TENTERA TINTA

Flag Counter

Monday, October 21, 2013

TERAPI MUZIK

Assalamualaikum.



TERAPI MUZIK merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk tujuan pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari segi kognitif, sosial,dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. 
   Muzik terapi adalah satu teknik klinikal dan evidence-based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi iaitu satu gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. 
   Golongan sasaran seramai 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya pesakit yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan, penyakit kanser, AIDS dan lain-lain penyakit. 
  Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan telah dijadikan sebagai rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat,perasaan dan keperibadian. 

Keentingan pemulihan melalui terapi muzik 
1) Tingkah laku
-Kekuatan fizikal
-Memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti:
a) Menyanyi
b) Menari
c) Menulis lirik lagu

Menurut Fleshman dan Fryrear (Nystul, 2003), muzik memupuk proses sosialisasi, meningkatkan hubungan sosial, memupuk sikap kerjasama dengan kaunselor menggunakan terapi muzik secara duet.

2) Emosi
-Melalui muzik dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendam. 
-Menstruktur semula kecelaruan pemikiran kanak-kanak dengan ritma, pic, melodi dan juga tempo.


3) Pengetahuan
-Membuka skop dengan menghayati lirik-lirik lagu. 
-Menambahkan penguasaan bahasa. 
-Meningkatkan penguasaan bahasa asing seperti mendengar lagu Inggeris.

  Sebagai seorang guru pastinya aku akan berhadapan dengan murid-murid yang lemah. Jadi aku tidak akan sesekali meninggalkan murid yang lemah itu jauh ke belakang. Mungkin teknik pemulihan terapi muzik dapat membantu mereka dengan menggunakan lagu-lagu natural seperti lagu alam, bunyi-bunyian hutan dan sebagainya. Dengan ini daat menarik emosi yang terganggu untuk kembali tenang. Ataupun untuk orang islam kita boleh gunakan bacaan Al-Quran yang bertaranum sebagai melodinya.

Contoh terapi muzik yang boleh digunakan
HAFIZ HAMIDUN  - ZIKIR TERAPI

   Aku sedang membuat kajian untuk menggunakan terapi muzik bagi membantu murid-murid yang kurang berupaya mengingat nota pelajaran dengan berbantukan instrumen melodi yang aku gelar sebagai Nota Melodi.

    


Sunday, October 20, 2013

LELAKI ASUHAN TARBIAH

Assalamualaikum


Malunya pada khilaf diri
Takutnya pada kekuasaan Illahi
Setianya perbaiki
Segala kelemahan diri
Walaupun sendiri
Terima tomahan diri
Tetap teguhkan gagah berlari

Demi cintanya pada Allah
Juga rasul yang tercinta
Susah dan payah
Senang takkan leka
Sukar walaupun tergandah
Iman dihati teguh jua

Diasuh nilai tarbiah iman
Dirobos tidak sekali akan
Dihancurkan takwanya
Istiqamah hingga akhirnya
Nilai cintanya


Takkan mudah sekali
Dijual atau dibeli
Hatinya takkan lalai diri
Mengemari ayat-ayat suci
Mencontohi sunnah nabi

Ikhlas dirinya
Dari setiap laku
Yang menghambakan diri pada yang Satu
Oh.. sungguh indah nilai tarbiah
Yang baik jadi sekutu
Yang mungkar diseteru

Lelaki asuhan tarbiah
Iman dihatinya
Tinggi sekaya

LELAKI ASUHAN TARBIAH
(untuk kualiti audio yang lebih baik sila gunakan headphone)

Wednesday, October 9, 2013

KASIH TAK BERSYARAT


“PERGI kau orang tua, aku tak ada ibu macam kau. Mata kau buta, kau hanya akan menakutkan anak-anak aku. Pengawal  tolong usir perempuan tua ini” .

“Sampai hati kau usir ibu kamu sendiri nak. Ibu faham kalau kamu tak mahu mengaku aku ibu kamu, tapi kamu mesti ingat yang aku yang melahirkan dan membesarkanmu dengan tulang empat kerat ini. Ingat!!! si buta ini yang lahirkan kau ke dunia.”

“Arghhh!!! Tak usah kau nak berbasi-basi lagi orang tua. Aku tahu kau hanya mahu duit aku bukan, aku dah masak benar dengan taktik macam ni. Dah pergi kau dari sini orang tua, aku tak mau tengok muka kau yang hodoh ni lagi. Kau akan mencemarkan saujana rumah aku sahaja.”

“Malik ini ibu kamu  kau jangan nak kurang ajar.”

“Ni satu lagi orang tua cacat nak memekak kat rumah aku pagi-pagi buta ni.”

“Dahlah Yam jom kita balik, Malik dah tak nak mengaku kita ibu bapa dia dah, kita ni orang miskin.”

“Tak apa bang yang penting kita tahu Malik sihat dan selamat, itu dah cukup buat saya.” Maka berlalu kelibat sepasang orang tua meninggalkan laman rumah yang besar dan tersegam indah itu tanpa meninggalkan sebarang jejak.

“Siapa tu bang?” tiba-tiba menyapa suara Izzah bergema. 
“Tak ada siapa-siapa, tadi ada pengemis tua datang minta sedekah je” Malik cuba mengelak.

“Muka abang nampak pucat je ni, abang tak sihat ya?” soal Izzah lagi.

“Tak. tak ada, abang cuma penat je” balas Malik ringkas.

Malik menyandar atas kerusi empuk di ruangan pejabatnya sambil merebahkan kepalanya. Dibenaknya masih tergiang-giang akan suara pertengkarannya dengan ibu bapa kandungnya tadi.

       “Adakah aku kertelaluan dengan ibu dan ayahku tadi?” bisik hati kecil Malik sendirian.

“Ah!!! Tidak! aku tak boleh terus fikirkan benda remeh temeh begini, kalau semua orang tahu yang ibu aku buta dan ayah aku cacat pasti aku akan di hina. Aku tidak boleh terus begini, aku mesti lupakan mereka dan aku mesti buang mereka jauh-jauh dari memori hidup aku.  Kalau tidak pasti aku akan jatuh miskin seperti mereka. Aku tidak mahu hidup susah seperti dulu lagi. Aku tak mahu ditertawa lagi, aku dah bosan.. arghhhhh!!!” bentak Malik sendiri.

Tok! Tok! Tok!..

Tiba-tiba bunyi ketukan dari luar yang menganggu lamunan Malik..

“Masuk, hah! Erin ada apa?” soal Malik kepada setiausahanya.

“Bos, petang ni pukul dua jangan lupa kita ada meeting dengan wakil duta syarikat dari Jepun di White Cafe” jelas setiausaha Malik.

“Okey. Ada apa-apa lagi Erin?” soal Malik lagi.

“Setakat ni itu sahaja bos” jawab Erin lembut.

“Okey kalau tak ada apa-apa lagi  awak boleh keluar” arah Malik.
***
Di sebuah pondok usang yang jauh dari kesibukan kota  terkial-kial sepasang warga emas sedang duduk di serambi. Yang lelaki berduduk di kerusi rotan sementara si isteri pula sedang mengurut kaki si suami.

“Abang, kenapa anak kita sanggup perlaku kita sebegini rupa?” rintih Mak Yam seolah terguris akan perilaku kasar anaknya pagi tadi.

“Tak tahulah Yam, abang tak habis fikir dengan anak kita. Sejak dari dia mula bekerja langsung tak jenguk kita dekat sini. Mungkin dia malu punya orang tua yang  tidak sempurna seperti kita ini” duga Pak Ali.

Tiba-tiba tersentak hati rapuh Mak Yam mendengar kata-kata suaminya itu. Mentari semakin berlabuh menutup tirai senja. Mak Yam yang terkedu hati dengan kata-kata suaminya tadi juga turut berlabuh pergi meninggalkan suaminya di serambi pondok usang itu berseorangan.

Senja malam, suasana suram. Alunan hayya ala as solah berkumandang syahdunya suara muazzin bergema lunaknya. Mak Yam dan Pak Ali seperti biasa bersiap-siap untuk menunaikan seruan lima waktu di surau berhadapan dengan pondok usang mereka. Selepas usai solat mahgrib bagi mengisi ruang antara solat isyak  ustaz muda Asyraf tampil ke hadapan mimbar untuk memberi kuliah mahgrib yang bertajuk ‘Anak Derhaka’.

Mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Asyraf yang merupakan seorang ustaz termuda di daerah Kampung Baru dan juga merupakan seorang lulusan Al-Azhar.  Penuh dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Terkesan di hati Mak Yam dengan tusukan aksara yang diucapkan oleh ustaz Asyraf dalam bait-bait ungkapan dalam tazkirah anak derhaka yang diungkapkan sebentar tadi.

    Sukar untuk Mak Yam melelapkan mata dek terpana memikirkan panahan aksara yang keluar dari mulut ustaz muda beberapa jam lepas. Fikiran Mak Yam begitu terganggu dek lakuan anaknya Malik seolah melemparkan derhaka kepada mereka.

“Aku mesti pergi ke rumah Malik sekali lagi pagi esok” tekad hati kecil Mak Yam.

Hari cerah kembali. Sinaran sang suria memancar bumi seolah merestui hari itu. Seperti biasa Pak Ali pagi-pagi telah ke luar ke pekan di mana tempat dia bekerja sebagai penjual sayur di kedai tauke Lee Seng. Mak Yam tekad untuk bertandang ke rumah anaknya itu tanpa pengetahuan suaminya. Tiba di perkarangan rumah Malik,  Mak Yam terus mengendap dari luar pintu pagar. Dari jauh terlihat seorang kanak-kanak kecil yang sedang bermain di laman rumah tersebut lalu kanak-kanak tersebut mendekati Mak Yam. Apabila melihat keadaan rupa Mak Yam kanak-kanak tersebut takut  dan menangis sekuat hati seolah terserempak seekor raksasa.

Malik terdengar suara tangisan anaknya itu dan terus bergegas ke laman rumah bersama isterinya Izzah.

“Hei orang tua kau hanya menakut-nakutkan anak aku pergi kau dari sini. Aku benci lihat muka kau” jerkah Malik sambil menunding jari ke arah Mak Yam.

“Maafkan mak cik nak. Mak cik tak sengaja, mak cik tersalah alamat sebenarnya” jelas Mak Yam dan terus berlalu hampa untuk kesekian kalinya. Kali ini hati Mak Yam begitu terguris dengan kata-kata kesat anaknya itu.

Mak Yam terduduk di serambi pondok usangnya. Dalam kotak fikirnya bercelaru. Masih lagi tergiang-giang dalam fikiran akan kejadian yang bagai membakar hatinya. Bagai badai yang melanda gelora hati Mak Yam dek tusukan tajam sumpah serakah Malik terhadapnya selaku ibu kandung Malik.

“Sampai hati Malik buat mak seperti ini” rintih hati kecil Mak Yam.  

Menitis butir mutiara jernih mengalir deras dipipi Mak Yam. Amat terseksa jiwa batin Mak Yam apabila mengenangkan sikap anak tunggalnya itu.

            Allahuakbar bergema takbir mengisi ruangan sunyi di pondok usang milik Mak Yam dan Pak Ali.  Di lembaran sejadah baris butir doa tersusun-susun mengisi gema.

“Ya Allah kau ampunkan dosa anakku terhadapku. Sesungguhnya hamba amat menyayangi Malik anakku, Engkau tunjukkanlah jalan yang diredhai kepada Malik agar dia bisa menerima hamba-Mu yang tidak sempurna ini sebagai ibunya” baris butir doa tulus seorang ibu mengharapkan kepulangan anaknya  satu-satunya.

Sementara di istana semegah indah Malik tiba-tiba tersedar dari lena. Wajah Malik berpeluh-peluh jelas terpancar resah di hatinya.

“Astagfirullah al azim apa yang telah aku lakukan kepada ibu bapa kandungku sendiri”. Malik menolog sendiri  takut akan mengganggu isterinya Izzah yang sedang lena asyik dibuai figura mimpi.

Pagi-pagi lagi Malik memandu kereta mercedes miliknya. Berderu kereta tersebut membelah jalan raya menuju ke destinasi yang bukan jalan ke pejabatnya. Kali ini mercedes Malik dipaksa melalui jalan sempit.  Perlahan-lahan derapan kaki Malik menuju sebuah pondok usang yang menyimpan sejuta rahsia baginya. Kasut ditanggalkan dan terus menuju ke serambi pondok usang tersebut. Pintu dibuka perlahan-lahan lantas iris mata Malik meliar menembusi sebalik pintu tersebut. Tiba-tiba bahu Malik ditepuk dari belakang.

Malik menoleh dan terus berlutut dikaki ayahnya yang cacat itu.

“Maafkan saya ayah. Saya menyesal kerana selama ini saya berbuat khilaf dengan mak dan ayah. Saya tahu saya anak yang derhaka. Ampukan saya ayah” rintih Malik mendamba kemaafan dari Pak Ali.

“Sudahlah nak mak dan ayah sudah lama ampukan kamu Malik. Cuma...”.

Belum sempat Pak Ali menghabiskan tuturnya, Malik  terus mencelah. 

“Cuma apa ayah? Mak mana ayah?” soal Malik mengukir seribu persoalan. 

“Mak kamu telah dijemput Allah, nak”

Malik terduduk  kelu tanpa sepatah kata yang mampu keluar hanya butir-butir mutiara jernih yang tak bisa tertahan lagi apabila mendengar pengkhabaran tersebut.

“Nah! mak kamu ada titipkan warkah untuk kamu sebelum dia meninggal” Pak Ali menghulurkan sepucuk surat kepada Malik.
            Kehadapan anakku,
            Pondok usang ini menjadi saksi, anjung ini menjadi bukti tempat kau bermain dan bergurau senda bersama ayahmu sewaktu ketika dahulu.
Masih kau ingat itu lagi?                                        
Mak tahu langkah Malik kelu, hati Malik pilu bila kawan-kawan kamu mengejek kamu mempunyai mak dan ayah yang tidak sempurna.
Mak minta maaf nak kerana tidak dapat membuat hidup kamu seperti anak-anak orang lain. Mak tahu mak dan ayah miskin. Kami tak mampu untuk memberi kamu kemewahan kepada kamu seperti insan yang lain.
Ada satu lagi rahsia yang selama ini mak dan ayah pendam dari kamu. Sewaktu kamu umur lima tahun kamu dan ayah kamu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dalam kemalangan tersebut ayah kamu telah kehilangan tangan kirinya seperti yang dapat kau lihat sekarang dan doktor telah mengesahkan bahawa mata sebelah kiri kamu akan buta kekal. Mak tidak sampai hati melihat keadaan kamu untuk membesar dengan tidak sempurna. Demi kasih mak kepada kamu jadi mak telah menghadiahkan mata mak kepada kamu nak. Mak tak mahu kamu akan menjadi bahan ejekan kawan-kawan kamu apabila dewasa kelak. Sekarang kamu tahukan kenapa mata mak seperti ini?..  
Maafkan ibu nak kerana tidak sempurna di matamu selama ini.  Selepas kamu membaca surat ini mungkin mak sudah tiada di dunia fana ini lagi. Mak ampunkan segala dosa kamu kepada mak selama ini.  Salam sayang bondamu.. 

“Mak!!! Jangan tinggalkan Malik”....

“Betul ke apa yang tertulis dalam surat ni ayah?” tanya Malik inginkan kepastian.

“Betul Malik.. apa yang di coretkan oleh mak kamu dalam surat itu memang benar. Mak kau telah hadiahkan matanya kepada kau Malik.. Mak kau tidak tegar lihat kau hidup dalam keadaan yang tidak sempurna” jelas Pak Ali lagi.

       Malik mengenggam nisan batu sebagai tugu pusara Mak Yam dengan begitu agam. Sesekali butir mutiara jernih jatuh menitis ke tanah kubur yang masih merah.

“Maafkan Malik Mak, Malik banyak khilaf dengan mak.. Malik berdosa dengan mak. Malik sedar Malik banyak sakitkan hati mak” rintih Malik dengan nada sesal.

Air mawar dijirus, ditabur bunga di pusara sebagai tanda kasih. Malik mendongak ke langit lantas menadahkan kedua-dua belah tangannya.

“Ya Allah sesungguhnya Kasih ibuku tidak bersyarat, ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah”.

Selangkah demi selangkah derapan keinsafan meninggalkan pusara tersebut.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al Israa ayat 23 maksudnya:

“Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-keduanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata ‘ah’, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”... 



Nota Kaki ~ cerpen pertama hasil nukilan aku


p/s : Jangan pernah derhaka kepada ibu bapa kita. Hargailah mereka selagi masih di hadapan mata kita.


Monday, October 7, 2013

SIRI KARTUN TARBIAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah dalam kesibukan masih sempat lagi aku mencuri masa untuk menghabiskan menonton siri kartun Aqil Story.


Mungkin akan ada yang tergelak besar apabila dengan kenyataan aku 
"mencuri masa untuk menghabiskan menonton  siri kartun"

Mungkin juga akan ada yang berbunyi begini
"Eleh. Kartun aje, itu pun nak kecoh. Bukannya cerita orang putih pun. Macam budak-budaklah lu ni bro. Matured la sikit bro" 

Apa yang bro kat atas tu cakap memang betul. Aku tidak menafikan sama sekali kerana semua orang berhak berpendapat.

Aku memandang kartun dari sudut yang berbeza. Pertama sekali aku nak nyatakan di sini bahawa gerak kerja dakwah dan tarbiah bukan sekadar di surau atau di masjid semata. 

Jadi, tidak keterlaluan jika aku katakan usaha kumpulan Khalifa Production yang menerbitkan siri kartun islami Aqil Story merupakan satu gerak kerja yang mulia.

 Kenapa aku berani cakap begitu?
Dari kaca mata aku siri kartun Aqil Story bukan sekadar kartun biasa dan suka untuk aku tegaskan bahawa siri kartun Aqil Story merupakan ejen mentarbiah.

Ketika menonton siri kartun ini aku temui nilai tarbiah yang amat sesuai untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak yang seperti kain putih. Watak Aqil dalam siri kartun ini amat sesuai dijadikan ikon kepada kanak-kanak.

Melalui siri kartun ini dipaparkan kisah sifat mahmudah sebagai tauladan dan sifat mazmumah yang boleh dijadikan sempadan. Disamping itu, diselitkan dengan pesanan Ustaz Amal dan bacaan ayat Al-Quran dari Ustaz Amal.

Secara tuntasnya, anda-anda diluar sana perlu memperkenalkan siri kartun seumpama ini kepada adik-adik atau anak-anak anda. 

Inilah nilai tarbiah yang paling dekat dengan jiwa kanak-kanak.

"semoga usaha kita diberkati"

Aqil Story Episod #1
(Anak Murid yang Bijak)

Aqil Story Episod #2
(Jujur dan Amanah)

Aqil Story Episod #3
(Hikmah In Shaa Allah)

Aqil Story Episod #4
(Tamak Merugikan)

Aqil Story Episod #5
(Hasad Dengki)

Aqil Story Episod #6
(Mentaati Ibu Bapa)

Aqil Story Episod #7
(Kasihkan Haiwan)

Aqil Story Episod #8
(Berkat Membaca Bismillah)

Aqil Story Episod #9
(Hikayat 1001 Kisah)

Aqil Story Episod #10
(Menghormati Orang Tua)


Aqil Story Episod #11
(Allah Maha Pegampun)

Aqil Story Episod #12
(Sahabatku Subahat)

Aqil Story Episod #13
(Allah Maha Adil)

*tunggu sambungannya di Aqil Story musim 2 yang menampilkan kelainan dalam bentuk muzikal.




Thursday, October 3, 2013

ORANG PERTAMA

Assalamualaikum.



Jika aku tanya anda semua soalan ini apakah

 jawapan anda semua ye?

Soalan pertama:

Siapakah orang pertama yang mencipta lampu?

Soalan kedua :


Siapakah orang pertama yang mencipta kapal

 terbang?

Soalan ketiga :

Siapakah orang pertama yang bertakhta di hati

anda?

Sudah pastinya anda mengetahui jawapannya

bukan? Sudah pastinya anda akan mendabik dada

 pabila menyebut nama-nama si fulan untuk

 soalan aku yang di atas itu terutamanya untuk

soalan nombor tiga.

Tetapi tahukah anda  mengenai orang pertama

 dalam islam?

Kalau tidak tahu jom sama2 kita belajar.


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, October 2, 2013

CARTA HATI (JADUAL 5 WAKTU)

Assalamualaikum.


Alunan indah telah bergema
Merdu lunak muazzin bersuara
Merejam jauh lubuk atma
Menyeru insan sujud pada Yang Esa

Gema hayya ala as-solah
Gema hayya ala al-falah
Seni yang terindah
Kerana itu adalah amanah
Harus dijaga jangan biar punah

Usah bilang tunggu dahulu
Usah bilang pergi dahulu
Itu tanggungjawab bagi kamu
Itu tiang bagi kamu
Itulah jadual lima waktu

Jangan dilupa pada janji
Wajib tunai ditepati
Moga selalu di carta hati


Carta Hati (Jadual 5 Waktu)
(untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih baik, sila gunakan earphone)

Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan solat dan bertaqwa kepadaNya, dan Dialah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).
 Surah Al-An'am ayat 72

p/s : Semoga jadual 5 waktu sentiasa di puncak carta hati kita. In Shaa Allah.