TENTERA TINTA

Flag Counter

Wednesday, August 24, 2016

KARYA CILIK 4.0


Di dalam sebuah kampung, tinggal seekor kucing. Kucing itu bernama Si Tompok. Si Tompok tinggal bersama tuannya. Tuan Si Tompok bernama Wahid. Si Tompok merupakan seekor kucing jantan. Badannya berwarna hitam dan terdapat tompok-tompok berwarna putih. Sebab itulah tuannya memberikan namanya Si Tompok. Si Tompok suka makan ikan. Dia juga suka bermain di rumah bersama tuannya. Setiap petang Si Tompok tidur.
  Pada suatu hari, Wahid tuannya telah ke bandar kerana ada urusan penting. Wahid telah meninggalkan Si Tompok sendirian di rumah. Si Tompok berasa sangat susah hati. Dia terpaksa mencari makanan sendiri. Wahid telah ke bandar selama seminggu. Si Tompok telah keluar dari rumah untuk mencari makanan. Si Tompok merayau- rayau di sekitar kampung. Malangnya dia tidak menemui makanan. Si Tompok sangat sedih dan lapar. Si Tompok telah bercadang untuk mencari makanan di hutan. Dia menuju ke sebuah hutan yang terletak tidak jauh dari rumah tuannya. Si Tompok menuju ke hutan dalam keadaan lapar dan lemah.
  Di dalam hutan itu Si Tompok merayau-rayau mencari makanan. Tanpa disedari Si Tompok berjalan jauh dalam hutan. Setelah lama berjalan Si Tompok ternampak seekor tikus yang besar. Si Tompok mengejar tikus itu sehingga dapat lantas dia memakan tikus itu dengan lahapnya. Setelah kekeyangan Si Tompok tidur di bawah sebatang pokok. Si Tompok tidur dengan nyenyak sekali. Tiba-tiba Si Tompok tersedar apabila terdengar suara ngauman yang kuat. Dia terus bangun dan cuba melarikan diri malangnya lembaga itu telah berada di hadapannya. Si Tompok terkejut melihat seekor harimau yang besar di hadapannya. Si Tompok menggigil ketakutan. Dia merayu agar harimau itu tidak mengapa-apakannya.
  Melihat Si Tompok yang ketakutan harimau itu ketawa terbahak-bahak. Si Tompok kehairanan kerana harimau itu tidak memakannya. Harimau itu memperkenalkan dirinya Pak Belang. Pak Belang bertanya kepada Si Tompok kenapa berada di dalam hutan itu. Si Tompok menceritakan bagaimana dia boleh berada di situ. Pak Belang kasihan mendengar cerita Si Tompok itu. Pak Belang terus berlalu dan meninggalkan Si Tompok. Si Tompok berasa gembira kerana selamat daripada dimakan oleh Pak Belang.
  Si Tompok memutuskan untuk pulang ke rumah tuannya. Tiba di sebatang anak sungai Si Tompok berhenti untuk minum. Si Tompok minum dengan perlahan-lahan kerana kehausan. Ketika sedang minum Si Tompok merasakan ada sesuatu sedang mililit badannya. Si Tompok terkejut melihat seekor ular sawa sedang membelit badannya dan cuba memakannya. Si Tompok cuba melawan dengan menggigit dan mencakar badan ular itu.
   Tiba-tiba ular itu melepaskan Si tompok. Si Tompok melihat Pak Belang sedang menggigit ekor ular itu. Ular itu melepaskan Si Tompok kerana kesakitan. Pak Belang telah menyelamatkan Si Tompok. Ular itu terus lari ke dalam semak. Si Tompok mengucapkan terima kasih kepada Pak Belang. Pak Belang menemani Si Tompok untuk pulang ke rumah tuannya. Sampai dipinggir hutan mereka berpisah. Sebelum Si Tompok pulang dia mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Pak Belang. Si Tompok berharap agar mereka akan terus berkawan.

No comments: