Aku Bukan Haji.



Tuesday, January 8, 2013

SIGNIFIKAN SASTERA

Assalamualaikum.

Bunga kemboja di tepian laman,
Tumbuh subur menghias maya,
Sopan dan santun jadi ikutan,
Kerana peran acuan sastera.

***


Sastera merupakan karya seni kreatif hasil ciptaan manusia yang menggunakan bahasa yang indah, halus serta menarik sehingga dapat memberi kesan kepada pembaca/penonton. Dalam erti kata lain, sastera juga merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif atau bukan naratif. Karya sastera amat berbeza dengan hasil-hasil penulisan akademik atau bukan akademik yang lain kerana hasil satera tidak  mempunyai variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada penonton/pembaca.

***


Indah sememangnya indah ayat sastera yang dituturkan ataupun ditulis seindah rumi. Pada zaman dahulu seumpanya amat menitikberatkan kesantunan dalam berbahasa walaupun ketika menggambarkan situasi marah sekalipun.

 Contoh ayat yang sinonim dengan masyarakat dahulu:
 @ Jangan dijolok sarang tebuan 
@ Apa diharap pada orang, entah sudi entahkan tidak
@ Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap
@ Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
@ Meminta pada yang ada, merindu pada yang kasih

Itulah antara contoh ayat yang digunakan oleh masyarakat orang-orang terdahulu yang lembut pada dasarnya tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Inilah kesantunan yang diterapkan sejak berkurun-kurun lamanya namun kini kesantunan itu hanya tinggal sejarah yang hampir dilupakan oleh masyarakat muda globalisasi. Sedikit demi sedikit lama-lama budaya besantun ini akan terhakis jika tidak diperangi dari akar umbinya.

***

Langkah mengatasi masalah kesantunan dalam berbahasa yang semakin pudar dalam jiwa masyrakat kini adalah perlu dipupuk dari si putik jagung lagi. Pepatah melayu pernah berkata melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh itu mata pelajaran kesusteraan perlulah diterapkan sejak dari bangku sekolah rendah lagi malah bukan itu sahaja usaha ini harus berterusan sehingga ke peringkat pendidikan sekolah menengah dan diwajibkan untuk semua pelajar tanpa mengira aliran sains tulen.

***


Zaman era globalisasi yang serba moden, semua dicicipkan yang ringkas sehinggakan mencemarkan keindahan bahasa Melayu khuhusnya.
- Perkataan pendek menjadi panjang
- Perkataan panjang pula dipendekkan
- Perkataan yang ada digugurkan
-Perkataan yang tiada pula diadakan

Jadi melalui pembelajaran sastera yang telah diterapkan sejak awal bangku sekolah rendah sedikit sebanyak akan dapat menjaga keindahan dalam bahasa Melayu kita.

Perkataan REMAJA KITA
Perkataan Sastera
Memekak
Hingar
Membuta
Beradu
Mencekik
Santap
Kepala Otak
Minda Fikir
Belasah
Kerjakan
Melalak
Melaung
Apa Kejadah
Apa Bicara

Bukankah lebih baik jika kita menggunakan perkataan sastera yang sudah tentu keindahan bahasanya daripada perkataan yang belum tentu jelas keindahan bahasanya. Itulah pentingnya pelajaran sastera yang perlu diterapkan sejak awal bangku sekolah rendah lagi.

~ Sastera dapat mencantikkan yang kurang cantik.

***