TENTERA TINTA

Flag Counter

Tuesday, December 27, 2016

DAKWAH; UNTUK SEMUA & PERANAN SEMUA

Dakwah itu satu perkara yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam islam bagi menyebarkan dakwah islamiah mahupun gerak kerja tarbiah ke arah kebaikan dengan syarat orang yang mahu melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiah ini haruslah memiliki cukup ilmu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan duniawi mahupun ukhrawi agar fahaman yang dibawa itu tidak mengelirukan orang yang menerima dakwah itu.  
Image result for dakwah            Ramai yang terkeliru syarat untuk berdakwah mestilah diletakkan dibahu ustaz dan ustazah sahaja dan tempat pula hanyalah terhad kepada pusat-pusat ibadah sahaja. Sebenarnya tugas berdakwah merupakan tanggungjawab bersama. Setiap yang bernyawa dan mempunyai akal fikiran yang waras yakni manusia di atas muka bumi ini mempunyai tanggungjawab yang cukup besar. Selagi kita bernama manusia yakni selagi kita menghela nafas dalam kalimah ‘la ilaha illalah’ maka tugas amar makruf nahi mungkar secara automatik tergalas dibahu kita.
Dakwah tanggungjawab siapa?
Islam itu mudah. Cukup sekadar kita melakukan perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Berdakwah bukan sehingga memudaratkan diri dan keluarga. Ramai yang salah tafsir tentang konsep dakwah sebanarnya kerana bagi mereka berdakwah itu perlu keluar berbulan-bulan sehingga ada yang lupa tanggungjawab terhadap keluarga. Itu salah sebenarnya, cukup sekadar apa yang kita termampu.
            Menyebar kebaikan tanggungjawab semua bukan sekadar tanggungjawab individu tertentu sahaja. Dalam erti kata lain semua pihak berperanan dalam mengalas tugas menyebar kebaikan. Oleh itu, setiap apa kebaikan yang dilakukan itu sudah pasti saham kemuliaan akan dikecapi oleh individu atau pihak tertentu yang mengambil tanggungjawab mengalas gerak kerja dakwah seumpamanya. Walau sekecil manapun kebaikan yang dilakukan sudah pastinya akan diberi ganjaran pahala. Waima, agama manapun di dunia ini mengajar umatnya untuk melakukan kebaikan serta menegah umatnya melakukan kemungkaran. Justeru, tiada alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab dakwah.
Apa kita boleh buat?
Tiada syarat untuk melakukan kebaikan yakni semua yang bernama manusia layak menerima dan memberi kebaikan dan semulia manusia adalah manusia-manusia yang banyak memberi kebaikan. Dalam tidak sedar sebenarnya banyak kebaikan yang boleh kita buat untuk membantu gerak kerja dakwah dalam kehidupan seharian kita. Cuma selama ini kita tidak tahu caranya sahaja. Nabi pernah berpesan sampaikan dariku walaupun satu ayat. Lihat betapa senang untuk kita menambah amal kebaikan walaupun dengan hanya mengajarkan orang lain satu perkara kecil yang berfaedah dan apa yang kita ajarkan itu diamalkan maka ganjaran pahala itu berterusan mengalir buat kita.
Tidak kira siapa pun kita selagi hayat dikandung badan sudah pasti kita mampu lakukan sesuatu untuk membantu gerak kerja dakwah. Bermula dengan diri sendiri kita amalkan ajaran islam dengan sebaiknya iaitu dengan melakukan suruhan Allah swt dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Itu merupakan permulaan yang baik buat kita meneruskan langkah yang seterusnya iaitu menyebar kebaikan. Untuk menyebar kebaikan terlebih dahulu kita mesti beramal dengan kebaikan.
Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menyebar kebaikan sebenarnya dan salah satu daripadanya adalah dengan memperbetulkan yang salah. Sebagai contoh, kita boleh menegur orang sekeliling kita dengan memperbetulkan kesilapan mereka. Menegur di sini bukanlah menegur secara kasar tetapi kita perlu menegur secara berhikmah agar yang menerima teguran itu tidak akan terasa hati. Begitulah yang sebaiknya bukan kerana dalam ghairah kita melakukan kebaikan jangan pula lupa pada tatasusila.
Kesimpulan
Melakukan kebaikan itu adalah tuntutan manakala menyebar kebaikan itu pula keperluan. Setiap kebaikan yang dilakukan ataupun disebarkan itu adalah merupakan cabang dakwah yang dituntut dalam islam malahan sememangnya menjadi keperluan dalam masyarakat kita. Dakwah untuk semua dan peranan semua jadi tiada istilah bahawa tugas berdakwah itu merupakan tanggungjawab orang tertentu sahaja. Kita semua ialah da’i yang bertanggungjawab menyebar kebaikan terhadap orang sekeliling kita dengan syarat selagi mana di garis yang benar maka selagi itulah dakwah akan terus bersinar.              

Tuesday, December 20, 2016

JANGAN BIMBANG.., PUJUKLAH HATI!

Kecewa itu hati yang terseliuh. Selagi kita bernama manusia pastinya sudah beribu-ribu kali hati kita terseliuh. Bagaimana cara merawat hati yang terseliuh? Jika anggota fizikal yang terseliuh mungkin senang untuk kita ubatkan di tempat yang terseliuh itu. Ini hati yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga dengannya. Segumpal darah yang bernama hati itu sifatnya begitu sensitif dan lembut seperti lembutnya tisu. Maka haruslah bijak kita menguruskannya agar tidak membawa kepada putus asa.Image result for patah hati
Kebiasaannya apabila datang kecewa kita akan terus mudah berputus asa tanpa berani bangkit semula daripada rasa kekecewaan itu. Apabila sudah berputus asa itu maknanya keadaan hati kita sudah parah atau sinonimnya kita gelarkan sebagai patah hati. Pepatah ada mengatakan mencegah itu lebih baik daripada merawat jadi rawatlah hati itu sebelum parah dengan menjadi pahlawan patah hati.

Pahlawan Patah Hati.
Menjadi pahlawan patah hati bermaksud kita sendiri yang bertindak sebagai jururawat bagi merawat kekecewaan sendiri. Dengan cara ini, secara tidak langsung mampu meringankan beban tekanan daripada terus bersarang utuh dalam hati kita yang kelamaan akan menjadi rapuh jika dibiarkan begitu saja. Oleh itu, tindakan yang sepatutnya perlu dilakukan iaitu dengan menipu hati kita sendiri. Bagaimana kita boleh menipu hati?
Dalam konteks ini menipu yang dimaksudkan lebih kepada memujuk. Apabila hati diundang kecewa sudah pasti kebimbangan akan menguasai diri jadi bagi memahat rasa bimbang yang terpatri maka saat inilah hati itu perlu dipujuk dengan kata-kata semangat yang padu sebagai senjata untuk menipu hati yang dilanda badai gusar itu.
Dalam situasi diselubungi oleh masalah sudah pastinya perasaan sedih dan kecewa yang menjengah jadi inilah gunanya peranan ‘pujuk hati’ agar minda beralih daripada asyik memikirkan hal kecewa yang akan membawa kepada kebimbangan yang melampau sehingga kepada putus asa. Katakan pada hati “jangan bimbang, teruskan hidup, jangan mengalah!”.
Sekurang-kurangnya hati akan sedikit lega apabila dipujuk dengan kata-kata semangat sebagai meredakan rasa kecewa. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada membuat keputusan secara emosional. Justeru, segala masalah dapat dihadapi dengan pertimbangan rasional dan amat signifikan bagi mereka yang sedang berhadapan dengan masalah untuk menjadi seorang pahlawan patah hati.

Tenangkan Hati, Jangan Bersedih.
Image result for senyum
Setiap masalah yang dihadapi sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma bergantung kepada setiap individu untuk menangani dengan bagaimana cara sekalipun namun harus diingat langkah pertama yang harus dilakukan iaitu dengan memujuk hati. Walau sebesar mana pun kecewa yang sedang menghuni hati kita bukan bermakna kita perlu terus bersedih dan berputus asa. Ingatlah bahawa itu hanyalah akalan yang bakal melemahkan langkah kita untuk terus bangkit berjuang meneruskan kehidupan yang penuh warna-warni lagi untuk kita. Maka, ayuhlah sama-sama tenangkan hati dan lepaskan segala kesedihan.
Apabila kesedihan itu sudah reda barulah setiap keputusan yang dilakukan akan dilakukan dengan lebih rasional tanpa dipengaruhi oleh emosional yang melampau-lampau. Jadi jangan bimbang, pujuklah hati!