TENTERA TINTA

Flag Counter

Saturday, January 12, 2013

ANJAKAN PARADIGMA

Assalamualaikum.

Dalam hidup tidak semestinya apa yang kita rancang itu akan terjadi sesuai dengan kehendak kita. Bagaimana rapi pun kita merancang jika Allah tidak kehendakinya maka hasil kepada perancangan itu tetap akan tertangguh juga. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Ayat di atas menjelaskan bahawa kita sebagai manusia perlu mengubah nasib sendiri kerana hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya. 



Kerap kali sesetengah kita mengeluh apabila apa yang dihajati tidak tercapai sedangkan sudah melakukan usaha. Tetapi harus diingat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin saja Allah menangguhkan hajat kita untuk sesuatu yang lebih besar ganjarannya. Siapa tahu kan?

Mengapa hajat itu tertangguh? Mungkin saja Allah ingin menguji sejauh mana cinta hambaNya. Mungkin saja terdapat kesilapan dalam diri tanpa kita sedari. Mungkin saja kita belum bersedia untuk menerima untuk menerima hajat itu.

Yang paling penting kita haruslah sentiasa bersabar dan terus menutur baris butir doa mengharapkan keampunan Allah.


Friday, January 11, 2013

SEPAK TAKRAW


Assalamualaikum.

Apa itu Sepak Takraw?



Sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang. 

Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.

Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.

***

Siapa pemain-pemainnya?



  • Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
  • Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
  • Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.
Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing.

***

Kenapa aku update fasal sepak takraw?


Pertama, kerana aku meminati permainan sepak takraw dan aku selalu bermain di posisi tekong dan posisi apit kanan. Kalau posisi apit kiri aku lemah sikit kerana aku tak berapa nak padu dalam melakukan umpanan bola.

Kedua, sebab dalam novel hasil tulisan aku hampir 30% aku masukkan elemen permainan sepak takraw sebagai isu sampingan. Secara klise penulis-penulis lain akan memasukkan elemen permainan bola sepak dalam novel-novel mereka tetapi aku ingin mengetengahkan satu isu yang baharu iaitu pelajar cina yang berminat bermain takraw dan mampu menjadi tekong harapan pasukan sekolah yang diwakilinya.
Walau bagaimanapun tulisan aku itu masih dalam peringkat proposal. Aku sendiri pun masih menunggu maklum balas yang positif dari pihak penerbit. Entah diterima entah ke tidak, harap-harap moga diterimalah hendaknya. Doa-doakan ye semoga proposal novel aku dapat diterima oleh pihak penerbit.


Wednesday, January 9, 2013

SEPARUH SEDAR

Assalamualaikum.



Manusia sering kali leka, lupa, alpha dan seumpamanya dalam menjalani kehidupan seharian kita. 

Manusia telah dikurniakan nafsu dan disertakan dengan akal fikiran berbanding dengan haiwan yang hanya mempunyai nafsu sahaja tanpa akal dan fikiran untuk berfikir.

Sering kali manusia menangkan nafsu menguasai diri padahal kita boleh tundukkan nafsu tersebut dengan akalan. Mind-set adalah penting apabila kita mengerjakan sesuatu kerana apabila mind-set kita selalu positif maka setiap apa yang kita lakukan pasti juga akan memberikan kesan yang positif terhadap perlakuan kita sehari-hari.

Apa yang boleh kita buat?
~ Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. 
~ Jangan sesekali menangkan nafsu menguasai diri kita dan haruslah bersedia menepisnya dengan akalan.
~ Perlu ada rasa keinsafan dalam diri. Yakni sentiasa berfikir akan kelemahan diri.
~ Gunakan kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.
~ Hijrahkan diri dan istiqamah melakukan yang amar.

* Sebagai selingan hayati bait-bait lagu terbaru daripada Jipie Pesawat yang berjudul Separuh Sedar ost Telefilem Aku Bukan Haji.



Tuesday, January 8, 2013

SIGNIFIKAN SASTERA

Assalamualaikum.

Bunga kemboja di tepian laman,
Tumbuh subur menghias maya,
Sopan dan santun jadi ikutan,
Kerana peran acuan sastera.

***


Sastera merupakan karya seni kreatif hasil ciptaan manusia yang menggunakan bahasa yang indah, halus serta menarik sehingga dapat memberi kesan kepada pembaca/penonton. Dalam erti kata lain, sastera juga merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif atau bukan naratif. Karya sastera amat berbeza dengan hasil-hasil penulisan akademik atau bukan akademik yang lain kerana hasil satera tidak  mempunyai variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada penonton/pembaca.

***


Indah sememangnya indah ayat sastera yang dituturkan ataupun ditulis seindah rumi. Pada zaman dahulu seumpanya amat menitikberatkan kesantunan dalam berbahasa walaupun ketika menggambarkan situasi marah sekalipun.

 Contoh ayat yang sinonim dengan masyarakat dahulu:
 @ Jangan dijolok sarang tebuan 
@ Apa diharap pada orang, entah sudi entahkan tidak
@ Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap
@ Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
@ Meminta pada yang ada, merindu pada yang kasih

Itulah antara contoh ayat yang digunakan oleh masyarakat orang-orang terdahulu yang lembut pada dasarnya tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Inilah kesantunan yang diterapkan sejak berkurun-kurun lamanya namun kini kesantunan itu hanya tinggal sejarah yang hampir dilupakan oleh masyarakat muda globalisasi. Sedikit demi sedikit lama-lama budaya besantun ini akan terhakis jika tidak diperangi dari akar umbinya.

***

Langkah mengatasi masalah kesantunan dalam berbahasa yang semakin pudar dalam jiwa masyrakat kini adalah perlu dipupuk dari si putik jagung lagi. Pepatah melayu pernah berkata melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh itu mata pelajaran kesusteraan perlulah diterapkan sejak dari bangku sekolah rendah lagi malah bukan itu sahaja usaha ini harus berterusan sehingga ke peringkat pendidikan sekolah menengah dan diwajibkan untuk semua pelajar tanpa mengira aliran sains tulen.

***


Zaman era globalisasi yang serba moden, semua dicicipkan yang ringkas sehinggakan mencemarkan keindahan bahasa Melayu khuhusnya.
- Perkataan pendek menjadi panjang
- Perkataan panjang pula dipendekkan
- Perkataan yang ada digugurkan
-Perkataan yang tiada pula diadakan

Jadi melalui pembelajaran sastera yang telah diterapkan sejak awal bangku sekolah rendah sedikit sebanyak akan dapat menjaga keindahan dalam bahasa Melayu kita.

Perkataan REMAJA KITA
Perkataan Sastera
Memekak
Hingar
Membuta
Beradu
Mencekik
Santap
Kepala Otak
Minda Fikir
Belasah
Kerjakan
Melalak
Melaung
Apa Kejadah
Apa Bicara

Bukankah lebih baik jika kita menggunakan perkataan sastera yang sudah tentu keindahan bahasanya daripada perkataan yang belum tentu jelas keindahan bahasanya. Itulah pentingnya pelajaran sastera yang perlu diterapkan sejak awal bangku sekolah rendah lagi.

~ Sastera dapat mencantikkan yang kurang cantik.

***


Saturday, January 5, 2013

DISLEKSIA


Assalamualaikum.



Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Ciri-Ciri Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-Punca Disleksia
* Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
* Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Pencegahan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

* Kenapa aku terpanggil untuk menulis fasal disleksia? sebenarnya aku telah menulis novel berkisarkan kisah pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan salah satu daripada bab novel yang aku tulis itu adalah berkaitan dengan masalah disleksia. jadi aku pun kemas kini isi blog aku dengan isi yang berkaitan disleksia. Sekarang proposal novel aku masih lagi dalam penilaian pihak penerbit. Mohon doakan aku ye semoga proposal novel yang aku hantar dapat diterima oleh pihak penerbit untuk diterbitkan di bawah label syarikat mereka. 


Friday, January 4, 2013

NOVEL TERBARU GISB

Assalamualaikum..

Tahun 2013 pastinya banyak karya-kaya yang akan keluar. 

Aku sendiri baru lepas menghantar proposal novel kepada editor Galeri Ilmu iaitu Tuan Amir untuk pertimbangan pihak syarikat penerbitan GISB.



Antara novel yang bakal diterbitkan oleh syarikat GISB yang menarik minat aku untuk mendapatkannya adalah seperti berikut:

1. Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam (Khairy) 
2. Ibuku Novelis (Dissa Azmin)
3. Goodbye, New York (Iwan Ghazali)
4. Jaguh Frisbee (Shahkang)
5. Budak Fixie (Zaharudin)


Tuesday, January 1, 2013

LAGU NASYID TERBAIK 2012

Assalamualaikum.

10 Lagu Nasyid terbaik sepanjang tahun 2012

10) Doa - Nora



9) Kunci Syurga - The Muhibbain



8) GarisanMu - Izzat Mahadi




7) Saat Terindah - Firdaus



6) Aku Percaya - Aidil feat. Bob Yusof




5) Sahaja Aku Mencintai-Mu - Du'a feat. Ustaz Amal



4) Hingga Ke Akhirnya - Varianz feat. Izzat Mahadi



3) Itu Ini Begitu Begini - Mirwana feat. Altimet



2) Penerang Hati - 6ixth Sense feat. Saujana



1) Kurnia - Nowseeheart



Tahniah buat lagu-lagu yang telah dipilih berdasarkan undian dalam carta ikim.fm