TENTERA TINTA

Flag Counter

Tuesday, October 1, 2013

HANTAR KARYA (CERPEN & PUISI)

Assalamualaikum.


Untuk anda yang mempunyai bakat
Untuk anda yang mempunyai minat
Untuk anda yang mempunyai kudrat

Aku mahu berkongsi ilmu dengan anda yang sudi melawat blog pemuisi-gemar. Kepada yang mahu jadi penulis dan tidak tahu penerbit mana yang dirasakan sesuai, bolehlah kembangkan bakat anda di sini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Dengan ini aku ada sertakan beberapa alamat e-mail beberapa editor majalah dan akhbar yang terkemuka di Malaysia. 


1. Berita Minggu/ Berita Harian  bhsastera@nstp.com.my

2. Mingguan Malaysia  
labuan02@yahoo.com

3. Sastera.Net 
sastera.net@gmail.com 
 deewaqaf@gmail.com

4. Tunas Cipta 
sitinoorisa@dbp.gov.my (editor Siti Noorisa bt Abdul Khill)

5. Dewan Siswa 
jun@dbp.gov.my (editor Junaidah Ahmad Ghazali) khirudin@dbp.gov.my(editor Khiruddin Abdullah)

6. Dara.com 
 siti.nurazlina@karangkraf.com.my (puisi)

7. Harian Metro 
 wanitametro@hmetro.com.my  puisimetro@hmetro.com.my (puisi)

8. Mingguan Warta Perdana 
 kkth07@streamyx.com 
hellobolly@yahoo.com (editor Zaini Zaa)

9. Remaja 
nur.natasha@karangkraf.com.my  wan.erni@karangkraf.com.my

10. Nur 
salina.ibrahim@karangkraf.com.my

11. Utusan Jawi
jawi55@yahoo.com.my

12. Fokus SPM 
muhd.azman@karangkraf.com.my

13. Dewan Bahasa 
zaidi_i@dbp.gov.my (editor Zaidi Ismail)(puisi)

14. Metro Perdana 
editor_kl@yahoo.com

15. Harakah 
sastera.harakah@gmail.com 

16. Kuntum 
kuntum@thestar.com.my

17. Dewan Masyarakat 
aminah@dbp.gov.my 
 shamsiah@dbp.gov.my


18. Dewan Sastera 
fadlidewansastera@gmail.com (editor Muhammad Fadli al-Akiti)

19. Pelita Bahasa  
nazlenda@dbp.gov.my 
zuraini@dbp.gov.my

20. Dewan Ekonomi 
 armin@dbp.gov.my (editor Armin Azhari Saleh)  roziaham@dbp.gov.my (editor Roziah Ahmad Moin)

21. Dewan Kosmik 
 norizan2@dbp.gov.my (editor Norizan Muslim)  jsuria@gov.my (editor  Suria Janib)

22. Dewan Budaya 
 ghanig@dbp.gov.my (editor Abdul  Ghani Abu)  shukri_m@dbp.gov.my (editor Mohd Shukri Mohd Ariff) 
 asri_m@dbp.gov.my(editor Mohd Asri Mohammad)

23. Solusi 
 Majalahsolusi@gmail.com

24. Gen-Q 
 majalahgenq@gmail.com

25. Muslim Teens 
 muslimteens@anamuslim.com.my

u/p : Untuk penulis yang baru pertama kali ingin menghantar karya aku cadangkan hantar ke majalah Tunas Cipta terlebih dahulu kerana majalah ini khusus menerima karya penulis generasi baru. (Berdasarkan pengalaman)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka." - Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi.

Nota Kaki : Setiap kali menghantar karya, sila sertakan juga biodata ringkas seperti nama penuh, alamat lengkap, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mail dan nombor akaun bank islam (jika ada) bagi urusan pembayaran mengikut media percetakan.

Semoga anda berjaya! Karya anda berjaya diterbitkan, aku juga turut tumpang gembira.



Sunday, September 29, 2013

RAPUH

Assalamualaikum.

Apa itu rapuh?

Jom sama2 kita fahami apa yang dimaksudkan dengan rapuh.

Menurut istilah kamus, rapuh merujuk kepada sesuatu benda yang lemah dan berisiko untuk rosak. 

Perkataan rapuh itu sendiri amat luas makna penggunaannya. 

Contohnya, boleh saja kita kata rapuh itu untuk merujuk kepada kayu yang sudah reput dan menghitung masa untuk patah.

Tetapi bukan rapuh kayu yang ingin aku utarakan dalam entri kali ini. 
Rapuh yang cuba aku utarakan ini adalah merujuk kepada jiwa atau dalam konteks islaminya kerapuhan iman.


Aku yakin semua pembaca mesti sudah menonton filem KIL kan?

Jalan cerita dalam filem ini jelas menunjukkan kerapuhan jiwa watak utama yang cuba untuk membunuh diri sehingga sanggup mengupah orang untuk membunuhnya setelah gagal membunuh diri sendiri.

Hal ini kejadian dalam filem yang pasti memberi pengajaran kepada para penontonnya. Aku pasti tujuan dipertontonkan filem KIL adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengajaran kepada kita betapa RAPUHnya jiwa orang yang cuba ingin membunuh diri.

Bagaimana aku tahu?

Pertama : Hanya ALLAH yang berhak mengambil nyawa hamba-Nya. Selagi belum sampai ajal seseorang, buat macam mana pun (cubaan bunuh diri) tidak akan berjaya untuk menamatkan riwayat diri sendiri. 

Kedua : Jelas dalam filem KIL menunjukkan agensi yang diupah itu sebenarnya bukan untuk membunuh orang tetapi sebaliknya yang berlaku iaitu agensi ini bertugas sebagai virus penyuntik semangat untuk klien mereka meneruskan kehidupan.

Ketiga : Jawapan itu ada pada ANDA semua.

Secara peribadinya, Aku puji atas usaha penerbitan filem KIL yang memberikan satu pengharapan yang baru kepada mereka2 yang cuba untuk membunuh diri sendiri. Mereka rasa hidup ini tidak berguna selepas musibah menghepap diri mereka. Sedangkan mereka tidak tahu musibah itu sebenarnya tanda inayah Allah kepada Hamba-Nya. Allah mahu sedarkan hamba-Nya yang mungkin sedikit terleka dalam mengingati-Nya. Itulah tandanya Allah RINDU akan hamba-Nya.

Secara tuntasnya, sama2 kita teguhkan keimanan agar jiwa kita tidak mudah rapuh apabila ditiup angin hitam.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Jom sama-sama hayati lagu rapuh ost filem KIL daripada Pesawat. 
Pesawat - Rapuh
Lagu / Lirik : Jipie Pesawat



Saturday, September 28, 2013

TRI YO I SANGGAR

Assalamualaikum.

Dalam entri kali ini aku nak perkenalkan kumpulan baru kepada pembaca semua. 
Kumpulan yang aku cuba ketengahkan ini diberi nama Tri Yo. 
Kenapa Tri Yo? Sebab ahli anggota kumpulan ini hanya bertiga..

Jom kita bertaaruf dengan ahli kumpulan Tri Yo

Tri-Yo adalah satu nama baru dan kini mereka baru mencipta nama dalam industri seni dakwah di Malaysia. Sampai ke hari ini nama Tri-Yo masih lagi berlegar-legar di telinga para peminatnya terutama bagi penggemar muzik itu sendiri. Tri-Yo merupakan sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan pada awal tahun 2013. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang anak muda seperti Shahiran, Maha dan Juma. Bagi penggemar atau peminat nasyid mungkin sudah mengenali ahli kumpulan ini kerana sebelum tertubuhnya kumpulan ini, mereka bergerak solo dan juga merupakan penyanyi nasyid solo dan masing-masing pernah mengeluarkan single mereka sendiri tetapi menampilkan konsep yang berbeza dalam usaha dakwah mereka selari dengan kehendak muzik masa kini sehingga tertubuhnya Tri-Yo. 

    Dengan tertubuhnya kumpulan ini semoga apa yang mereka cuba ingin sampaikan kepada para pendengar melalui lagu yang mereka bawa ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun lagu yang mereka bawa ini diselitkan dengan konsep Rapp, R&B, Jazz dan POP, namun konsep yang berbentuk nasihat atau dakwah tetap dikekalkan dalam lagu yang mereka bawa ini.


Ahli Kumpulan Tri Yo


Ahmad Shahiran B Zainal Abidin(Shah)


Maziatul Uzzma Bt Hj Ta’azim(Juma)


Afdhal - Ahli baru ganti Maha
Photo: Selamat Malam :)
jgn lupe VOTE Tri Yo -Sanggar!

http://urbanyouth.fm/carta/carta-lagu-kita.html

#Afdhal

Mahazhir Bin Zainol Abidin (Maha)- Ex Tri Yo


Lagu Kumpulan Tri Yo

Single Pertama

Sanggar


Single Kedua

Fitrah Fitri ft. Kamal & Mira


***

Aku nak cerita macam mana pertama kali aku dapat kenal dengan kumpulan Tri Yo. Mula2 aku kenal dengan bro Shahiran yang merupakan pengurus kumpulan nasyid Devotees. Masa tu Bro Shahiran datang maktab aku bersama Devotees untuk persembahan hujung tahun 2012. Masa tu aku bertugas sebagai stage manager jadi berpeluang beramah mesra bersama devotees dan bro Shahiran di belakang pentas sebelum persembahan. 

Nak dijadikan cerita awal tahun 2013 bro Shahiran pm facebook aku dengan hantar link lagu single pertama kumpulan Tri Yo iaitu Sanggar. Masa tu agak terkejut jugaklah bro Shahiran tubuhkan kumpulan baru.

Sanggar ni bermaksud tempat. Lagu ini hasil ciptaan bro Rosli Ahmad yang menceritakan mengenai kecantikan yang asli yang bersanggar (bertempat)indah.

So, khas untuk lelaki yang diluar sana termasuklah aku :
Carilah cantik yang asli yakni cantik diluar dan juga cantik didalam bukan hanya sekadar cantik rupa paras sahaja.




Friday, September 27, 2013

CINTA DAN WAHYU

Assalamualaikum.

Entri yang lepas aku dah bagi pembaca semua menonton drama Warkah Cinta. Dalam entri kali ini aku nak bagi pembaca semua menonton drama kesinambungan Warkah Cinta iaitu Cinta dan Wahyu yang diadaptasi daripada novel Kala Cinta dan Wahyu Bersatu  juga karya Ustaz A.Ubaidillah Alias dan terbitan Al Kahfi Pictures.

Mengapa drama ini wajib tonton?
- Pemakaian pelakon sedaya upaya 100% patuh syariah. Menutup aurat.
- Setiap babak dan konflik tidak akan berlaku sentuhan antara lelaki dan wanita.
- Penonjolan pemakaian syiar Islam yang KETARA. Jubah, serban, purdah, tudung labuh dan lain-lain.
- Penonjolan Institusi pondok dan latar kehidupan pelajar pondok.
- Skrip yang memberi penekanan kepada dakwah, uslub, mesej yang lebih serius.



Sinopsis

Kesudahan kisah WCBS kelihatan tergantung apabila cinta Balqis terhadap Amir berakhir tanpa kepastian. Justeru, Balqis sudah berputus asa, namun dia belum mematikan niatnya untuk mencari pemuda seperti Amir sebagai pasangan hidup. Manakala Amir masih dalam kebingungan setelah selamat menjalani pembedahan.

Amir berada dalam status penyembuhan selama setahun. Sewaktu beliau tidak mampu berjalan dan bekerja, di situlah ustaz Hamdi yang pernah mendidik beliau kembali mencurahkan perangsang dan motivasi. Ustaz Hamdi menyedarkan Amir agar terus berjuang dengan mata pena sebagai satu wasilah dakwah.

Di sebalik kisah Amir dan Balqis. Muncul watak Tasnim yang merupakan sahabat baik arwah Wardah. Beliau adalah seorang gadis yang membawa legasi cinta Wardah, dia menyimpan janji Wardah yang mahukan Tasnim menemui Amir. Ada beberapa perkara yang telah dituntut oleh Wardah dan perlu disempurnakan oleh Tasnim. Dari situ, Tasnim mula berdoa agar suatu hari dia akan ditemukan dengan Amir.

Sepanjang Amir berkerusi roda, Amelia yang berada dalam course perubatan mengambil tugas menjaga Amir sebaik mungkin. Amelia, selaku watak sampingan di dalam novel WCBS dan juga merupakan sepupu Amir yang sudah lama memendam kasihnya pada Amir. Bermula dari sekolah rendah, menengah dan kampus. Dia sentiasa mengharap cintanya disambut oleh Amir. Dia banyak memberi dan berkorban untuk Amir. Sewaktu Amir sakit, dia banyak melawat dan menziarahinya. Sehinggalah Amir sihat dan bekerja, dia sentiasa mengharapkan cinta Amir.

Sebaik Amir sihat sepenuhnya, dia menyertai aktiviti penulisan dalam masa yang sama beliau kuat melakukan aktiviti dakwah. Di situ, berlaku pertemuan dan perkenalan antara Amir dan Tasnim. Perbincangan dan perkongsian pendapat berlaku antara mereka, secara jelas Tasnim dapat merasakan ‘keistimewaan’ karekter jiwa Amir.

Balqis akhirnya pulang ke Malaysia. Ternyata, sejurus pulang dari Mesir dia cuba dilamar oleh Izzuddin. Izzuddin juga mengambil langkah proaktif dengan menjadi rakan kongsi perniagaan kepada abang Balqis. Namun, hati balqis masih tawar untuk menerima sesiapa. Balqis mula berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menemukan dirinya dengan lelaki sebaik Amir.

Tasnim adalah penggiat sastera yang belajar dalam kursus undang-undang. Beliau yang berasal dari sekolah agama juga merancang untuk menyumbang pengalaman kepada adik-adik di sekolah Naim Lil banat dan juga Maahad. Dari situ dia mula merangka gerak-kerja dan mengumpul tenaga kerja yang mampu menyumbang. Dia mendapat maklumat bahawa Balqis adalah bekas mahasiswi mesir yang banyak bergiat di dalam penulisan, dalam masa yang sama Balqis adalah bekas pelajar Maahad. Dari situ dia cuba menghubungi Balqis. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan program gabungan dua sekolah iaitu Naim Lil Banat dan Maahad Muhammadi Perempuan. Mereka menamakan bengkel itu sebagai bengkel penulisan kreatif.

Suatu hari Balqis ke bandar untuk melihat kedai milik abangnya. Secara tidak sengaja dia terserempak dengan Amelia dalam satu insiden. Dari situ dia mendapat maklumat bahawa ustaz Amir masih hidup. Balqis ragu-ragu, dia menyangka ustaz Amir yang menjadi sepupu Amelia itu barangkali adalah pelanduk dua serupa. Akhirnya, rasa penasaran itu dicicirkan.

Tasnim pula cuba mendapatkan khidmat Amir yang namanya mula meningkat naik sebagai penulis. Tasnim mahu Amir hadir sebagai panelis dan juga fasilitator bagi bengkel penulisan kreatif. Setelah sepakat mereka bersetuju untuk bekerjasama.

Dalam usaha, Amir membina kerjaya beliau sebagai penulis dan pendakwah. Dia mula dikenali dalam industri penulisan. Juga beliau digemari oleh kebanyakan agamawan di atas kemahiran dan sikap optimis. Dia akhirnya ditawarkan bekerja di pejabat kerajaan sebagai pegawai.

Bengkel Penulisan Kreatif berlangsung, hari program itu bagaikan Sireh Pulang ke Gagang. Merpati pulang ke sarang. Balqis bertemu semula dengan Amir. Ia benar-benar diluar jangkaan Balqis, Amir yang pernah dicintainya masih hidup. Rasa cinta memencar dan menabrak harum di kolong jiwa, namun Balqis teragak-agak untuk mendekati Amir, sekalipun hatinya mahu tetapi dia takut andainya Amir sudah berpunya. Sedangkan, Amir sendiri masih mendoakan agar Balqis kembali kepadanya. Balqis tidak berani berbicara, dia malu semalunya. Kerana Amir pernah menolaknya suatu ketika dahulu. Dia tidak akan menjadi perigi cari timba kali kedua.

Dalam diam, Tasnim yang membawa legasi cinta Wardah mengakui bahawa dia sudah menyukai Amir dan mahu membawa Amir ke dalam keluarganya. Beliau beria-ia menjemput Amir agar menemui keluarganya. Dalam satu pertemuan dengan keluarga Tasnim, Amir tidak mendapat perhatian dengan baik. Ibu Tasnim tidak menyukai Amir kerana beliau sewaktu itu masih menganggur dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Sedangkan Amir sewaktu itu telah mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai kerajaan.

Tasnim cuba menghubungi Amir dan menjelaskan perasaannya. Namun, Amir secara lembut memberitahu bahawa dia sudah berpunya. Tasnim terkejut dengan kenyataan itu, dia cuba mencari siapakah ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Amir. Dia bertanyakan Balqis, ternyata Balqis juga tidak tahu siapakah ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Amir.

Amir sendiri memberi maksud ‘si dia’ itu adalah Balqis. Namun dia belum pernah menyatakan maksud itu kepada sesiapapun kecuali dalam doanya kepada Allah.

Balqis yang akhirnya menyedari bahawa Amir masih hidup sedikit sedih apabila mengetahui melalui Tasnim bahawa Amir sudah berpunya, namun dia tidak putus asa. Biarpun tasnim sudah menyatakan Amir sudah mempunyai si dia. Namun, dia tetap berdoa agar cinta mereka bersatu. Dia tidak pernah mengungkapkan rasa cintanya secara terus kepada lelaki itu. Dia hanya menyebutkan rasa itu di dalam doa-doanya kepada Allah. Balqis juga tahu, Tasnim dan Amelia juga memendam rasa kepada Amir.

Mulai saat itu, Balqis menolak lamaran Izzuddin. Ternyata, keputusan balqis itu membuatkan Izzuddin hampir sasau dan dia benar-benar marah dengan kehadiran Amir kali kedua. Baginya, Amir adalah perampas. Izzuddin marah dan membawa diri jauh dari Kelantan. Dia memutuskan hubungan dengan abang Balqis dan berhijrah dari situ.

Tasnim dan Amelia, dua wanita yang baik serta mempunyai ciri-ciri yang diidamkan oleh kebanyakan lelaki. Namun, mereka keduanya mengharapkan cinta Amir. Malah sanggup meluahkannya secara berdepan. Balqis pula ternyata berbeza. Dia sendiri tidak akan meluahkan cintanya, malah menyerahkan segalanya kepada Allah. Dia bertawakkal dan pasrah sambil berdoa dengan sepenuh hati mengharapkan doanya akan dikabulkan. Dan dia sering berdoa agar Amir akan mampu mencari jalan untuk memilikinya.

Apabila dua jiwa cuba mendambakan cinta Amir. Amir seperti terhimpit, namun jauh di sudut hatinya dia mahukan Balqis sebagai belahan jiwanya. Bukan kerana kebendaan tetapi kerana ciri-ciri gadis idamannya terdapat pada Balqis. Hanya Balqis sahaja yang layak menjadi isterinya pada pandangan Amir.

Di sini berlaku perdebatan antara Amir dan keluarganya. Amir menghadapi waktu sukar apabila ibubapanya cenderung menerima Amelia. Amir perlu memutuskan yang terbaik, demi kebaikan keluarga dan agamanya. Dia bukan mahu tangkap muat. Tetapi, biarlah isterinya ini benar-benar menyokong kariernya sebagai pendakwah.

Dari beberapa insiden lain, Balqis kian memahami kenapa Tasnim dan Amelia benar-benar mahukan Amir. Dia cuba mengalah dan membawa diri ke Mesir. Amir berusaha untuk melepaskan diri dari cinta Tasnim dan Amelia. Lalu menggapai Cinta Balqis. Amir gagahkan diri untuk membuat keputusan besar. Dia cuba melepaskan harapan Amelia dan Tasnim. Kemudian dia ke Mesir untuk memenangi hati Balqis.




Selamat Menonton

Cinta dan Wahyu Episod #1


Cinta dan Wahyu Episod #2



Cinta dan Wahyu Episod #3



Cinta dan Wahyu Episod #4



Cinta dan Wahyu Episod #5



Cinta dan Wahyu Episod #6



Cinta dan Wahyu Episod #7



Cinta dan Wahyu Episod #8



Cinta dan Wahyu Episod #9



Cinta dan Wahyu Episod #10



Cinta dan Wahyu Episod #11



Cinta dan Wahyu Episod #12