Langkah 1 ~ Cipta Isu
- Isu merupakan idea pokok yang perlu hadir
sebelum pena mula menari di atas kajang.
- Dalam berkarya aku membahagikan isu kepada
dua iaitu tema dan persoalan.
- Tema merangkumi peristiwa pokok, persoalan
peristiwa sampingan.
Contoh:
Isu yang dicipta rumah anak yatim
Tema
- Amanah menjaga anak yatim
Persoalan
- Kehidupan anak yatim
- Hubungan penjaga dengan anak yatim
- Kisah mantan penghuni rumah anak yatim
- Kisah anak introvert
- Pendekatan psikologi
~ Kebiasaannya aku mendapat idea selepas bangun dari tidur. Maknanya tidur aku merupakan imaginasi aku. Selepas itu, aku akan melakarkan idea didalam telefon pintar terlebih dahulu sebelum kembangkan idea tersebut didalam komputer riba.
Langkah 2 ~ Senarai Watak
- Setelah berjaya mencipta isu, beralih pula
dengan menyenaraikan watak. Dalam proses
menyenaraikan watak penulis harus peka
dengan isu yang telah dicipta.
- Perlu senaraikan ciri fizikal watak bersama
perwatakannya sekali.
- Tentukan watak utama dan sampingan.
- Bagi nama watak (ikut sudut pandangan
penulis).
Contoh:
Berdasarkan isu yang dipilih aku
menyenaraikan seorang penjaga anak yatim
yang lama, seorang penjaga anak yatim baru
merangkap mantan penghuni rumah anak yatim
itu, anak-anak yatim.
Watak Utama
1. Rashidah
- Berusia lingkungan 28 tahun.
- Seorang novelis
- Suka budak-budak
- Berhati mulia
- Sabar memujuk
- Bijak dalam psikologi
Watak Sampingan
2. Umi Aziah
- Berusia lingkungan lewat 50-an.
- Penjaga anak yatim.
- Baik hati
- Penyayang.
3. Ain
- Penghuni rumah anak yatim.
- Berusia 5 tahun.
- Comel.
- Manja.
- Petah.
- Ceria.
4. Aiman
- Penghuni rumah anak yatim.
- Berusia 8 tahun.
- Pendiam
- Suka menyendiri
~ Selain itu, ada juga watak khayalan yang
aku selitkan dalam cerpen ini. Watak anak-
anak yatim yang tidak dihurai secara
terperinci perwatakan mereka namun
membantu menghidupkan suasana cerpen
tersebut.
Langkah 3 ~ Senarai Latar
- Latar perlu disenaraikan untuk mengerakkan
watak-watak yang telah dicipta.
- Contengan latar penting untuk menjelaskan
peristiwa yang sedang berlaku.
- Biasanya aku akan senaraikan latar tempat
dengan contengan seperti ini:
a) Perkarangan Teratak Harapan Ihsan
~ Rashidah bertemu dengan Ain buat kali
pertama.
~ Rashidah bertemu dengan Aiman buat kali
pertama.
~ Anak-anak Teratak Harapan Ihsan.
b) Bilik Umi Aziah
~ Umi Aziah dan Rashidah Berbual panjang.
~ Umi Aziah menjumpai surat amanah Umi
Aziah.
~ Umi Aziah jatuh pengsan.
c) Hospital
~ Umi Aziah dirawat sebelum disahkan
meninggal.
d) Ruang Legar Teratak Harapan Ihsan
~ Rashidah menyiapkan manuskrip novel.
e) Tanah Perkuburan
~ Rashidah dan anak-anak Teratak Harapan
Ihsan menziarahi pusara Umi Aziah.
~ Rashidah memberi kata motivasi kepada
Aiman.
f) PWTC Kuala Lumpur
~ Sesi pelancaran novel terbaru Rashidah.
- Untuk lebih jelas boleh juga disenaraikan dalam bentuk kotak. Ini sekadar contengan biasa.
Langkah 4 ~ Susun Plot
- Apabila selesai langkah 1 higga 3, kita akan
masuk langkah empat untuk susun plot.
- Kronologi peristiwa yang difikir oleh
penulis.
- Permulaan, perkembangan, perumitan,
Kemuncak, peleraian.
Contoh :
a) Permulaan
~ Rashidah kembali ke Teratak Harapan
Ihsan yang merupakan tempat yang pernah
dihuninya suatu masa dahulu.
b) Perkembangan
~ Rashidah bertemu dengan Aiman si budak
inrovert.
c) Perumitan
~ Rashidah memikul amanah yang berat
untuk menguruskan Teratak Harapan Ihsan
selepas kematian Umi Aziah
disamping mengubah sikap introvert
Aiman.
d) Kemuncak
~ Rashidah berjaya mengubah Aiman dari
budak introvert sehingga dapat menemui
peneguhan positif melalui teknik
psikologi Rashidah.
e) Peleraian
~ Novel terbaru Rashidah berjaya
diterbitkan dan dilancarkan dengan
berinspirasi anakanak Teratak Harapan
Ihsan.
- Binaan plot adalah bertujuan untuk memudahkan penulis mengembangkan peristiwa untuk menjadikan rangkap-rangkap rumi.
Langkah 5 ~ Susun Diksi
- Susunan diksi penting bagi menghasilkan
karya seindah rumi.
- Aku membahgikan diksi kepada dua iaitu
naratif dan dialog.
Contoh:
Langkah 6 ~ Nilai Tarbiah
- Patuh syariah atau nilai tarbiah adalah
salah satu pelan tindakan aku semasa
berkarya.
- Masukkan unsur tarbiah dalam setiap karya.
Contoh:
~ Nilai tarbiah diselitkan melalui watak
Rashidah yang sentiasa memberi nasihat
kepada Aiman.
~ Dalam cerpen ini juga disertakan dengan
hadis yang berkaitan dengan penjaga anak
yatim.
- Nilai tarbiah boleh diselit melalui dialog
antara watak atau boleh juga melalui
perlakuan baik watak yang dihuraikan oleh
penulis.
~ Jika sudah lengkap enam langkah pra menulis, bolehlah anda mula menulis dengan lancar dan seronok. Harus diingat mesti buat semakan semula selepas usai menulis. Dari situ kita akan dapat melihat kelemahan dan harus dibuat penambahbaikan sebelum dihantar ke mana-mana media penerbitan. Hal ini bertujuan bagi memudahkan kerja editor yang akan memilih karya anda untuk diterbitkan dalam media mereka.
♥♥♥
Itulah serba sedikit panduan menulis cerpen yang dapat aku kongsikan kepada anda semua. Tidak semestinya anda mengikut cara aku menulis kerana setiap penulis berbeza caranya. Panduan ini hanya sekadar jalan untuk anda yang berminat menulis tetapi tidak tahu cara untuk mula menulis.
Jika anda ingin membaca cerpen Sejarak Dua Jari versi penuh anda boleh cari masukan bertajuk Sejarak Dua Jari pada layar produksi.
Otak kita bukanlah mesin yang yang mampu merakam semua peristiwa dalam satu masa. Penyakit LUPA sering kali menjengah. Jadi, sentiasa bawa pena dan kajang ataupun telefon pintar bersama anda untuk merakam idea-idea yang bakal mencurah-curah.
Selamat menulis,
Semoga berjaya,
Sudah berjaya,
Jangan loket untuk kongsikan ilmu kepada yang lain.