Saya
mempunyai seekor kucing. Nama kucing saya ialah Si Comot. Walaupun namanya
comot tetapi dia sangat comel. Si Comot mempunyai ekor yang panjang, bulu
berwarna putih dan hitam serta sepasang mata yang berwarna biru bersinar. Si
Comot sangat cerdik dan manja dengan saya. Apabila dipanggil namanya, dia akan
segera dating. Pada waktu malam dia akan tidur bersama saya di atas katil. Si
Comot sangat menggemari nasi yang digaul dengan ikan goreng. Dia akan makan
dengan berselera sehingga habis.
Pada suatu hari, saya membawa Si
Comot berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan rumah saya. Si Comot
sangat gembira melihat telatah Si Comot. Tiba-tiba tali yang mengikat Si Comot
di tangan saya terlepas. Saya lihat Si Comot
berlari dengan pantas terus masuk ke dalam semak di taman itu. Saya
memanggil Si Comot supaya dia keluar dari semak itu tetapi tiada jawapan. Saya
terus memanggil nama Si Comot dengan lebih kuat tetapi Si Comot masih tidak
keluar. Saya berasa sangat sedih pada masa itu seperti mahu menangis.
Saya meneruskan usaha mencari Si
Comot di sekeliling taman itu namun gagal menjumpainya. Saya pulang ke rumah
menunggu ayah dan ibu saya pulang. Apabila ayah dan ibu saya pulang, saya
menceritakan tentang kehilangan Si Comot. Ayah memanggil kakak dan abang supaya
menolong saya mencari Si Comot di taman. Selepas itu, saya dan keluarga mencari
Si Comot. Saya berasa sedih sehingga menangis. Ibu menasihati saya supaya
bersabar dan berdoa agar Si Comot segera dijumpai. Ayah bertanya kepada orang
ramai di taman itu jika ternampak Si Comot.
Ayah berusaha mencari hingga penghujung taman. Tiba-tiba ayah
ternampak seorang pemuda yang sedang bermain-main dengan seekor kucing lalu
ayah menghampirinya. Kemudian ayah bertanya kepada pemuda itu dimana dia
menjumpai kucing itu. Pemuda itu berkata kucing itu dijumpai di dalam semak.
Ayah menerangkan bahawa kucing itu adalah kepunyaan anaknya yang lari ke dalam
semak. Pemuda itu menyerahkan Si Comot kepada ayah dan meminta maaf. Ayah
tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.
Ayah memanggil kami dan menyerahkan
Si Comot kepada saya. Saya berasa gembira dan bersyukur apabila Si Comot sudah
dijumpai. Saya berterima kasih kepada ayah, ibu, abang dan kakak kerana
menolong mencari Si Comot. Kami pulang ke rumah dengan hati yang gembira.