TENTERA TINTA

Flag Counter

Friday, November 1, 2013

BO LAWE STARO DEMO



Assalamualaikum

KOTA BHARU: Penulis lagu dikir barat, Bo Lawe Staro Demo, Asrulfaizal Kamaruzaman (gambar), 34, tidak menyangka sama sekali album 'Dikir Warriors' mengenai pasukan bola sepak Kelantan mendapat sambutan hangat di pasaran. 

Bermula dengan sekadar ingin mencuba dengan memuat naik di laman Youtube, Asrulfaizal sama sekali tidak menyangka lagu yang dihasilkannya mendapat maklum balas positif daripada penyokong setia The Red Warriors.

Tidak cukup dengan itu, lagu berkenaan yang dimuatkan dalam album pertama Dikir Warriors terjual lebih 10,000 unit dan sering menjadi pilihan untuk diputarkan di corong-corong radio tempatan.

Asrulfaizal berkata, pada mulanya ramai beranggapan lagu itu bertujuan memperlekehkan pasukan lawan. Sedangkan, katanya, lagu berkenaan ditulis khusus untuk membakar semangat barisan pemain setiap kali beraksi di atas padang, begitu juga dengan penyokong.

"Jika pasukan lawan hebat, kita pula tidak kurangnya dan mampu mempamerkan aksi terbaik. Kita mahu barisan pemain sentiasa menganggap mereka adalah pasukan yang hebat tanpa memandang rendah kemampuan lawan.

"Keadaan ini sama dengan penyokong, jika penyokong lawan hebat, kita juga sama iaitu dengan memberikan sorakan bergemuruh kepada pasukan, secara tidak langsung mampu menaikan semangat pemain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Asrulfaizal memberitahu, lagu berkenaan mula dimuat naik di laman Youtube seminggu menjelang aksi final Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan pada 2010.

"Saya mengambil masa selama dua bulan untuk menulis dan menyusun lirik berkenaan agar mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pendengar.

"Lirik ini saya susun dengan menggabungkan semua elemen bagi menggambarkan jati diri sebagai anak Kelantan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Asrulfaizal berkata, pihaknya kini sedang menyusun lagu untuk dimuatkan dalam album kedua yang akan mula menjalani rakaman hujung tahun ini.

Tambahnya, album berkenaan masih mengekalkan penyanyi sama antaranya Isey Salok Madu, Muslih Sang Saka dan Abe Pozi.

Sumber : Utusan Malaysia | Timur | 31 Okt. 2013


p/s : beli album Dikir Warrior yang asli.
 
      final piala Malaysia 2013 
 

~Ramalan aku, Kelantan menang 3-1 ke atas Pahang

Tuesday, October 29, 2013

WHATSAPP DARI RABA'AH

Assalamualaikum

"Anda tak perlu menjadi seorang rakyat Mesir untuk memahami keadaan kami, utk peduli tentang kami, untuk bersama menghayati perjuangan kami. Anda hanya perlu menjadi MANUSIA.. - Erdogan"

Dr Maszlee Malik - Whatsapp dari Raba'ah

Santai namun sarat dengan mesej yang tersirat.Sedang mereka bermandi darah di sana. Si anak kecil menangis akan lena ibunya yang panjang, menanti ayah yang tiada pulang tetapi kita masih menikmati kerusi empuk bersenang lenang.

Mari kita korbankan sedikit masa untuk menadah tangan, teruskan mendoakan mereka. 

Kebenaran pasti akan tertegak
Tentera khianat pasti putus gerak.

Monday, October 28, 2013

ZINA YANG BERTERUSAN



Assalamualaikum



Baca untuk pengetahuan sendiri dan pedoman semua. Hidup sebagai seorang bernama islam jangan teruskan dalam kejahilan.
Bagaimana zina itu boleh berterusan?

Inilah jawapannya:
 Perkahwinan menutup malu pada masa kini memang tersangat biasa. Pabila dapat tahu anak 'mengandung luar nikah', cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila.

Mari Teliti Soal Jawab Berikut:
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didap ati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkan mereka bernikah?
Jawapan 2: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?
Jawapan 3: Tidak.Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu. 

Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4: Mereka mestilah berpisah.Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan atau sehingga sah tidak mengandung barulah mereka boleh bernikah sekali lagi secara sah.

Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5: Maka mereka akan hidup dalam zina kerana pernikahan itu TIDAK SAH.

Soalan 6: Apa hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram/wali nikah.

Soalan 8: Sekiranya lelaki muslim dan seorang wanita muslim (atau bukan muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8: Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka bernikah.

Soalan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang berkeadaan seperti ini, apakah perlu saya memberitahu kepadanya atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anada sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir daripada hasil pernikahan mereka tidak sah taraf.

   Kesimpulannya,ibu bapa, saudara mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan  tersebut tetapi mendiamkan, mmbiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. 
 
  
Sumber : USTAZ ROSLI AL HAFIZ


Sunday, October 27, 2013

JANGAN DIMENANG KEMALASAN

Assalamualaikum

Dunia pentas sandiwara 
Sementara masih bernyawa watak-watak berbeza
Kita adalah pelakunya
Bermula dengan tangisan
Berakhir juga dengan tangisan
Mulut dikunci dari berkata
Hanya anggota yang berbicara
Yang bernama manusia itu ada fitrah, yang sentiasa inginkan kebaikan dan kebahagiaan. Namun apakah kudrat yang dimiliki ke arah itu?
Satu persoalan atau alasan?
Mengapa kudrat?
  Aku mentakrifkan kudrat dalam konteks ini  merujuk sikap manusia itu sendiri iaitu terbahagi kepada bahagian rajin dan malas.  Berbalik soal fitrah semua orang mampu untuk mewujudkannya tetapi berbalik soal kudrat apakah kita mampu mewujudkannya?
  Aku masih tidak faham akan segelintir pelajar yang selalu melengah-lengahkan solat fardhu dengan alasan terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran. Sehingga tergelincir waktu baru terdetik untuk menunaikan fardhu.   Yang itu masih boleh diterima lagi. Malah ada yang sanggup mengabaikan solat fardhu  atas alasan terlalu sibuk. Masya-Allah!
  Apabila diajak solat berjemaah selalu dibilang nanti dahulu, tunggu dahulu dan selalunya pergi dahulu. Semua ini adalah berkaitan dengan kudrat yang bernama MALAS.
  Tidak dinafikan aku juga kadang-kadang tewas dengan bisikan kudrat yang bernama malas. Jadi ayuhlah bersama kita berjihad menentang kudrat MALAS dengan mengantikan kudrat RAJIN. 

Bagaimana?


Pertama sekali, islam memang sangat memerangi KEMALASAN. Rasulullah saw kerap berdoa:



اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙƒَسَÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْجُبْÙ†ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙ‡َرَÙ…ِ
ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْبُØ®ْÙ„ِ 
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada ketakutan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kebakhilan." (HR Al-Bukhari)
  Praktikan doa ini dalam kehidupan, Insya-Allah kita dapat mengatasi kemalasan. Perlu diulangi kemasalan bukanlah sifat seorang muslim. Kembali kepada golongan salafus salih sangat membenci kemalasan. Bacalah kisah-kisah mereka; mereka semua adalah manusia-manusia yang sangat produktif!

 Profesor Richard Wiseman, seorang pakar psikologi menyatakan jika diri terasa malas melakukan sesuatu, kuatkan semangat dengan mengatakan kepada diri: "buat sedikit pun jadilah". Apabila sudah buat sedikit, katakan kepada diri lagi: "tambah sedikit lagilah". Kemudian jika sudah siap bahagian tersebut, cakap lagi hal yang sama dan begitulah seterusnya. Pendek kata, jika terasa malas, sentiasa ulangi ungkapan "sedikit lagi.. sedikit lagi" dan tanpa anda sedari, banyak yang dapat anda capai. In Shaa Allah.


  Kemalasan biasanya berlaku kerana kita belum memulakan apa-apa. Apabila sudah memulakan sesuatu tugas dengan penuh komitmen baik secara paksa atau sukarela, kemalasan akan semakin pudar. Mulakan tugas dengan sasaran yang kecil dahulu untuk mencari rentak dan semangat sebelum cuba memburu matlamat yang lebih besar. Apabila kita membayangkan matlamat yang besar sedangkan kerja masih di peringkat awal, kita akan merasa lebih terbeban lalu menyebabkan kita malas untuk melakukan kerja tersebut.

 Semoga masukan laman pemusi-gemar kali ini dapat memberi semangat baru untuk kita samasama berjihad menentang kudrat kemalasan. Kita perang, kita menang! 
Jangan dimenang kemalasan! 

  

Friday, October 25, 2013

Bakat, minat dan kudrat perlu bergerak seiring barulah pena dapat menari ligat.
~Hang Nadim: 2013