TENTERA TINTA

Flag Counter

Saturday, September 15, 2012

KERJA SAMBIL BELAJAR


Assalamualaikum.

Entri kali ini aku nak kongsikan dua benda yang utama iaitu :


(1)
BEKERJA

(2)
BELAJAR


Bekerja dan belajar mempunyai istilah yang berbeza dari segi makna dan tafsirannya.  Ejaaannya pun berbeza kan? Dekad kini ramai pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi yang bekerja sambil belajar. Katanya mahu menambah pendapatan. Bukan semua pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi asal dari keluarga yang berada. Ada sesetengah asal dari keluarga yang susah dan mungkin atas alasan itu mereka mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan.

Bekerja sambil belajar adalah satu perkara yang tidak semua orang dapat melakukannya. Mana tidaknya untuk membahagikan dua perkara dalam satu masa. Setiap orang memiliki kemampuan dan tenaga yang berbeza. Namun kunci untuk menjadi berjaya takkan hanya dilakukan oleh orang yang hanya melakukan hal yang biasa-biasa saja. Dalam erti kata lain jika ingin menjadi orang biasa lakukanlah hal yang biasa-biasa saja, dan jika ingin menjadi orang yang luar biasa lakukanlah hal yang luar biasa. 
Semakin banyak yang kita lakukan semakin banyak yang akan kita dapatkan.

Kita sepatutnya sentiasa berbisik pada hati kita untuk sentiasa hidup berdikari, iaitu tidak terlalu bergantung dan asyik meminta-minta kepada ibu bapa kita. Justeru kita sepatutnya dapat membantu mereka serba sedikit. Bekerja dalam belajar harus diseimbangkan kerana bekerja dan belajar keduanya adalah bentuk ibadah yang sangat mulia. Terlebih ketika kita menggunakan nafkah atau harta yang kita dapatkan untuk menuntut ilmu dan membantu kedua ibu bapa kita. Memang sebaiknya agar dapat memaksimumkan dalam pelajaran, jadi pilihlah pekerjaan-pekerjaan separuh masa yang tidak terlalu memakan masa yang banyak.

Panduan Bekerja Sambil Belajar :
1.      Harus Bijak Membahagikan Masa,
 - Ketika bekerja haruslah bekerja, ketika belajar haruslah belajar, jangan sampai ketika belajar kita      memikirkan hal pekerjaan dan begitu juga sebaliknya. Membagi waktu dan tumpuan antara belajar dan bekerja memang sulit. Namun cubalah mengerjakan sesuatu pada tempatnya dan pilihlah mana yang harus dahulukan  yang paling utama.
2.      Gunakan Waktu Lapang Sebaik Mungkin,
- Haruslah bijak mengisi waktu senggang ketika habis waktu kerja dengan mengulang kali pelajaran tidak kira di mana jua tempatnya.
3.      Manfaatkan Setiap Saat  Ketika Musim Peperiksaan,
- Jika sedang meghadapi musim peperiksaan dan pada waktu yang sama kita harus bekerja maka kita perlu manfaatkan setiap saat untuk membaca nota ringkas yang dibuat terlebih dahulu. Jadi senang untuk kita mengulang kaji pelajaran walaupun sedang bekerja.

Namun tetap pada intinya yang mampu mengukur tahap kemampuan diri sendiri, cuba tekadkan dari sekarang. Jika kita merasa mampu menjalani keduanya maka jalankanlah dengan tetap mempertimbangkan baik dan buruknya juga.
Kepada pelajar di luar sana yang membuat kerja sambilan aku tabik pada kamu semua kerana aku sendiri tidak mampu untuk bekerja sambil belajar. Yang mampu aku buat hanya menulis, dapatlah menampung pendapatan walaupun tidak tetap bayarannya.
Inilah kerja sampinganku - MENULIS

No comments: