
Saturday, January 2, 2016
LAGU NASYID TERBAIK (2015)
Assalamulaikum.
Sudah lama rasanya aku tidak mengemas kini laman Pemuisi Gemar dek kekangan masa berkaitan tugas hakiki. Sebagai pembukaan untuk tahun 2016 aku akan senaraikan 20 lagu nasyid terbaik sepanjang tahun 2015. Kedudukan lagu terbaik sepanjang tahun 2015 aku senaraikan berdasarkan analisis daripada kedudukan lagu dalam carta IKIM.fm sepanjang 2015.
LAGU NASYID TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2015
1. KATAKAN - NOWSEEHEART
SENILAGU : AZAHARI NOWSEEHEART
SENIKATA : AZAHARI NOWSEEHEART

JUARA CARTA : (4 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (30 Minggu)
* Masih kekal dalam carta ikim.fm
* Lagu paling lama bertahan dalam carta ikim.fm
________________________________________
2. SYAMAIL MUHAMMADIAH - UNIC
SENILAGU : BAZLI UNIC
SENIKATA : BAZLI UNIC

JUARA CARTA : (9 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (19 Minggu)
*Lagu paling banyak menjuarai carta ikim.fm
________________________________________
3. SYAHADAH - FAR EAST
SENILAGU : FADZLI FAR EAST
SENIKATA : ITO LARA

JUARA CARTA : (2 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (22 Minggu)
________________________________________
4. SABAR - BROTHERS
SENILAGU : YASIN SULAIMAN
SENIKATA : YASIN SULAIMAN

JUARA CARTA : (2 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (18 Minggu)
* Masih kekal dalam carta ikim.fm
________________________________________
5. PENYELAMAT - HAFIZ HAMIDUN
SENILAGU : HAFIZ HAMIDUN
SENIKATA : HAFIZ HAMIDUN

JUARA CARTA : (3 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (16 Minggu)
6. ESOK MENANTI - MIRWANA
SENILAGU : AKMAL MIRWANA
SENIKATA : AKMAL MIRWANA

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (19 Minggu)
________________________________________
5. PENYELAMAT - HAFIZ HAMIDUN
SENILAGU : HAFIZ HAMIDUN
SENIKATA : HAFIZ HAMIDUN

JUARA CARTA : (3 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (16 Minggu)
* Masih kekal dalam carta ikim.fm
________________________________________6. ESOK MENANTI - MIRWANA
SENILAGU : AKMAL MIRWANA
SENIKATA : AKMAL MIRWANA
JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (19 Minggu)
________________________________________
7. SALAM - LAH AHMAD
SENILAGU : LAH AHMAD
SENIKATA : LAH AHMAD

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (19 Minggu)
________________________________________
8. SERU PEMBELAAN - SOUTUL AMAL
SENILAGU : MOHD FIRDAUS SAHIDIN
SENIKATA : MOHD FIRDAUS SAHIDIN

JUARA CARTA : (5 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (14 Minggu)
* Masih kekal dalam carta ikim.fm
________________________________________
9. PENASARAN - VAST
SENILAGU : G-NOLA
SENIKATA : BUDDHI HEKAYAT

JUARA CARTA : (5 Minggu)
LAMA DALAM CARTA : (12 Minggu)
________________________________________
10. INDAH - DESTINY
SENILAGU : DAKMIE
SENIKATA : ITO LARA

JUARA CARTA : (3 Minggu)
LAMA DALAM CARTA : (14 Minggu)
________________________________________
11. AHMAD AMMAR - R IF
SENILAGU : AMAR
SENIKATA : AMAR & AHMAD AMMAR

JUARA CARTA : (4 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (12 Minggu)
________________________________________
12. JOM SELAWAT - HELIZA HELMI FT HAZWANI HELMI
SENILAGU : HAZWANI HELMI & HELIZA HELMI
SENIKATA : HAZWANI HELMI & HELIZA HELMI

JUARA CARTA : (1 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (15 Minggu)
________________________________________
13. MULA DAN AKHIR - DATO' SITI NUR HALIZA
SENILAGU : AWI RAFAEL
SENIKATA : TINTA

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (15 Minggu)
________________________________________
14. ASSALAMUALAIKUM - FAIZAL TAHIR
SENILAGU : FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG & AUDI MOK
SENIKATA : FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG & AUDI MOK

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (13 Minggu)
________________________________________
15. CUKUPLAH BAGIKU - MUHIBBAIN FT LAH AHMAD
SENILAGU : ERWAN MUHIBBAIN
SENIKTA : ERWAN MUHIBBAIN

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (13 Minggu)
________________________________________
16. MIKRAJ CINTA - DATO' SITI NUR HALIZA
SENILAGU : HAFIZ HAMIDUN
SENIKATA : AHMAD FETRI YAHYA

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (12 Minggu)
*Masih kekal dalam carta ikim.fm
________________________________________
17. JALAN CINTAKU - AIDIL
SENILAGU : HAFIZ HAMIDUN
SENIKATA : HAFIZ HAMIDUN

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (11 Minggu)
________________________________________
18. ENGKAU TELAH PERGI - ANAS TAHIR FT ALKAUTSAR
SENILAGU : ALKAUTSAR
SENIKATA : ALKAUTSAR

JUARA CARTA : (1 Minggu)
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (9 Minggu)
*Masih kekal dalam carta ikim.fm
________________________________________
19. KEMBALI - RAQIB MAJID
SENILAGU : SHAM KAMIKAZE
SENIKATA : HABSAH HASSAN

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (9 Minggu)
________________________________________
20. TUHAN INGIN KHABARKAN - HALIM AHMAD
SENILAGU : HALIM AHMAD
SENIKATA : HALIM AHMAD

JUARA CARTA : -
LAMA BERTAHAN DALAM CARTA : (9 Minggu)

Saturday, June 13, 2015
HALAWATUL USRAH
Suatu ketika sewaktu kali pertama aku menjejakkan kaki di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan, saat itulah aku mula mengenali erti berdikari kerana sebelum ini aku tidak pernah berenggang daripada keluarga. Dari darjah satu sehingga darjah enam kemudian sambung dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima aku hanya bersekolah di sekolah harian biasa berdekatan dengan rumah sahaja. Bukan sebab keputusan peperiksaan yang tidak layak untuk memohon ke sekolah berasrama penuh namun disebabkan kehendak ibuku yang menginginkan aku tetap bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah. Kata ibu biar di depan mata supaya senang dikawal. Aku pula hanya mengikut sahaja kata ibuku tanpa membantah kerana keyakinanku pada ketika itu teguh terhadap keputusan yang dilakukan oleh ibu untukku. Kepercayaanku bersauh kukuh pada setiap susun kata seindah rumi yang meniti di bibir ibuku.
Kejadian ini berlaku di kampus. Semester pertama pada selepas aku sudah kenal apa itu erti berdikari. Ya, berdikari yang jauh daripada keluarga. Pada mulanya aku agak kekok untuk menjalani kehidupan di kampus tanpa keluarga namun setelah beberapa minggu aku dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus yang jauh berbeza dengan suasana ketika aku bersekolah dahulu. Maklum saja ini kali pertama aku hidup dalam komuniti berasrama. Memang sungguh jauh berbeza daripada atmosfera komuniti keluarga kepada atmosfera komuniti kampus yang hanya dikelilingi dengan kawan-kawan. Aku cukup beruntung kerana dipertemukan dengan kawan-kawan yang memahami serta dapat menerima segala kelebihan dan kekuranganku seadanya.
Segalanya bermula pada suatu ketika aku sedang berbual-bual bersama beberapa orang teman di sebuah bilik salah seorang daripada mereka. Kejadian ini berlaku sejurus selepas cuti raya aidilfitri dan topik perbualan kami pada saat itu lebih tertumpu kepada sambutan aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Akulah yang paling murai apabila bercerita bab-bab keluarga pastinya tidak tandus idea untuk aku berceloteh lebih-lebih lagi mengenai ibuku. Sedang rancak kami berborak panjang sekonyong-konyong pintu bilik diketuk berkali-kali diiringi dengan lafaz salam. Dari situ kami sudah tahu yang mengetuk pintu itu ialah orang Melayu kerana di kampus ini mahasiswa yang beragama Islam adalah semuanya berbangsa Melayu.
Jamal salah seorang rakanku membuka daun pintu. Apabila daun pintu habis dikuak jelas terlihat satu kelibat yang tidak asing lagi bagi kami. Seorang senior yang juga merangkap Presiden Biro Kerohanian kampus. Bagaimana kami mengenalinya? Semuanya pada suatu ketika minggu orentasi kami telah diperkenalkan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kampus. Pada waktu itu memang teruk kami selaku junior yang baru dikerjakan oleh senior-senior MPP namun tidaklah sehingga melampaui batas ketamadunan. Masih lagi aku ingat akan senior yang berkaca mata yang sedang berdiri di hadapanku itu kerana aku selalu berurusan dengannya ketika minggu orentasi untuk program kerohanian al maklumlah pada waktu itu aku merupakan penghulu minggu orentasi.
“Abang ada bawa kuih raya. Jomlah kita makan sama-sama di bilik sebelah.”
Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut seniorku itu. Kami lebih mengenalinya dengan panggilan Abang Pito. Kenapa Pito aku sendiri pun kurang akal akan hal itu. Apabila ditanya oleh apa Firdaus menjadi Pito dia hanya tersengih dan memberitahu itu adalah panggilan keluarga. Aku bersama Jamal, Fami dan Ainol hanya menurut sahaja Abang Pito ke bilik Syazwan dan Shahril. Siapa yang akan menolak jika diajak untuk makan. Aku fikirkan hanya Syazwan dan Shahril sahaja yang ada dalam bilik itu rupa-rupanya ada lagi kawan yang lain termasuklah Asqalani, Ibrahim, Isey dan Bustamin.
Pada malam itu aku dan rakan-rakan yang lain begitu teruja menikmati beraneka macam kuih raya yang dibawa oleh Abang Pito. Tanpa mengetahui agenda di sebalik kuih raya yang berbalang-balang itu aku hanya tahu memenuhkan perut sahaja saat itu. Sesekali ada juga selingan sesi perkenalan di antara kami bersama Abang Pito. Dalam kotak fikirku mungkin itu hanya sesi perkenalan biasa antara senior dan junior sahaja dan cerita pada malam itu hanya habis setakat itu sahaja fikirku. Rupa-rupanya dugaanku salah sama sekali kerana sesi pertemuaan pada malam itu tidak tamat setakat itu sahaja bahkan sesi jamuan kuih raya oleh Abang Pito itulah kisah permulaan aku dan kawan-kawanku direkrut masuk ke dalam usrah Abang Pito. Kami sepuluh orang sebagai adik-adik usrah manakala Abang Pito sebagai naqib. Pada awalnya ada juga cubaan aku untuk meloloskan diri daripada usrah Abang Pito. Pelbagai alasan cuba aku berikan bagi mengelakkan diri pada ketika itu namun apakan daya sudah ditakdirkan untuk aku menjadi salah seorang daripada ahli usrah Abang Pito.
“Dalam diri manusia itu ada fitrah, yang sentiasa inginkan kebaikan dan kebahagiaan. Namun ujian akan tiba untuk menguji sedalam mana cinta dan takwa kita kepada Yang Maha Pencipta.”
Itulah bait ayat yang selalu diucapkan oleh Abang Pito setiap kali memulakan sesi usrah. Abang Pito akan cuba mengingatkan setiap adik-adik usrahnya untuk sentiasa bersikap positif jika dihujani dengan masalah. Sehingga kini jika aku dibebani dengan masalah yang berat bait ayat ini juga yang akan sentiasa tergiang-giang di telingaku mengigatkan bahawa ujian itu tanda Allah masih menyanyangi kita. Melalui usrah banyak mengubah cara hidupku selama ini yang hampir terkapai kelemasan dalam gelombang lautan cinta fana persona. Kehidupan berusrah banyak mengajar aku mengenai erti kehidupan seorang muslim yang sebenar dalam konteks patuh syariah. Apabila perilaku kita sedikit tersasar daripada landasan syariah maka akan ada orang yang akan menarik kita kembali kepada landasan yang betul. Itulah penting usrah yang bukan sahaja satu ikatan yang kosong malah ia menjadi satu ikatan bersaudara sesama ahli untuk saling mengingat-mengingati di antara ahli andai terleka dan alpa.
Pernah suatu ketika ada beberapa mahasiswa lain yang mengejek pertubuhan usrah yang kami sertai. Kata mereka menyertai usrah hanya akan membuang masa sahaja dengan nada yang menjengkelkan. Fami dan Ainol sememangnya bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut yang tidak ditapis itu. Namun Abang Pito lebih bijak memainkan peranannya sebagai naqib kami. Dia tidak mudah melatah dengan cakap-cakap orang sebaliknya dia sentiasa mengajar kami untuk bersangka baik walau apa jua keadaannya. Masih aku ingat ketika itu Abang Pito menceritakan mengenai kisah Rasulullah saw bersama seorang perempuan tua yang buta matanya. Melalui kisah itu Abang Pito cuba mendidik jiwa kami agar sentiasa berbuat kebaikan meskipun diri kita dicaci serta dihina sekalipun. Itulah peribadi Rasulullah saw yang tetap bersikap baik malahan memberi makan kepada perempuan tua buta itu walaupun Baginda tahu perempuan tua itu sering kali menghina Baginda. Sikap begitulah yang diterapkan oleh Abang Pito kepada adik-adik usrahnya.
Pernah suatu ketika ada beberapa mahasiswa lain yang mengejek pertubuhan usrah yang kami sertai. Kata mereka menyertai usrah hanya akan membuang masa sahaja dengan nada yang menjengkelkan. Fami dan Ainol sememangnya bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut yang tidak ditapis itu. Namun Abang Pito lebih bijak memainkan peranannya sebagai naqib kami. Dia tidak mudah melatah dengan cakap-cakap orang sebaliknya dia sentiasa mengajar kami untuk bersangka baik walau apa jua keadaannya. Masih aku ingat ketika itu Abang Pito menceritakan mengenai kisah Rasulullah saw bersama seorang perempuan tua yang buta matanya. Melalui kisah itu Abang Pito cuba mendidik jiwa kami agar sentiasa berbuat kebaikan meskipun diri kita dicaci serta dihina sekalipun. Itulah peribadi Rasulullah saw yang tetap bersikap baik malahan memberi makan kepada perempuan tua buta itu walaupun Baginda tahu perempuan tua itu sering kali menghina Baginda. Sikap begitulah yang diterapkan oleh Abang Pito kepada adik-adik usrahnya.
“Kenapa dalam ramai-ramai mahasiswa dalam kampus ini, Allah pilih kalian untuk bersama abang?”
Satu persolan yang diajukan kepada kami selaku adik usrahnya. Daripada persoalan itulah yang telah memberi kefahaman buatku mengenai ketentuan Allah Taala. Dalam hidup ini, tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula. Sesungguhnya kehadiran Abang Pito dengan kuih raya pada awal permulaan pertemuan kami adalah telah diaturkan oleh Allah Taala supaya aku bertemu dan bergaul dengan orang baik-baik supaya aku juga turut menerima tempias kebaikan bersamanya. Aku sungguh bersyukur dipertemukan dengan naqib sebaik Abang Pito yang banyak mengajar aku erti kehidupan berlandaskan patuh syariah.
Bukan sekadar usrah yang biasa malah turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti termaksuklah beriadah dan mengembara bersama. Itu turut termasuk dalam silibus usrah bersama Abang Pito. Aku cukup selesa apabila beraktiviti bersama dengan pasukan usrahku yang diketuai oleh Abang Pito. Dengan gaya yang santai, pemikiran moden dan meraikan pandangan orang lain itulah telah menjadikan Abang Pito sebagai naqib yang disegani dan dihormati dalam kalangan adik-adik usrah bawah pimpinannya. Sifat begitulah yang perlu ada pada setiap pendakwah kerana keperluan berdakwah mesti selari dengan keseluruhan aspek kehidupan barulah orang yang didakwah itu dapat menerima gerak kerja dakwah dan tarbiah kita dengan penuh keraian.
Bukan sekadar usrah yang biasa malah turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti termaksuklah beriadah dan mengembara bersama. Itu turut termasuk dalam silibus usrah bersama Abang Pito. Aku cukup selesa apabila beraktiviti bersama dengan pasukan usrahku yang diketuai oleh Abang Pito. Dengan gaya yang santai, pemikiran moden dan meraikan pandangan orang lain itulah telah menjadikan Abang Pito sebagai naqib yang disegani dan dihormati dalam kalangan adik-adik usrah bawah pimpinannya. Sifat begitulah yang perlu ada pada setiap pendakwah kerana keperluan berdakwah mesti selari dengan keseluruhan aspek kehidupan barulah orang yang didakwah itu dapat menerima gerak kerja dakwah dan tarbiah kita dengan penuh keraian.
“Abe Pito ado telefon aku tadi. Dio nok jupo kito semuo male ni. Demo ado maso ko?” soal Isey. Lamunan panjangku terhenti setakat itu. Dari lubuk hatiku yang amat merindui saat-saat berusrah bersama Abang Pito suatu ketika dahulu seperti melonjak-lonjak kegirangan untuk bersua dengan Abang Pito setelah lama tidak berjumpa.
“errr.. malam ni aku lapang saja” balasku ringkas.
“Eh, demo berange eh? Sapa kawe masuk bilik pun demo tok sedar. Lamo jugok la kawe nunggu jawape demo” usik Isey. Aku hanya tersenyum. Rakan sebilikku yang berasal dari Kelantan memang tidak lekang dengan dialek kenegeriannya itu. Walaupun kami berbeza dialek percakapan namun hal demikan tidak pernah merenggangkan hubungan kami malah perbezaan itu yang menjadikan kami sebagai sahabat baik.
Aku, Isey, Fami, Ainol, Jamal, Syazwan, Shahril, Asqalani, Ibrahim dan Bustamin adalah produk usrah Abang Pito yang akan sentiasa bersatu teguh berjuang menyebarkan Islam di kampus ini. Buktinya kami semua kini sudah bergelar naqib dan masing-masing sudah mempunyai adik-adik usrah sendiri dari kalangan junior-junior bawah kami. Walaupun Abang Pito sudah keluar ke arena pekerjaan namun usaha dakwahnya tidak pernah luntur kerana semangat berdakwah tetap bersamanya sehingga kini. Buktinya Abang Pito bukan sahaja Jurutera di syarikat tempat dia bekerja malahan dia juga dilantik sebagai Penasihat Syariah di syarikat tersebut.
Aku tidak akan berdiri pada tempat aku yang sekarang ini jika tidak kerana Abang Pito yang banyak memberi galakan dan motivasi untuk aku terus berubah. Perkenalan aku dengan Abang Pito telah menjadi asab kepadaku untuk lebih mencintai majlis ilmu. Sesungguhnya keterlibatan aku dalam aktiviti usrah telah banyak memberi makna kepada kehidupan seharianku. Setiap kali menghadiri usrah aku dapat merasai kemanisan yang selama ini tidak dapat aku kecapi. Sungguh luar biasa aura usrah yang mampu menimbulkan rasa kejelengkitan sesama ahli mahupun bersama naqib. Betapa bertuah diriku dikelilingi dengan mereka yang bercas positif dan cas-cas itu juga turut mengalir ke salur darahku sehingga dapatku manifestasikan pada zahirnya kebaikan yang menyebarkan kebahagiaan.
Perjalananku ini baru bermula untuk terus menjadi seorang mukmim kelas pertama di sisi Tuhan. Insya-Allah sama-sama kita mengapai reda Allah dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat.
Apabila Allah memberikan kepadamu suatu ilmu yang baharu, maka hendaklah engkau menambahkan ibadah kepada-Nya. Janganlah engkau mengharapkan puji-pujian. Ilmu itu tak dapat menghiasi kamu sehingga kamu mengamalkannya.
Apabila Allah memberikan kepadamu suatu ilmu yang baharu, maka hendaklah engkau menambahkan ibadah kepada-Nya. Janganlah engkau mengharapkan puji-pujian. Ilmu itu tak dapat menghiasi kamu sehingga kamu mengamalkannya.

Friday, June 12, 2015
SHIROKU YUKI

Pawana menghembus begitu dingin sekali. Hinggapan pada kulitku yang nipis ini membuatkan aku menggigil kesejukan. Jaket tebal yang melekat di tubuhku ini pun masih tidak mampu untuk menahan daripada angin menyentuh kulitku. Aku berdiri di sisi tingkap dan memandang ke arah luar. Alangkah begitu terkesima perasaanku saat ini apabila melihat tompokan putih tersandar di hamparan jalan dan melitupi atap rumah juga kenderaan.
Sejak pertama kali aku melangkah kaki di bumi matahari terbit, memang inilah fenomena yang diidamkan sedari hingusan lagi. Jika sewaktu usia mentah dahulu aku hanya dapat melihat di kaca televisyen sahaja tetapi sekarang ini semua itu di depan mata. Masih lagi ku ingat pernah sekali aku meminta kepada ayahku supaya membeli benda putih itu di pasar raya. Lama juga babak itu berlarutan sehinggakan ayahku sendiri pusing kepalanya memikirkan penjelasan kepada permintaanku yang tidak masuk akal itu. Zaman kanak-kanak biasa dengan dunia khayalan katakan. Emping salji yang gugur dari langit begitu mempersonakan bagi mereka yang pertama kali merasai fenomena alam ini.
Sejak pertama kali aku melangkah kaki di bumi matahari terbit, memang inilah fenomena yang diidamkan sedari hingusan lagi. Jika sewaktu usia mentah dahulu aku hanya dapat melihat di kaca televisyen sahaja tetapi sekarang ini semua itu di depan mata. Masih lagi ku ingat pernah sekali aku meminta kepada ayahku supaya membeli benda putih itu di pasar raya. Lama juga babak itu berlarutan sehinggakan ayahku sendiri pusing kepalanya memikirkan penjelasan kepada permintaanku yang tidak masuk akal itu. Zaman kanak-kanak biasa dengan dunia khayalan katakan. Emping salji yang gugur dari langit begitu mempersonakan bagi mereka yang pertama kali merasai fenomena alam ini.
Indah! Permandangan yang begitu sukar untuk ditatap di Malaysia. Sejak berpuluh tahun baru inilah pertama kali aku dapat merasai pemandangan sebegini secara terus. Jika bukan kerana peluang untuk menyambung pengajian di sini rasanya tidak terdaya untuk aku sampai di bumi asing ini walaupun masih lagi dalam daerah bumi Asia. Aku mengucapkan lafaz syukur berkali-kali atas kurniaan-Nya yang tidak ternilai ini.
Hujan salji masih lagi galak di luar. Aku masih lagi merenung ke luar tingkap untuk menikmati panorama ini sepuas-puasnya. Jarum jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Nazri dan Fahmi masih lagi diulik figura mimpi. Selepas menunaikan solat subuh berjemaah tadi Nazri dan Fahmi merebahkan kembali badan mereka di pembaringan tetapi aku yang begitu teruja dengan fenomena baru pertama kali menjengah di tubir mataku.
Perasaanku semakin membuak-buak untuk menerpa keluar menyentuh emping-emping salji yang masih galak jatuh ke bumi. Seluruh jalan sudah dilitupi salji yang memutih. Tanpa membuang masa aku terus menyarungkan sarung tangan bagi megelakkan tangan dari beku. Perlahan-lahan aku kuakkan daun pintu dan terus berlari ke luar menangkap butir-butir salji yang sedang berguguran.
Subhanallah!
Indah sungguh ciptaan tuhan. Pada mulanya gugur sebagai butir-butir tetapi apabila hinggap di tapak tanganku terus cair sedangkan yang aku pijak sekarang adalah hasil dari gabungan emping-emping salji yang gugur sehingga mampu melitupi semua yang ada di bumi.
Aku meraba sedikit demi sedikit timbunan salji yang semakin menebal di tanah. Sejuk! Walaupun bersarung tangan namun tetap sahaja dinginnya menyerap masuk ke kulitku.
“Amboi! berseronok sendirian nampak. Sampai hati tak kejutkan kami” sapa Nazri dari belakang kemudian diikuti dengan Fahmi.
Aku meraba sedikit demi sedikit timbunan salji yang semakin menebal di tanah. Sejuk! Walaupun bersarung tangan namun tetap sahaja dinginnya menyerap masuk ke kulitku.
“Amboi! berseronok sendirian nampak. Sampai hati tak kejutkan kami” sapa Nazri dari belakang kemudian diikuti dengan Fahmi.
“Kamu berdua tu yang tidur tak reti-reti nak bangun! Kalau aku letak bom pun belum tentu kamu berdua bangun kan? Daripada aku sakit hati kejutkan kamu berdua lebih baik aku main salji ni sendirian” balasku mencebik.
Nazri dan Fahmi saling berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu apa yang aku cakapkan memang betul. Kalau sudah merebahkan kepala atas bantal alamatnya pesawat jatuh atas kepala pun masih tak sedarkan diri. Itulah tabiat dua sekawan ini sejak dari Malaysia lagi tidak pernah nak ubah-ubah sehingga membawa ke sini. Kedua-duanya masih membisu seolah mati akal untuk membalas peluru maut yang telah ku lepaskan sebentar tadi.
“Hmmm... Apa kata kita main perang bola salji” cadang Fahmi cuba mengelak.
Arus amarahku kembali surut. Fahmi sememangnya pintar menjernihkan keadaan yang sedang tegang sehinggakan aku terlupa sepatutnya aku sedang mengomel mereka berdua. Demi salji aku terus lupakan amarah. Maklumlah pertama kali dapat bermain dengan salji. Kami mula mengepalkan timbunan putih itu membentuk bola dengan begitu banyak di samping membina kubu masing-masing. Kerana terlalu gembira melontarkan bola salji sehingga tidak terperasan sekeliling orang bermata sepet sedang memandang jakun ke arah kami.
Namun ada juga yang tersenyum melihat telatah kami. Barangkali mereka faham akan pengalaman pertama kami bersua dengan fenomena sebegini. Brrr! Sejuk saja terasa apabila ketulan bebola salji melekat di muka. Hasil dari tamparan itu kami beralih pula membuat orang salji. Sungguh seronok dapat membina orang salji yang semegah di depan rumah. Walaupun agak keanak-anakan tapi masih lagi dalam kawalan. Kami tahu berseronok pun biarlah berpada-pada.
Nazri yang tampak gembira mula gelisah. Entah apa yang sedang di fikirkannya. Nazri mula termangu. Hilai tawaku mati begitu sahaja. Keseronokkan yang ku rasakan beberapa detik lalu kini rungsing mula mengambil tempat di hatiku. Tidak pernah sebelum ini si Nazri membuat perangai seperti ini. Mungkin ada masalah. Aku perlu siasat semua ini.
Nazri yang tampak gembira mula gelisah. Entah apa yang sedang di fikirkannya. Nazri mula termangu. Hilai tawaku mati begitu sahaja. Keseronokkan yang ku rasakan beberapa detik lalu kini rungsing mula mengambil tempat di hatiku. Tidak pernah sebelum ini si Nazri membuat perangai seperti ini. Mungkin ada masalah. Aku perlu siasat semua ini.
“Hei kau nak main lagi tak nak ni?” soal Fahmi menepuk bahuku. Aku terdiam seketika, tersentak dek sapaan Fahmi.
“Cuba kau tengok Nazri, dia macam ada masalah saja” aku cuba menerangkan kepada Fahmi mengenai perangai pelik Nazri.
“Alah. Kau ni pun touching sangatlah. Tak ada apa-apalah mungkin dia rindu keluarga di Malaysia tu” Fahmi membalas meyakinkanku bahawa Nazri betul-betul berkeadaan baik.
Namun jauh di sudut hatiku masih mempunyai rasa curiga dengan fi’il Nazri sebentar tadi. Jam di tanganku menunjukkan hampir pukul sepuluh pagi. Sedar tidak sedar hampir tiga jam kami bertiga bermain salji. Maklumlah pengalaman pertama merasai suasana bersalji, pasti sedikit ralit dengan perubahan fenomena ini. Aku menangkap gambar sebanyak mungkin sebagai kenangan pertama bersua dengan yang namanya salji.
Salji masih lagi turun dengan lebatnya. Sekonyong-koyong Nazri meluncur keluar laju saja pergerakannya. Aku makin curiga dengan sikapnya selepas dia menerima sepucuk surat daripada seseorang yang tidak dikenali ketika kami seronok bermain salji tadi. Aku mula penasaran adakah surat itu yang menjadi punca perubahan sikap kawanku itu. Apakah isi kandungan surat tadi? Aku tertanya-tanya sendirian. Aku tidak boleh terus begini aku mesti siasat perkara ini. Aku harus selesaikan gundah yang mengoncang jiwa ini. Aku tidak mahu pelajaran kawanku terkandas oleh masalah yang tidak berpunca.
Mahu sahaja aku ekorinya tapi sudah agak jauh dia berjalan meredah ribut salji. Kelibatnya juga lesap dari pandangan mataku secara tiba-tiba. Fahmi datang menyergahku dari belakang.
Salji masih lagi turun dengan lebatnya. Sekonyong-koyong Nazri meluncur keluar laju saja pergerakannya. Aku makin curiga dengan sikapnya selepas dia menerima sepucuk surat daripada seseorang yang tidak dikenali ketika kami seronok bermain salji tadi. Aku mula penasaran adakah surat itu yang menjadi punca perubahan sikap kawanku itu. Apakah isi kandungan surat tadi? Aku tertanya-tanya sendirian. Aku tidak boleh terus begini aku mesti siasat perkara ini. Aku harus selesaikan gundah yang mengoncang jiwa ini. Aku tidak mahu pelajaran kawanku terkandas oleh masalah yang tidak berpunca.
Mahu sahaja aku ekorinya tapi sudah agak jauh dia berjalan meredah ribut salji. Kelibatnya juga lesap dari pandangan mataku secara tiba-tiba. Fahmi datang menyergahku dari belakang.
“Apa yang kau tengok tu. Mesti usha awek mata sepet ni?” sindir Fahmi.
Mataku masih lagi tertumpu pada sudut di mana hilangnya kelibat Nazri dari pandanganku tadi. Aku masih diam membisu tanpa menjawab sepatah pun soalan yang diaju oleh Fahmi sebentar tadi.
“Eh! Kau ni dah bisu ke? Argh!! Malaslah aku nak layan kau ni. Lebih baik aku main video games lagi bagus” tutur Fahmi lagi cuba memancing aku bersuara.
Fahmi terus masuk ke biliknya. Aku tahu mungkin saja Fahmi terasa hati. Namun biarlah begitu lama-lama sejuk juga hati dia nanti. Fahmi tidak menjadi kerungsingan buatku tetapi perangai aneh Nazri yang cukup merungsingkan hatiku sekarang ini.
Pintu dihempas sekuat-kuatnya. Aku yakin pasti itu Nazri. Aku ketuk pintu biliknya berkali-kali namun tiada tindak balas.
Pintu dihempas sekuat-kuatnya. Aku yakin pasti itu Nazri. Aku ketuk pintu biliknya berkali-kali namun tiada tindak balas.
“Kau okey ke ni?” soalku.
Nazri hanya diam seribu bahasa. Mengapa entah sikapnya berubah begitu drastik sekali. Jika aku biarkan masalah ini berlarutan nanti akan timbul syak wasangka dalam persahabatan kami. Mungkin aku patut biarkan dia bersendirian dahulu. Bila hatinya sudah sedingin salji baru aku akan cuba untuk berbicara dengannya.
Suatu petang apabila aku berjalan untuk pulang ke rumah, tiba-tiba aku terlihat dua kelibat orang yang sedang berbincang serius. Mungkin saja sedang bergaduh. Terdetik di hatiku untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku di situ. Aku menyelinap di tepi dinding kedai-kedai supaya tidak diketahui oleh mereka. Gayaku bagai seorang pengintip yang sedang mengintip kes siasatan pada saat itu.
Aku masuk dengan lebih dekat. Dari belakang aku seperti kenal benar akan kelibat mereka itu. Seorang seperti Nazri dan yang seorang lagi seperti Takida Akira juga rakan sekelas kami. Tapi mengapa mereka boleh bercakap berdua sedangkan selama ini hubungan kami dan Akira sentiasa seteru. Bukan sahaja dengan kami malah kawan-kawan lain juga tidak suka akan sikap Akira yang bodoh sombong itu. Mesti ada yang tidak beres antara mereka berdua. Aku tahu benar sifat angkuh si Akira yang tidak mudah untuk sekutu dengan bangsa asing. Akira memang racist orangnya!
Nazri pula orangnya baran. Perasaanku agak cuak pabila memikirkan situasi tegang ini. Aku terus memerhatikan aksi mereka dari jauh. Jika semakin tegang aku mesti hentikan dengan segera sebelum bertambah rumit.
Akira berlalu meninggalkan Nazri seorang diri di tempat itu sambil jari telunjuknya menunjuk tepat ke arah muka Nazri. Aku tidak pasti apa yang mereka bualkan sebentar tadi namun satu yang ku pasti ialah pasti berkaitan dengan surat misteri yang di terima Nazri semalam. Nazri pula berlalu dengan wajah yang agak sugul menuju ke arah rumah sewa kami.
Bunyi derapan kakinya sudah tergambar betapa pilunya hati Nazri saat itu.
Aku masuk dengan lebih dekat. Dari belakang aku seperti kenal benar akan kelibat mereka itu. Seorang seperti Nazri dan yang seorang lagi seperti Takida Akira juga rakan sekelas kami. Tapi mengapa mereka boleh bercakap berdua sedangkan selama ini hubungan kami dan Akira sentiasa seteru. Bukan sahaja dengan kami malah kawan-kawan lain juga tidak suka akan sikap Akira yang bodoh sombong itu. Mesti ada yang tidak beres antara mereka berdua. Aku tahu benar sifat angkuh si Akira yang tidak mudah untuk sekutu dengan bangsa asing. Akira memang racist orangnya!
Nazri pula orangnya baran. Perasaanku agak cuak pabila memikirkan situasi tegang ini. Aku terus memerhatikan aksi mereka dari jauh. Jika semakin tegang aku mesti hentikan dengan segera sebelum bertambah rumit.
Akira berlalu meninggalkan Nazri seorang diri di tempat itu sambil jari telunjuknya menunjuk tepat ke arah muka Nazri. Aku tidak pasti apa yang mereka bualkan sebentar tadi namun satu yang ku pasti ialah pasti berkaitan dengan surat misteri yang di terima Nazri semalam. Nazri pula berlalu dengan wajah yang agak sugul menuju ke arah rumah sewa kami.
Bunyi derapan kakinya sudah tergambar betapa pilunya hati Nazri saat itu.
“Kau ni ada masalah ke? Aku tengok kau ni sejak tadi muram aje. Bercakap dengan kami pun tidak. Biasa kau yang paling murai antara kita” Sindirku memujuk Nazri untuk membuka mulut. Nazri terus diam membisu.
“Masalah apa lagi, ni mesti masalah perempuanlah tu. Mesti dia dah kena main dengan perempuan ni. Itulah lain kali kalau dah tahu tak pandai mengayat perempuan tu tak payahlah nak tunjuk hebat sangat” Fahmi mencelah seakan mencurah minyak pada api yang sedang marak menyala.
Nazri menjeling tajam ke arah Fahmi. Hatiku mula rasa gundah melihat situasi tegang ini. Nazri terus bangun dari sofa menghampiri Fahmi. Dia mengempalkan penumbuknya lantas diajukan satu penumbuk sulung ke muka Fahmi. Melihat keadaan itu aku bingkas bangun untuk meleraikan pertelingkahan antara dua sekawan itu sebelum keadaan menjadi lebih parah.
“Kau jangan nak masuk campur dalam urusan aku. Ingat!” Nazri bersuara dengan begitu baran.
Aku terkelu tidak mampu untuk berbicara melihat tindakan Nazri. Aku cuba menenangkan Fahmi. Aku tahu hati Fahmi bergelora dek tumbukan sulung Nazri ke mukanya. Fahmi mengusap-usap matanya yang lebam itu dengan cebisan kain.
“Budak Nazri ni memang dah melampau. Kau tunggulah aku akan kerjakan kau balik” Fahmi bersuara seakan tidak berpuas hati dengan tindakan Nazri.
“Aku tahu kau marah. Tapi salah kau jugak tadi cakap begitu. Mesti ada sebab mengapa dia pukul kau tadi. Mungkin dia ada masalah. Kita sebagai kawan dia mesti tolong dia” jelasku meredakan amarah Fahmi.
Sudah dua hari salji turun di bumi matahari terbit ini. Pengalaman pertama merasai kedinginan salji yang sepatutnya menjadi keriangan buat kami bertukar menjadi tragedi dengan perubahan sikap Nazri yang begitu mendadak. Fahmi dan Nazri masih memaling muka. Apa yang patut aku buat untuk menyatukan kembali dua sekawan ini. Aku bagai tersepit di tengah-tengah kerana yang seorang menghala ke ufuk daksina dan seorang lagi menghala ke ufuk paksina. Agak sukar untuk aku menyelesaikan pengsengketaan ini.
Perubahan pada diri Nazri mesti ada puncanya. Aku mesti korek isi kandungan surat misteri yang di terima Nazri tempoh hari. Aku mencari ke segenap penjuru biliknya. Sekeping surat berwana putih terselit di bawah bantal tidur Nazri. Aku terus menarik surat itu keluar lalu membaca isi kandungannya.
Perubahan pada diri Nazri mesti ada puncanya. Aku mesti korek isi kandungan surat misteri yang di terima Nazri tempoh hari. Aku mencari ke segenap penjuru biliknya. Sekeping surat berwana putih terselit di bawah bantal tidur Nazri. Aku terus menarik surat itu keluar lalu membaca isi kandungannya.
Nazri. Aku tidak suka kau rapat dengan Michiko. Ingat! Dia teman wanita aku. Jika kau berani mendekati dia lagi aku akan pastikan kau tidak akan dapat balik ke Malaysia lagi buat selama-lamanya... - Akira.
Kandungan surat tersebut telah menjawab seribu teka-teki yang bermain di mindaku selama dua hari ini. Inilah punca masalah yang dihadapi oleh kawanku Nazri. Cinta tiga segi!.. Itulah jawapan kepada teka silang kata antara Nazri, Akira dan Michiko. Patut saja Nazri seakan mengelak panggilan telefon dari Michiko. Rupa-rupanya berpunca daripada ugutan Akira. Aku memberi surat tersebut kepada Fahmi. Setelah Fahmi membaca seluruh isi kandungan surat tersebut sekonyong-koyong butir mutiara jernih deras menembusi tubir matanya. Fahmi seakan rasa bersalah kerana telah syak wasangka terhadap kawan sendiri. Fahmi juga berjanji akan turut membantuku menyelesaikan masalah Nazri.
Aku dan Fahmi berjumpa dengan Akira bagi menyelesaikan permasalahan ini. Walaupun kami tahu Akira seorang yang angkuh tetapi kami tetap akan menghadapi sebarang kemungkinan. Tidak akan sesekali sebelum berperang sudah gencatkan senjata.
Seperti yang di duga Akira memang tidak mahu bertolak ansur dan masih saja dengan keangkuhannya. Pada saat itu juga dia mengugut akan mencelakakan Nazri. Aku dan Fahmi terkejut besar dengan ancaman yang keluar dari mulut Akira sebentar tadi. Fahmi hampir sahaja menghunuskan penumbuknya ke muka Akira tetapi sempat ditahannya. Dipulas-pulas tangan Fahmi sehingga Fahmi meraung kesakitan. Aku tidak berdaya untuk menolong hanya mampu terlopong dengan tindakan ganas Akira itu.
Aku dan Fahmi berjumpa dengan Akira bagi menyelesaikan permasalahan ini. Walaupun kami tahu Akira seorang yang angkuh tetapi kami tetap akan menghadapi sebarang kemungkinan. Tidak akan sesekali sebelum berperang sudah gencatkan senjata.
Seperti yang di duga Akira memang tidak mahu bertolak ansur dan masih saja dengan keangkuhannya. Pada saat itu juga dia mengugut akan mencelakakan Nazri. Aku dan Fahmi terkejut besar dengan ancaman yang keluar dari mulut Akira sebentar tadi. Fahmi hampir sahaja menghunuskan penumbuknya ke muka Akira tetapi sempat ditahannya. Dipulas-pulas tangan Fahmi sehingga Fahmi meraung kesakitan. Aku tidak berdaya untuk menolong hanya mampu terlopong dengan tindakan ganas Akira itu.
Aku memapah Fahmi dan terus membawa ke rumah. Nasib baik tangan Fahmi tidak cedera teruk. Atmaku gundah memikirkan ugutan Akira sebentar tadi. Aku mesti cari Nazri sebelum Akira menemuinya. Sekonyong-koyong telefon rumahku berdering. Aku terus berlari mendapatkan telefon dan menjawab panggilan. Rupa-rupanya panggilan dari Mchiko yang menyatakan Akira sedang dirawat di Hospital Besar Takashimadaira Chuo kerana terlibat dalam kemalangan.
Aku dan Fahmi terus bergegas ke hospital setelah berkali-kali tidak dapat menghubungi Nazri. Rupa-rupanya Nazri sudah berada di hospital bersama Michiko. Nazri telah menceritakan segala-galanya kejadian yang telah berlaku. Akira dilangar kereta akibat sewaktu mengejarnya. Aku tahu pasti waktu itu Akira ingin mencederakan Nazri tetapi sebaliknya dia yang menjadi mangsa langgar lari.
“Aku nak minta maaf pada kamu berdua kerana merahsiakan masalah aku. Terutama Fahmi, aku banyak sakitkan hati kau. Kau maafkan aku ya” Nazri tiba-tiba memohon maaf atas kesilapannya sambil menitiskan air mata.
“Kami sudah maafkan kau. Kita kan kawan, takkan kami nak berdendam dengan kau pulak. Walaupun tumbukan kau agak berbisa dan masih meninggalkan kesan di muka aku ni tapi aku masih anggap kau kawan baik aku” Fahmi menutur kata sambil memeluk Nazri.
Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua.
Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua.
Setelah beberapa hari Akira tersedar dari koma. Tangan dan kakinya masih berbalut. Nasib baik dia tidak mengalami lumpuh dan hanya cedera sahaja. Akira memandang ke arah kami berempat. Tangannya bergerak-gerak seolah ingin menutur sesuatu.
“Ak.u na.k min.ta ma.af kera.na te.lah menyusah.kan ka.mu se.mua. A.ku ta.hu Mic.hi.ko ti.dak cin.ta.kan a.ku. A.ku ber.salah den.gan ka.li.an se.mua teru.tama kau Naz.ri. A.ku min.ta ma.af san.gat-san.gat. A.ku men.yesal a.tas per.bua.tan a.ku se.la.ma i.ni. A.ku jan.ji se.le.pas i.ni a.ku ti.dak a.kan ang.kuh la.gi. A.ku ha.rap ka.mu se.mua da.pat te.ri.ma a.ku se.ba.gai ka.wan” tutur Akira tergagap-gagap. Badannya masih lagi lemah dan tidak mampu untuk bertutur dengan baik.
“Kami semua sudah maafkan kau. Kau jangan risau kami semua akan jadi kawan kau untuk selamanya” tuturku kemudian di sahut oleh Nazri, Fahmi dan juga Michiko.
Akira hanya tersenyum gembira. Butir mutiara jernih menembusi di balik tubir matanya sebagai tanda kegembiraan. Kami semua tersenyum riang gembira.
Aku bersyukur kerana akhirnya Aku, Nazri dan Fahmi dapat mempertahankan tanah perkebunan persahabatan yang kami semai sejak di bangku sekolah lagi. Akira juga telah insaf dengan sikapnya yang angkuh selama ini. Ini merupakan satu titik permulaan kami dalam menyemai sebidang tanah perkebunan persahabatan yang lebih utuh dan tidak akan goyah walau badai melanda tetap subur sebagai sebidang tanah perkebunan persahabatan yang dibaja agam.
Butir salji masih lagi menitis di luar tingkap. Biarlah persahabatan kami ini akan kekal menjadi seputih salji yang gugur. Kuntum-kuntum senyuman yang di lemparkan oleh Akira, Michiko, Nazri dan Fahmi membuatkan aku yakin hubungan persahabatan kami tetap akan bersih dan tidak akan bertukar hitam atau kelabu walau apapun yang akan terjadi selepas ini. Tetap sahaja seperti salji yang bertandang dengan warnanya yang putih. Itulah harapanku!
Seputih salju yang diimpikan
Membawa sinar harapan
Tuk terus melangkahkan
Kaki menuju ke suara impian…
Membawa sinar harapan
Tuk terus melangkahkan
Kaki menuju ke suara impian…

Sunday, March 29, 2015
Jenin ; Angan Kosong atau Imagi Berisi?
Angan
vs Impian
Sebut
sahaja nama Jenin sudah pasti ramai yang mengetahui kisahnya. Watak Melayu
kerjanya setiap hari petik buah kelapa namun watak ini mempunyai satu tabiat
yang gemar berangan di atas pokok kelapa untuk berjodoh dengan puteri sehingga
akhirnya watak itu mati jatuh dari pokok kelapa dek angan-angan. Itu kisah
Jenin yang sering digembar-gembur oleh wangsa sehingga apabila ada seseorang
yang berangan sedikit diejek itu sebagai angan si Jenin. Namun apakah kisah di
sebalik kisah Jenin yang tidak kita ketahui?
Jika
kita teliti daripada kisah Jenin sudah tentunya sudah lama berlaku. Mat
merupakan nama timbangan Jenin sehingga ada juga yang menyebut nama Jenin
sebagai Mat Jenin. Mat merupakan nama Melayu yang sinonim pada zaman penjajah.
Satu lagi bukti yang menyatakan Jenin hidup di zaman penjajah adalah dari sudut
pekerjaannya yang petik buah kelapa. Umum mengetahui bahawa pada zaman Jepun
penduduk di tanah Malaya dipaksa panjat pokok kelapa jika tidak akur maka padah
menimpa.
Memang
tidak dinafikan Jenin seorang yang gemar berangan. Namun tahukah anda di
sebalik kisah Jenin yang sebenarnya? Kita sering sahaja mendakwa angan yang
terlalu tinggi itu sebagai angan-angan Jenin. Akibatnya sehingga kini kita akan
dihantui rasa takut untuk berangan setinggi gunung. Jika dilihat dari segi
luarannya memang falsafah angan Jenin ini dimitoskan untuk mengingatkan kita
supaya tidak terlalu kuat berangan seperti yang telah didakwa. Itu yang didakwa
bahawa Jenin mati kerana angan kosong tapi hakikatnya watak itu mati dibunuh
oleh penjajah.
Kenapa Jenin mati dibunuh?
Pada
zaman penjajah watak Jenin boleh dikatogerikan sebagai seorang yang bijak. Apa
bukti Jenin itu seorang yang bijak? Jika dikaji kisah Jenin yang sebetulnya
watak ini sememangnya mempunyai perancangan hidup yang begitu teliti.iaitu
pelannya daripada hasil petik kelapa dia ingin beli banyak ayam sehingga
membiak menjadi ladang supaya bebas daripada kepompong khadam dan menjadi
seorang pengusaha. Itulah dia punya destinasi kejayaan, tapi belum sempat watak
itu mengarang strategi lebih awal dimatikan oleh penjajah. Hanya impian yang
berkubur dengan nisan angan-angan
itulah hakikat Jenin yang cuba dimitoskan oleh penjajah.
Di sebalik angan-angan watak itu berjaya
melihat masa depan. Melalui angan-angan
maka tercipta keinginan yang amat mendalam terhadap sesuatu perkara yang
diimpikan itu. Dengan keinginan itu pula akan bertunas rasa ingin berusaha ke
arah suara impian. Dengan terdetiknya dihati ingin berusaha maka akan wujudnya
perancangan kepada strategi yang bersauh pada kekuatan angan itu tadi. Apabila
perancangan dikemudi dengan kaki tangan maka akan tercipta satu rasa yang
digelar mahu berjaya. Begitulah yang berlaku kepada watak Jenin iaitu angan
yang berisi telah dicantas oleh penjajah dan itulah hakikat sebenarnya yang
berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu.
Menyekat kemajuan bangsa Melayu
adalah salah satu agenda penjajah sejak dari dahulu lagi. Salah satu bukti
keberhasilan agenda penjajah itu adalah dengan pembunuhan terhadap Jenin.
Sehingga kini kesannya masih menjadi fenomena dan tidak kerterlaluan jika
ditakrifkan kesan ini sebagai fobia kepada bangsa Melayu itu sendiri. Sejak
dari dahulu sehingga sekarang orang kita seolah-olah takut memasang angan-angan atau takut untuk
bercita-cita tinggi dek terlalu
fobia dengan mitos kisah Jenin yang kononnya disebabkan angan-angan watak itu mati.
Namun hakikatnya kisah itu adalah angkara penjajah semata-mata. Ternyata penjajah
berjaya menakutkan kita dengan manipulasi cerita Jenin.
Jom
Jadi Jenin
Solusinya,
angan-angan itu tidak salah
jika diiringi dengan usaha sekali. Namun yang menjadi salahnya adalah angan-angan kosong yang tidak
diiringi dengan usaha iaitu angan hanyalah sekadar angan. Dalam islam pun
mengajar supaya kita berusaha untuk mencapai kejayaan malahan pepatah yang
berbunyi usaha tangga kejayaan turut menyokong kupasan mengenai percaturan
menuju mercu kejayaan. Jadi, amat signifikan jika kita mengikut jejak Jenin
dengan memasang angan-angan
kerana dengan angan-angan
kita akan melakukan perancangan. Waima kejayaan tokoh sekarang ini pun
dicetuskan melalui angan-angan.
Walaubagaimanapun, angan yang
dipasang mestilah berisi bukan sekadar angan kosong tanpa sebarang tindakan
usaha atau sekadar hangat-hangat
tahi ayam sahaja. Apabila angan disulami dengan strategi maka akan berputik usaha berganda kemudian
bakal mekar naurah kejayaan. Insya-Allah.
Tidak dinafikan bahawa angan-angan
kadang-kadang akan memakan
diri sendiri jika yang dibentuk dalam set minda itu hanyalah angan kosong dan
begitulah sebaliknya angan yang dibentuk dalam set minda itu angan berisi maka
hasilnya akan termanifestasi positif. Begitulah juga jika watak Jenin terus
hidup Insya-Allah
angan yang dirancang rapi itu akan berjaya, kerana itu adalah lebih baik
daripada tidak merancang langsung.
Kesimpulan, pilihan ditangan kita
sama ada untuk membina acuan set minda angan kosong atau imagi yang berisi.
Jika pilihan kita adalah imagi berisi jadi apa lagi jom jadi Jenin. Ayuh sama-sama kita ubah set
minda ke wilayah wawasan. 

Wednesday, May 14, 2014
SALAH MENDUGA (MENGENANG TERMINAL MEDAN GOPENG)
HARI
ini merupakan hari terakhir aku di bumi timah untuk semester ini setelah
selesai menjawab kertas ujian yang penghabisan. Bermakna hanya tinggal beberapa
semester lagi untuk aku menamatkan pengajian di bumi timah. Aku dan kawanku
Anuar melangkahkan kaki ke Terminal Bas Medan Gopeng seawal jam 7 petang lagi.
Kata Anuar dia tidak sabar untuk balik ke kampung halaman kami dan oleh sebab
itulah kami terpacak di terminal seawal jam 7 petang lagi. Aku hanya menurut
Anuar sahaja kerana aku juga mempunyai perasaan yang sama seperti Anuar yang
teramat rindu akan kampung halaman setelah 3 bulan berada di bumi rantauan.
Riuh rendah suasana di Terminal Bas Medan Gopeng menyebabkan aku begitu teruja
untuk pulang ke kampung. Sudah terbayang di fikiranku untuk tidur nyenyak di
dalam bas Shamisha sepanjang perjalanan kami dari bumi timah ke bumi Cik Siti
Wan Kembang.
Aku begitu menghormati Anuar kerana
sifatnya yang sentiasa bersederhana dalam setiap lakuannya. Pernah ibu bapanya
menyuruh Anuar membawa kereta sendiri namun Anuar lebih selesa untuk
menggunakan perkhidmatan bas seperti aku. Menurut Anuar perkhidmatan bas lebih
senang berbanding memandu kereta sendiri. Itulah Anuar yang aku kenal tidak pernah
sesekali meninggi diri dengan tiket kekayaan keluarganya. Bagi Anuar yang kaya
itu ibu bapanya bukan dia. Seorang kawan baik yang selalu mengingatkan aku jika
terlalai atau gusar dialah tempat aku meminta nasihat. Anuar sememangnya kawan
terbaik yang pernah hadir dalam hidupku. Aku berharap agar tanah perkebunan
persahabatan yang kami lewati selama ini akan berkekalan sehingga ke hujung
pernafasan kami. Walaupun kadang-kadang Anuar agak panas baran namun aku tetap
selesa berkawan dengannya.
Oleh sebab terlalu awal tiba di
terminal, aku dan Anuar terlebih dahulu mengisi perut di gerai yang berdekatan
dengan terminal. Anuar sungguh berselera sekali makan nasi goreng ayam untuk
mengisi perut manakala aku pula hanya memesan semangkuk tom yam ayam sahaja
kerana memang sudah menjadi kebiasaan bagiku menghirup tom yam sebelum menaiki
bas ketika pulang ke kampung. Usai mengisi perut kami terus ke surau di
terminal untuk menunaikan solat jamak mahgrib dan isyak. Aku dapat melihat sungguh ramai orang yang
memenuhi surau. Masing-masing hanya solat sendirian dan melangkau dua petak saf
sehingga menyebabkan tiada ruang untuk kami bersolat. Ada juga yang usai
bersolat tetapi masih lagi menunggu di dalam surau tersebut sehingga
menyebabkan jemaah lain sukar untuk bersolat. Aku dan Anuar terus mengambil
wuduk terlebih dahulu dan menunggu insan yang prihatin memberi ruang untuk kami
menunaikan solat.
“Anak nak bersolat? Mari sini, pak
cik dan anak pak cik sudah selesai ni”
Alhamdulillah. Ada juga ruang untuk
kami menunaikan solat di celah-celah ramai orang yang berpusu di dalam surau
ini. Terima kasih pak cik kerana telah memberikan ruang kepada kami untuk
menunaikan solat. Semoga Allah merahmati pak cik.
Dingin
angin malam yang menyentuh kulit nipis ini membuatkan aku menggigil kesejukan. Aku dan Anuar dari tadi masih menunggu
ketibaan bas di Terminal Medan Gopeng mula merasa bosan. Jika diikutkan pada kertas tiket sepatutnya
bas sudah tiba tetapi entah kenapa
bayangnya belum juga menempang di bayangan mataku. Anuar dari tadi hanya duduk
berpeluk tubuh mula kelihatan gelisah dengan situasi ini dan terus bingkas dari bangku menjenguk ke
kaunter tiket. Aku melihat jam ditangan menunjukkan kami telah 15 minit
tergendala. Sekonyong-konyong Anuar menghampiriku dan menepuk bahuku. Mukanya kelihatan
masam mencuka. Aku mula berasa cemas apabila melihat Anuar berperi seperti itu.
“Nampaknya kita terpaksa tidur di sini malam
ni. Petugas kaunter kata bas rosak dalam perjalanan ke sini. Bas gentian pun
sudah tiada untuk malam ni. Paling cepat pun pagi esok baru bas lain akan sampai”
jelas Anuar kepadaku.
“Ni
la sebab aku malas nak ambil bas Shamisha banyak sangat masalahnya, remeh dan
menyusahkan orang saja. Kalau ikutkan hati aku memang dah lama aku saman
syarikat bas ni. Dah banyak kali kita kena macam ni dulu lewat sampai sekarang
tergendala pulak. Argh! Bengang aku” rungut Anuar sambil mengempalkan penumbuknya.
Anuar
memang agak panas baran sedikit sifatnya. Sejak dua tahun aku berkawan
dengannya memang aku sudah masak akan panas barannya itu. Tetapi kali ini aku
terpaksa bersetuju dengan Anuar kerana aku juga turut berasa berang dengan
situasi sebegini. Namun terpaksa juga bersabar kerana sabar itu adalah
sebahagian daripada iman dan sifat amarah itu akan membawa kepada pertelingkahan.
Lagipun ini baru pengalaman pertama aku terpaksa tidur di terminal bas.
Bersesak-sesak penumpang yang terkandas memenuhi ruang surau yang berhampiran
dengan kaunter. Aku dapat melihat pelbagai ragam manusia yang menunjukkan sifat
dalaman mereka yang sebenar. Ada anak kecil yang menangis di riba ibunya. Ada
yang membentak-bentak petugas kaunter dan ada juga yang tidak renggang dengan
telefon bimbit sentiasa sahaja melekat di telinga.
Aku
dan Anuar masih melekat di atas bangku. Jam baru menunjukkan pukul 10.45 malam.
Sekonyong-konyong datang seorang lelaki yang kusut masai melalui hadapan kami
sambil tersengih-sengih. Aku meneliti raut wajah lelaki tadi dengan begitu
teliti. Seketika itu juga situasi setahun yang lepas telah menerjah ingatanku.
“Tolong
nak. Isteri pak cik sedang dirawat di hospital akibat barah hati dan untuk
pembedahan memerlukan kos puluhan ribu ringgit. Jadi pak cik mohon sumbangan
ikhlas anak berdua untuk isteri pak cik. Tolong nak!” rayu seorang lelaki.
Aku
menjeling ke arah Anuar. Memang tampak kesihan melihat keadaan lelaki itu.
Anuar juga tampak begitu. Aku menghulurkan sekeping not merah manakala Anuar
mengeluarkan dua keping not RM 50. Anuar
memang seorang yang sangat sensitif bab-bab begini. Dia memang berasal dari
keluarga yang berada jadi tidak hairanlah jika dia menderma sebanyak itu
setakat dua keping not RM 50 memang tidak jadi masalah buatnya. Tetapi bukan itu yang dipersoalkan. Pasti!
Anuar bukan saja hendak menunjuk-nunjuk akan tetapi setiap perinya sememangnya tulus
dan ikhlas. Walaupun dia hidup dalam keluarga serba mewah namun dia langsung
tidak loket dan tinggi diri. Itulah sifat Anuar yang aku kenal selama ini.
Disebabkan itu juga aku sangat menghormati Anuar sebagai kawan baikku.
Lelaki
itu pun beredar dari kami. Dia terus gigih mencari sumbangan demi menyelamatkan
nyawa isterinya yang sedang terlantar. Aku begitu kagum melihat usahanya tanpa
asa memenuhkan tabung dana untuk isterinya yang tercinta. Bagi aku lelaki
sebegini adalah suami yang sangat bertanggungjawab kerana zaman sekarang tidak ramai suami yang
sanggup berkorban demi isterinya. Yang sanggup bersusah payah, berhujan panas
demi isteri. Inilah lelaki yang patut dicontohi oleh suami-suami diluar sana. Jika
aku berada ditempat lelaki ini belum tentu aku mampu untuk berkorban
sedemikian. Sungguh luar biasa pengorbanan lelaki itu pada kaca mataku
peribadi.
Fikiranku
kembali ke ruang nyata. Ku lihat masih ramai yang sedang berpusu-pusu di
hadapan perkarangan terminal akibat tersangkut bas. Aku sekonyong-konyong
sahaja teringat akan kisah setahun dahulu yang melibatkan aku dan Anuar ketika
bas kami terlewat tiba daripada waktu yang sepatutnya. Wajah lelaki 40-an umur
yang aku kagumi kerana menjadi pahlawan kepada isterinya yang sakit itu
terbayang-bayang di mataku. Sangkaanku barangkali lelaki itu sudah mendapat
dana yang secukupnya untuk membantu isterinya yang sakit itu dan mungkin juga
isteri lelaki itu telah sembuh dan mereka kembali hidup bahagia sebagai sepasang
suami isteri. Begitu beruntung si isteri tersebut kerana bersuamikan lelaki
yang sungguh bertanggungjawab seperti itu. Aku tabik dengan lelaki itu!
Pujianku
terhadap lelaki yang ku temui di sini setahun lepas amat menggunung tinggi. Bagiku
pujian itu tidak terlalu berlebihan buat si pahlawan sejati. Lelaki itu memang
patut diberi pujian atas usaha yang sungguh luar biasa. Dalam situasi sebegini
entah mengapa hatiku mula rasa tersentuh dengan kisah-kisah yang sungguh
menyayat hati seperti kisah seorang lelaki 40-an umur yang datang merayu-rayu
supaya membantunya melengkapkan dana pembedahan isterinya pada setahun yang
lalu. Sungguh tidak aku menyangka kejadian setahun yang lalu tiba-tiba sahaja
mengetuk pintu hatiku saat ini. Sungguh sayu bila memikirkan nasib lelaki
tersebut dan membuatkan aku penasaran ingin mengetahui lanjutan kisah lelaki
tersebut. Doaku moga-moga isterinya telah sembuh dan mereka dapat kembali
mengecapi kebahagiaan. Amin.
“Kau
mengelamun apa ni? aku tengah bengang ni boleh pulak kau mengalamun ya”
Tiba-tiba
aku terkejut dek sapaan Anuar. Aku hanya tersengih malu apabila semua orang di
sekeliling melihat ke arah kami. Memang agak keras suara Anuar menegurku
sehingga semua orang di sekeliling memerhati kami. Aku mula menyusun kata untuk
menjelaskan kepada Anuar mengenai lelaki 40-an umur yang kami jumpa setahun
yang lalu di tempat yang sama kami duduk ketika ini.
“Kau
ingat tak pada pak cik yang minta dana untuk pembedahan isteri dia di sini
setahun yang lepas?” soalku.
“Yang
mana ye?” Anuar membalas seolah-olah kebingungan.
“Alah.
Yang kau derma sampai RM 100 tulah” jelasku.
“Oh
yang tu. Ingat, agak-agak macam mana keadaan isteri dia sekarang ye?” jawab
Anuar.
Aku
hanya terdiam kerana aku juga belum pasti akan kondusi sebenar kes lelaki 40-an
usia tersebut. Yang aku pasti hanya mengharapkan yang terbaik buat insan yang
semulia dia yang sanggup berkoban apa sahaja demi kesembuhan isteri tercinta.
“Hei.
Kau mengelamun lagi ye?”
“Eh.
Tak adalah aku cuma teringat dekat pak cik tu je. Entahlah aku pun tak tahu
keadaan isteri dia sekarang. Tapi harap-harap moga isteri dia sihat seperti
sedia kala hendaknya”
Sedang
aku dan Anuar sedang rancak berbual mengenai lelaki 40-an umur yang kami temui
setahun lepas tiba-tiba lelaki yang kusut masai itu tiba lagi menempang di
hadapan kami. Kali ini lelaki itu berhenti tepat di samping kami dan tanpa
diduga lelaki itu duduk di sebelah Anuar. Aku mula rasa cuak apabila lelaki
yang tuna waras itu mula merapati lantas memeluk Anuar sambil menangis.
“Tolong
nak. Isteri pak cik sakit di hospital”
Aku
dan Anuar terkejut besar apabila mendengar ayat sebegitu meloncat keluar dari
mulut lelaki tuna waras itu. Aku yakin memang tidak salah lagi yang lelaki tuna
waras itu ialah lelaki 40-an umur yang sama kami temui dahulu. Tetapi masih aku
bingung oleh apa telah menyebabkan lelaki itu berkeadaan tuna waras seperti
itu. Mungkinkah isterinya masih sakit? Atau mungkin isterinya telah meninggal
dunia? Pelbagai persoalan yang sedang bermain di fikiranku. Semakin kusut
benakku apabila memikirkan punca lelaki yang ku anggap sebagai pahlawan sejati
dahulu telah menjadi seorang lelaki yang tuna waras ketika ini.
“Jangan
dilayan sangat orang tua penipu tu” sekonyong-konyong suara seorang lelaki
pertengahan 30-an umur bergema. Manakala lelaki tuna waras kelam kabut
melarikan diri apabila melihat lelaki tersebut tercegat di hadapan kami.
“Apa
maksud abang?” soalku kebingungan.
“Kalau
adik nak tahu orang tua inilah yang berpura-pura dengan mengutip derma kononnya
untuk pembedahan isteri dia. Padahal isteri dia tidak sakit pun dulu. Dia
sengaja menipu agar semua orang simpati kepada dia. Sebulan lepas isteri dia
betul-betul meninggal dunia akibat menderita penyakit sama seperti yang direka
oleh orang tua penipu tu” terang lelaki pertengahan 30-an umur panjang lebar.
“Macam
mana abang boleh tahu?” soal Anuar. Aku turut mengangguk ingin kepastian.
“Mengapa
pula tidak tahu. Dah orang tua tu jiran sebelah rumah abang. Semua orang kampung abang tahu yang dia kaki
penipu. Sebab tu dia lari tadi bila nampak abang tegur kamu berdua”
Aku
dan Anuar saling berpandangan setelah mendengar penjelasan daripada lelaki
pertengahan 30-an umur itu. Sungguh mengejutkan apabila lelaki yang aku sanjung
selama ini sebenarnya merupakan seorang penipu.
Ternyata dugaanku selama ini terpesong sama sekali daripada apa yang aku
fikirkan. Sungguh aku terkilan dengan diri sendiri kerana begitu mudah terharu
dengan usaha pembohongan lelaki yang hanya pentingkan diri sendiri sehingga
menghalalkan segala cara demi kesenangan tanpa berusaha untuk mencari rezeki yang
halal.
“Geramnya
aku. Berani dia tipu aku dulu. Kalau aku jumpa pak cik tu lagi pasti penumbuk
aku ini akan hinggap di muka dia” omel Anuar begitu marah.
“Sabar
Nuar. Jangan ikutkan sangat amarah kau tu. Pak cik tu sudah pun terima balasan.
Allah dah bayar cash dosa dia di
dunia ini. Tak payahlah kita nak hukum dia lagi dengan keadaan dia macam tu.
Kita maafkan saja dia dan ikhlaskan saja duit yang pernah kita dermakan
kepadanya. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang sabar dan
memaafkan kesalahan orang lain” pujukku menenangkan lautan gelora dihati Anuar.
Insiden
yang telah menimpa aku pada malam ini telah membuka mataku agar lebih
berwaspada dalam menduga sesuatu perkara. Sesungguhnya pengajaran yang telah ku
cicip pada malam ini pastinya akan menemani aku pulang ke kampung halaman pada
esok hari. Walaupun aku sedikit kesal kerana perjalanan kami pulang ke kampung
tergendala namun dalam pada itu aku juga bersyukur kerana aku pasti ini adalah
takdir yang telah ditentukan oleh Allah Taala supaya aku dan juga Anuar bertemu
dengan kebenaran mengenai pembohongan oleh lelaki yang telah ku anggap sebagai pahlawan
sejati sanggup berkorban demi isteri yang ternyata hanyalah sandiwara demi
kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang yang telah
menyedarkan aku daripada memuji perlakuan yang sememangnya salah dari segi
undang-undang apatah lagi agama. Terima kasih Ya Allah kerana telah membuka
pintu kebenaran dan membuka pintu hatiku daripada terus memuji orang yang
salah.
Alhamdulillah…

Subscribe to:
Posts (Atom)


