TENTERA TINTA

Flag Counter

Sunday, September 25, 2011

SEKADAR BIASA

Oh IP IPOH ku yang terchenta..



Ish3... 
bosan sungguh petang2 begini..dah lar kelas batal..
 kat luar plak ujan.. 
kalo ujan2 begini dapat makan ubi kayu rebus dengan kopi 'o' pon sodap jugak.... 
ha da mula lar2 nak melaklok kemana ntah... hihi

Huh.. ape nak buat pon aku xthu... 
hmmmm entah lah ape yang ade dlm kotak pikir aku nih... dah lar esok aku ade 2 kertas ujian yang bakal tiba.. study jauh sekali.. asyik2 layan movie, fb, tido dan yang paling penting berangan.. ish2 mengalahkan si Mat Jenin nih... ha pasal si Jenin nih aku ade satu rahsia nak kongsi nga korang..
 tapi bukan sekarang lar.. tunggu tau... 
hehe saje nak buat suspen sikit..

Dah lar petang ni aku ade game takraw.. esok exam ag.. 2 paper plk2.. jawabnya politik lar jawabnya dlm dewan esok.. Literasi Bahasa & Literasi Nombor??? ape2?? ape yang aku bljar slma ni pon aku xthu.. masuk kelas skdar buat syarat jep.. ish2 hmpa hati org tua kt kampung dengar cmni kan.. tapi xpe aku akan cuba yang terbaik untuk exam esok.. ape2 pon berpegang pada prinsip aku 
"Anda Mampu Melakukannya"..

i2 lar sekadar biasa dari aku untuk petang ni yang sungguh membosankan..
 Ape2 pon jangn lupa untuk entri yang akan datang aku akan bongkarkan kt korang satu rahsia yang tak tercapai dek akalmu... ewah2 elyana lar plk kan.. 
nantikan entri terbaru yang pasti akan lebih memberi motivasi pada anda semua....


Ape2 hal pon kite tido dulu...
Jom tido semua...
Sebelum 2 jngn lupa solat zohor dulu ya...
bye2..

..........................................hihihihihi.............................................



Inilah Dewan Untuk Aku Ambik Exam Esok... 

Cantekk kan??

INOVASI MUZIK ( ARTIS MAINSTREAM VS HIJRAH)

Assalamualaikum....
Bersua lagi kita disini untuk berkongsi topik-topik yang menarik masa kini..
Untuk kali ini tinta diankuabadi ingin berkongsi dengan semua satu topik yang agak menarik jugak lar... Ceritanya bermula begini... 

jeng, jeng, jeng....

IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
NNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
VVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVV
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

MMMMMMMMMMMMMMMMMMM
UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
KKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK


Ha.. inilah yang aku nak cerita.. bukan gosip ye yop.. ini adalah fakta bukan auta.. buka ape sekadar nak berkongsi dengan korang jer... 
Aku percaya semua orang minat muzik kan?? 
terutama golongan remaja nih.. 
siap buat artis idola lagi.... 
tak gitu...
hahahahaha.....

Namun bukan pasal idola yang aku nak ketengahkan kali ni.. 
tetapi adelah sesuatu yang aku rasa korang semua patut tahu.. 
 ni hasil kajian aku sejak dua menjak nih....


dan inilah hasilnya yang dapat aku simpulkan.... 


mesti korang tertanya-tanya kan ape yang aku melaklok ni kan??
sebenarnya aku nak berkongsi lar sikit fenomena industri muzik kita ni.. sekarang kan banyak band-band indie yang buat lagu yang berunsur dakwah.. 
bagoslah kan diorang ni ade niat mcm ni.. cuma aku harap penghijrahan diorang ni berkekalan lah..
Aku suka sangat2 bila ade band2 indie yang berhijrah buat lagu berunsur dakwah ni...

Korang mesti tak percaya kan???
Meh aku buktikan....
 Jeng.. Jeng.. Jeng...

1. 6ixth Sense




Hayati bait2 lagu ini:


lagu penerang hati ni merupakan lagu yang dicipta oleh kumpulan 6ixth Sense sendiri dan berduet pulak dengan kumpulan Saujana... memang best lar lagu ni.. lirik berunsur ketuhanan... 
Tahniah diucapkan kepada 6ixth Sense.. 
Teruskan usaha kalian..


2. Pop Shuvit




Hayati bait2 lagu ini:




Pop shuvit juga salah satu band yang aku rasa mereka dah berhijrah.. 
korang boleh dengar lagu baru dari Pop Shuvit yang berduet dengan Man Bai lagu yang bertajuk Seperti SyurgaMu... 
Lirik lagu ni mmg cukup memberi motivasi.. 
kalo korang ade kelapangan masa dengar2kan lah yer..


3. Al -Mawlid



Hayati bait2 lagu ini:


Yang ketiga ni aku dapat katakan yang mereka benar-benar sepenuhnya telah berhijrah dari sebelum ini mereka membuat lagu-lagu yang memuja wanita kan tapi sekarang mereka tampil dengan lagu-lagu yang berunsur kerohanian...
 Mesti ramai yang tertanya2 siapa kumpulan Al-Mawlid ni kan??
 sebenarnya kumpulan ni hasil gabungan dari tiga kumpulan yang popular dengan lagu R&B ketika dulu iaitu ahli kumpulannya terdiri daripada Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).

Ha.. tu lar serba sedikit yang aku boleh kupas mengenai topik aku kali ini INOVASI MUZIK...
 bunyi macam best je kan...

Sebenarnya banyak lagi penyanyi hijrah yang aku nak senaraikan.. tapi cukup lar setakat tiga yang aku rasa boleh buat korang minat nak tahu...
 kalo korang nak tahu artis mana lagi boleh dikatakan inovasi dalam muzik....
 cube2 lar korang cari sendiri ye..
 itu sebagai homework korang...
 hehehe

Tinta diankuabadi harap mereka-mereka yang dah berada di landasan yang betul ni teruskan istiqamah...
Jangan sekadar melepaskan batuk ditangga jer...
Ape2 pon teruskan niat murni korang..
 Insya-Allah peminat2 korang akan dokong usaha korang...
INOVASI yang amat diperlukan abad ini....

Alhamdulillah...

Thursday, July 14, 2011

ADAKAH DIRI BERSEDIA?

Guru satu kerjaya yang sangat mulia... 
sekarang sudah genap dua tahun aku kembara ilmu di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak sebagai guru pelatih tahun kedua program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Guru...
 Huh..

Pada awalnya aku ni bukannya minat akan bidang perguruan ni..
 tapi bila dah lama kat sini minat itu datang membuah sendiri kat dalam hatiku.. 
oh.. hatiku telah ditawan oleh kerjaya guru... 
Bila dah rasa Pengalaman Berasaskan Sekolah mindaku terus berubah dari tidak suka akan budak-budak terus jadi seorang yang boleh dikatakan "muka legend, hati kiut"...
 hahaha,,,

Seronok Melayan budak2



Aku berharap aku dapat jadi guru yang berjaya di masa akan datang... 
dan akan jua ku ingin sambung master dan phd.. 
Insyaallah kalau ada rezeki.......

 hehehe

Wednesday, July 13, 2011

ITULAH POLITIK NAMANYA

Jika kamu kesukaanku
semuanya baik belaka..,
Jika kamu berwang banyak
aku kata kuat kamu berusaha..,
Jika kamu berkereta lawa
aku kata itu berkat bekerja..,
Jika kamu berumah mewah
aku kata untuk tamu yang melimpah..,

Jika kamu kebencianku
semuanya dinilai celaka..,
Jika kamu berkereta lawa
aku kata kamu mengada-ngada..,
Jika kamu berumah mewah
aku kata itu duit rasuah..,
Jika kamu pilihanku
semuanya aku setuju..,
Jika kamu bercakap kasar
kata aku..kamu memang perlu diajar..,
Jika kamu cakap berputar
aku kata mereka itu yang celupar..,
Jika kamu berdusta
aku kata bohong mereka lebih berganda..,
Jika kamu bersumpah
aku kata itu tanda mereka bersalah..,
Jika kamu berdansa
itu hanya untuk rakyat bersuka..,
Jika kamu seteruku
semua tindakanmu aku palu..,
Jika kamu bercakap lunak
aku kata kamu memang nak berlagak..,
Jika kamu bercakap lurus
aku kata harapan kamu dah putus..,
Jika kamu bercakap benar
aku kata kamu hanya buat kelakar..,

Jika kamu bersumpah
aku kata kamu memang telah diupah..,
Jika kamu berzikir
aku kata kamu hanya cuba menyindir..,
Musuhku..semuanya haram
Pilihanku..semuanya harum
Ajaran Tuhan
jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan
jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan
hukumlah ikut Firman dan alasan..,
Ajaran syaitan
hukumlah ikut perasaan dan kebencian..,
Lihat dulu kawan atau lawan
bukan kata Tuhan atau sabda Junjungan..,

Maka, dunia pun bertukar
hukum menjadi putar-putar..,
siapa sahabat maka dia diangkat
siapa tak sepakat maka dia musibah..,
Pilihanku semuanya ditabal mulia
pilihanmu semuanya ditabal celaka..,
Tanya mereka
mengapa begitu jadinya..,
Jawabku
Itulah Politik Namanya...



~puisi oleh Dr. MAZA (Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) Mantan Mufti Perlis~


Friday, May 27, 2011

LANGKAH BARU AHDAN

Assalamualaikum...

tinta kali ini diankuabadi akan berkongsi cerita mengenai single lagu terbaru yang dikeluarkan oleh Ahdan 
(ex FLAVA).. korang mesti kenal kan??? 
Ahdan ni selepas keluar dari kumpulan FLAVA GENGSTARZ musim pertama dia masuk rancangan PILIH KASIH musim pertama tapi sayang nasib tidak menyebelahinya kerana tak sampai final pun.. 
kalo yang kenal Ahdan ni banyak jugak lar drama lakonan dia kat TV..
aku pernah jugak chating dengan Ahdan ni lam fb.. tanya pasal kerjaya dia cmne.. dia cakap dia nak jadi penghibur iaitu serba boleh menyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara boleh.. pendek kata semua berkaitan dengan bidang seni semua boleh lar... 
aku dan ternyata langkah dia ke arah kejayaan apabila single solo pertmanya yang bertajuk disini untukmu memang best untuk santapan telinga..

Hayati Lagu ini:


Ahdan – disini untukmu

Saat kau dan aku tak bisa menahan gejola

Perbedaan semakin memisah antara kita

Tak seharusnya terjadi pertengkaran semalam

Bila kita bicara mengakhiri masalah

Ku terima dirimu apa pun adanya

Kerna diriku bukan seorang yang sempurna

Maafkanlah diriku bila telah membuat engkau terluka

Chorus:

Aku disini untukmu menjaga dirimu setiap waktu

Aku disini untukmu temani hari mu hingga berlalu

Aku inginkan dirimu bersama ku hingga hujung usiaku

Aku dan dirimu semoga selamanya

Bukalah hatimu tak perlu lagi engkau endah

Diriku mencuba tak mengulangi kesalahan

Tak adil bila diriku yang selalu mengalah

Kini saatnya akhiri semua perbedaan

Beginilah diriku apa pun adanya

Semoga dirimu terselalu menerimanya

Kerna hanya dirimu yang bisa membuat aku bertahan


Hanya yang terbaik dari Ahdan... semoga Ahdan akan terus maju dan jaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

 Insya-Allah



Monday, May 23, 2011

2 IN 1 : UJIAN AKHIR KURSUS VS BERCUTI

Assalamualaikum....

maaf la rasanya sudah lama tinta diankuabadi tidak mengupdate blog ini.. 
Maklumlah sibuk... 
hihihi betul ke sibuk ni?? atau buat-buat sibuk jer..
ha kita lupakan dulu pasal buat-buat sibuk.. sekarang jom kita beralih kepada tinta yang lebih penting iaitu ujian akhir kursus @ exam... 
tinta diankuabadi sekarang ni sedang menjalani ujian akhir kursus hingga 25/05/2011.. maknanya diankuabadi telah tamat 2 paper sebelum ini.. 
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.. hanya tinggal 2 paper lagi akan diankuabadi tempuhi iaitu pada esok petang dan juga lusa petang merupakan hari last...




Lepas exam diankuabadi akan membasuh rumah sewa dan pindahkan semua barang-barang ke rumah sewa kami kat UK Raya.. 
maklumlah dah senior katakan kenalah duduk luar.. 
lepas tu diankuabadi akan mengikuti rombongan kelas ke Langkawi pulak.. ish2 bila la bole balik rumah ni ya... pegi langkawi buat ape ya... bercuti @ memenuhi profoma kursus?? 
ha yang ni kita tak tahu....
 lepas jer balik dari langkawi boleh lar balik rumah jumpa keluarga tersayang .... 
yang penting REUNION bersama kawan2 lama masa sekolah rendah dulu...excited nak jumpa member2 lama ni membuak-buak...
 ish xsabarnya nak balik cuti ni...



Sunday, February 13, 2011

Sudut Pidato Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu IPG Kampus Ipoh (Edisi Ketiga)

Asalamualaikum wahai pembaca pemikir bahasa semua...
apa khabar iman antum hari ini???
moga semua dalam halawatul iman hendaknya ya....
Setelah seminggu bercuti tahun baru cina akhirnya Sudut pidato bahasa Melayu kembali lagi untuk edisi yang ketiga..

Pada hari rabu yang lepas iaitu bersamaan 9/01/2011 sekaali lagi telah diadakan sudut pidato bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Persatuan bahasa dan kebudayaan Melayu IPG Kampus Ipoh...

Pada kali ini kita telah menampilkan unit J17 (Ustaz2 dan ustazah2) sebagai unit yang bertugas untuk menyampaikan pidato yang bertajuk "Perkahwinan yang dirangcang"...
Pada hari tersebut sudut pidato bahasa Melayu telah dipengerusikan oleh Mohd Anwar Firdaus:


Pemidato pertama ditugaskan kepada wakil muslimah iaitu  Zakirah:


Dan seterusnya wakil pemidato dari J17 yang kacak bergaya iaitu Ammar Ahmed:


Alhamdulillah sambutannya pun agak baik walaupun masing2 masih lagi demam tahun baru cina....

Beginilah saujananya:


Saudara YDP juga turut menghadirkan diri iaitu saudara Prabu (G2):



Anugerah senior contoh pada minggu ini jatuh kepada saudara Ali Husni(kanan) (G2) (Penjaga Gol Maktab)-Khairul fahmi:

(Beri tepukan sikit)... kacak bergaya kan???? huhu


Jutaan terima kasih diucapkan kepada unit J17 yang melaksanakan amanah dengan begitu sempurna sekali....
dan jutaan terima kasih daun keladi kepada semua yang sudi hadir kalau boleh datang2 lar lagi ya.....


Pencinta bahasa Melayu

BERSAMBUNG...