TENTERA TINTA

Flag Counter

Saturday, September 15, 2012

PUISI UNTUK RAKYAT KELANTAN

Assalamuaikum.


Petang yang redup dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Aku duduk sila di meja kerjaku sambil mencoretkan sesuatu di dada komputer ribaku. Tetiba hatiku getus mahu dihiburkan. Jemariku galak membuka laman youtube lantas menekan butang aksara pada papan kekunci komputer ribaku. 
Tanpa  disengajakan  muncul satu frasa oki setiana dewi pada paparan laman youtube. Mataku terus terpandang pada paparan yang bertajuk puisi oki setiana dewi - seindah namamu

Tanpa paksaan jariku membuka paparan tersebut dan telingaku bergegas mengambil tugas. Ku hayati bait-bait puisi itu dengan penuh minat. Setelah ku renung dalam-dalam maksud dibalik seindah namamu adalah puisi khas yang dicoret oki setiana dewi untuk rakyat kelantan.


"Ambo Banggo Jadi Rakyat Kelate!"




Friday, September 14, 2012

AKU DAN PENA

Assalamualaikum.

"Aku dan penaku"



Kali ini aku akan berkongsi berkaitan dengan penglibatan aku dalam dunia penulisan kreatif.

Sepanjang hidupku tidak pernah pun sampai bermimpi untuk menjadi seorang penulis. 
Tetapi bermula hujung tahun 2011 aku mula berjinak-jinak menulis. 
Bermula dengan puisi  aku mula berminat untuk menulis.
Aku lebih cenderung dalam penulisan SAJAK mungkin kerana aku menjadikan S.N A. Samad Said, S.N Usman Awang , S.N Datuk Dr Kemala dan juga dr Maza sebagai idola dalam bidang penulisan.
Namun aku juga menulis cerpen dan juga mencuba untuk menulis novel.

SAJAK NUKILANKU (46 Sajak)
Alasan, Angka Keramat, Atas Kuli Bawah, Balada Buat Sang Diksi, Beza, Binasa, Bingkisan, Buat Yang Terleka, Cakna, Carta Hati, Cinta Buku Kita, Delusi Bonda, Destinasi, Dian, Dianku Abadi, Dimensi, Dunia Akhir Usia, Falsafah Tinta, Figura Semata, Gapai Impi, Gelora Tragis, Gemar, Harapan Ihsan, Hela, Illusi Fana, Inspirasi Abadi, Begitu Begini, Jangan Pernah Menyesal, Jurang Sistem, Langkah Cahaya, Lelaki Asuhan Tarbiah, Merah Cinta, Nilaian Sebuah Metafora, Nur Ramadhan, Purnama, Tabik Pada Raja, Rajuk Sang Hati, Resah Dilema, Sepi Pena, Silam, Sinar Buat Yang Benar, Suara, Tulisan, Watak, Yang Sedang, Yang Terasing.

CERPEN NUKILANKU (15 Cerpen)
Salah Menduga, Dian, Genggamlah Tangan Ini, Jauhnya Syurga, Kasih Tak Bersyarat, Melakar Pelangi, Metafora Puisi, Derita Hati Seorang Tua, Sejarak Dua Jari, Semalu, Sepi Angin Ke Philly, Seputih Salji, Shahril, Sahaja Aku MencintaiMu, Shahir & Melodi, Syazwan & Syafie.

NOVEL
Nota Melodi - Sedang ditulis

Itulah serba sedikit perkembangan terbaru aku dan penaku.










Thursday, September 13, 2012



Sedingin salju yang diimpikan
       Membawa sinar harapan
Tuk terus melangkahkan
      Kaki menuju suara impian…



Sunday, August 26, 2012

ACUAN SKAB


Assalamualaikum

Untuk entri kali ini aku nak cerita fasal bakat-bakat pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Bakat (SKAB). 

Kenapa skab?

Pertama : skab merupakan sekolah lama fizikr semasa sekolah rendah.
Kedua : skab merupakan sekolah yang fizikr buat sbe fasa 4

Ceritanya bermula apabila kami guru pelatih telah dicabar oleh guru besar skab untuk membuat sesuatu sebagai kenangan kepada skab.
Jadi secara kebetulan pada hari terakhir kami berada di skab diadakan program penutupan ramadhan. Tanpa mensia-siakan peluang kami telah berbincang dengan guru penyelaras program ini untuk melatih murid skab membuat persembahan pada hari tersebut.
Pada awal perbincangan kami untuk melatih murid bertaranum dan nasyid, tetapi memandangkan kami kesuntukan masa untuk melatih murid taranum dan juga nasyid maka kami telah mengambil altenatif lain iaitu kami telah bersepakat untuk melatih murid mendeklamasikan sajak. Jadi cikgu penyelaras telah memetik dua nama pelajar yang biasa bersajak iaitu :

1.       Mohd Afifi
2.       Nur Farahin

Dan inilah hasilnya.. 

(Semoga terhibur)


Sunday, August 5, 2012

CINTA BUKU KITA

Tunas Cipta Jun 2012

Untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih baik sila gunakan headphone





Saturday, August 4, 2012

REVIEW CERPEN MELAKAR PELANGI

Assalamualaikum
Kali ni aku nak coretkan sedikit review  pasal kerja projek untuk subjek penulisan kreatif

Kenapa penulisan keatif?
Sebab hanya bacth PISMP Ambilan Januari 2011 saja yang ambil subjek penulisan kreatif di  Ipg Kampus Ipoh.
Itupun hanya dua kelas je yang ambil subjek ni.
Kami ni merupakan bacth pertama dan terakhir yang ambil subjek penulisan kreatif di IPG Kampus Ipoh.
Itulah yang uniknya kenapa aku ketengahkan subjek ni.

Tugasan untuk kali ini kami dikehendaki untuk menghasilkan satu cerpen yang bertemakan isu pendidikan.
Wah! memang menarik tema tersebut.
Bidang penulisan cerpen ni bukanlah pengalaman yang pertama bagiku kerana sebelum ini pun aku dah hasilkan 12 cerpen dan ada antaranya telah berjaya menembusi lembaran majalah akedemik. 

Jadi untuk entri kali ini aku nak review la serba sedikit fasal cerpen bertemakan isu pendidikan yang dah aku hasilkan untuk tugasan kerja projek subjek penulisan kreatif ni. 

Tajuk : Melakar Pelangi
Nukilan Pena : pemuisigemar



Sinopsis
(Mengisahkan tentang kehidupan Iwan seorang pelajar miskin  juga mengalami masalah pembelajaran yang mengimpikan sekaya seindah setinggi. Oleh kerana masalah yang dialaminya itu menyebabkan dia selalu gagal mata pelajaran sejarah dan sering dimarahi oleh gurunya dan ditertawakan oleh rakan-rakannya yang lain. Sehingga satu hari muncul seorang pelajar baru yang bernama Husna  dan berhasrat untuk membantu Iwan mengatasi masalah tersebut. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Husna untuk membantu Iwan? dan Apakah Iwan berjaya mencapai sekaya seindah setinggi yang diimpikannya itu?)

Watak
1.  Iwan
- Pelajar miskin
- Mengalami masalah pembelajaran
- Lemah mata pelajaran sejarah
- Kuat semangat
- Bercita-cita tinggi
 - Mudah emosi

2. Husna
- Yuna nama timbangannya
- Pandai bermain alat muzik
- Suara merdu
- Bijak
- Ikhlas dalam berkawan

3. Cikgu Firas
- Guru disiplin dan guru sejarah
- Bengis
- Tegas
- Bertindak terburu-buru

4. Aizat dan Amir
- Dua sekawan
- Samseng sekolah
- Iri akan Iwan

5. Puan Mila
- Ibu kepada Iwan
- Penjaja kuih
- Menyimpan rahsia

Itulah antara serba sedikit review cerpen yang akan dihantar sebagai tugasan projek untuk subjek penulisan kreatif.

Akhir kata selamat menghasilkan cerpen buat kawan2 yang sealiran denganku.. 
InsyaAllah anda semua pasti mampu untuk melakar pelangi..








Friday, August 3, 2012

KUNCI SYURGA



The Muhibbains - Kunci Syurga

Kali pertama mendengar lagu ini di radio Ikim fm terus jatuh hati. 
Melodi yang sangat menyedapkan telinga
Lirik yang sangat menyentuh sanubari