TENTERA TINTA

Flag Counter

Tuesday, December 20, 2016

JANGAN BIMBANG.., PUJUKLAH HATI!

Kecewa itu hati yang terseliuh. Selagi kita bernama manusia pastinya sudah beribu-ribu kali hati kita terseliuh. Bagaimana cara merawat hati yang terseliuh? Jika anggota fizikal yang terseliuh mungkin senang untuk kita ubatkan di tempat yang terseliuh itu. Ini hati yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga dengannya. Segumpal darah yang bernama hati itu sifatnya begitu sensitif dan lembut seperti lembutnya tisu. Maka haruslah bijak kita menguruskannya agar tidak membawa kepada putus asa.Image result for patah hati
Kebiasaannya apabila datang kecewa kita akan terus mudah berputus asa tanpa berani bangkit semula daripada rasa kekecewaan itu. Apabila sudah berputus asa itu maknanya keadaan hati kita sudah parah atau sinonimnya kita gelarkan sebagai patah hati. Pepatah ada mengatakan mencegah itu lebih baik daripada merawat jadi rawatlah hati itu sebelum parah dengan menjadi pahlawan patah hati.

Pahlawan Patah Hati.
Menjadi pahlawan patah hati bermaksud kita sendiri yang bertindak sebagai jururawat bagi merawat kekecewaan sendiri. Dengan cara ini, secara tidak langsung mampu meringankan beban tekanan daripada terus bersarang utuh dalam hati kita yang kelamaan akan menjadi rapuh jika dibiarkan begitu saja. Oleh itu, tindakan yang sepatutnya perlu dilakukan iaitu dengan menipu hati kita sendiri. Bagaimana kita boleh menipu hati?
Dalam konteks ini menipu yang dimaksudkan lebih kepada memujuk. Apabila hati diundang kecewa sudah pasti kebimbangan akan menguasai diri jadi bagi memahat rasa bimbang yang terpatri maka saat inilah hati itu perlu dipujuk dengan kata-kata semangat yang padu sebagai senjata untuk menipu hati yang dilanda badai gusar itu.
Dalam situasi diselubungi oleh masalah sudah pastinya perasaan sedih dan kecewa yang menjengah jadi inilah gunanya peranan ‘pujuk hati’ agar minda beralih daripada asyik memikirkan hal kecewa yang akan membawa kepada kebimbangan yang melampau sehingga kepada putus asa. Katakan pada hati “jangan bimbang, teruskan hidup, jangan mengalah!”.
Sekurang-kurangnya hati akan sedikit lega apabila dipujuk dengan kata-kata semangat sebagai meredakan rasa kecewa. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada membuat keputusan secara emosional. Justeru, segala masalah dapat dihadapi dengan pertimbangan rasional dan amat signifikan bagi mereka yang sedang berhadapan dengan masalah untuk menjadi seorang pahlawan patah hati.

Tenangkan Hati, Jangan Bersedih.
Image result for senyum
Setiap masalah yang dihadapi sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma bergantung kepada setiap individu untuk menangani dengan bagaimana cara sekalipun namun harus diingat langkah pertama yang harus dilakukan iaitu dengan memujuk hati. Walau sebesar mana pun kecewa yang sedang menghuni hati kita bukan bermakna kita perlu terus bersedih dan berputus asa. Ingatlah bahawa itu hanyalah akalan yang bakal melemahkan langkah kita untuk terus bangkit berjuang meneruskan kehidupan yang penuh warna-warni lagi untuk kita. Maka, ayuhlah sama-sama tenangkan hati dan lepaskan segala kesedihan.
Apabila kesedihan itu sudah reda barulah setiap keputusan yang dilakukan akan dilakukan dengan lebih rasional tanpa dipengaruhi oleh emosional yang melampau-lampau. Jadi jangan bimbang, pujuklah hati!

No comments: