TENTERA TINTA

Flag Counter

Monday, October 21, 2013

TERAPI MUZIK

Assalamualaikum.



TERAPI MUZIK merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk tujuan pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari segi kognitif, sosial,dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. 
   Muzik terapi adalah satu teknik klinikal dan evidence-based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi iaitu satu gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. 
   Golongan sasaran seramai 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya pesakit yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan, penyakit kanser, AIDS dan lain-lain penyakit. 
  Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan telah dijadikan sebagai rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat,perasaan dan keperibadian. 

Keentingan pemulihan melalui terapi muzik 
1) Tingkah laku
-Kekuatan fizikal
-Memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti:
a) Menyanyi
b) Menari
c) Menulis lirik lagu

Menurut Fleshman dan Fryrear (Nystul, 2003), muzik memupuk proses sosialisasi, meningkatkan hubungan sosial, memupuk sikap kerjasama dengan kaunselor menggunakan terapi muzik secara duet.

2) Emosi
-Melalui muzik dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendam. 
-Menstruktur semula kecelaruan pemikiran kanak-kanak dengan ritma, pic, melodi dan juga tempo.


3) Pengetahuan
-Membuka skop dengan menghayati lirik-lirik lagu. 
-Menambahkan penguasaan bahasa. 
-Meningkatkan penguasaan bahasa asing seperti mendengar lagu Inggeris.

  Sebagai seorang guru pastinya aku akan berhadapan dengan murid-murid yang lemah. Jadi aku tidak akan sesekali meninggalkan murid yang lemah itu jauh ke belakang. Mungkin teknik pemulihan terapi muzik dapat membantu mereka dengan menggunakan lagu-lagu natural seperti lagu alam, bunyi-bunyian hutan dan sebagainya. Dengan ini daat menarik emosi yang terganggu untuk kembali tenang. Ataupun untuk orang islam kita boleh gunakan bacaan Al-Quran yang bertaranum sebagai melodinya.

Contoh terapi muzik yang boleh digunakan
HAFIZ HAMIDUN  - ZIKIR TERAPI

   Aku sedang membuat kajian untuk menggunakan terapi muzik bagi membantu murid-murid yang kurang berupaya mengingat nota pelajaran dengan berbantukan instrumen melodi yang aku gelar sebagai Nota Melodi.

    


No comments: