TENTERA TINTA

Flag Counter

Saturday, September 22, 2012

KIDAL vs KADAL

Asalamualaikum.

Aku kadal. 
Kamu semua?
kadal atau kidal?

Apa itu kadal?
Apa itu kidal?

Kadal adalah merujuk kepada istilah bagi orang yang lebih cenderung kepada penggunaan tangan kanan
manakala
Kidal pula adalah merujuk kepada istilah bagi orang yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri.

* Istilah kidal memang ada dalam kamus manakala istilah kadal aku tidak jumpa dalam kamus tetapi istilah ini aku dengar ketika menonton maharaja lawak mega yang disebut oleh kumpulan SAEHU.. Jadi aku pun ikut jugak la guna istilah kadal yang bermaksud kanan dari lahir ~ SAEHU

Berbalik kepada fakta:

Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atau tangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara terperinci, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.

-Statistik
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

-Punca tangan kidal
Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

-Kelebihan– 
Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.

Dipetik dari : http://nizarazu.com


Sekadar perkongsian....
peace




Wednesday, September 19, 2012

GULA-GULA DI DALAM PEMBALUTNYA

Assalamualaikum.



Aurat wanita seringkali menjadi bahan bualan sejak akhir2 ini. 
Banyak persoalan yang berkaitan dengan aurat wanita belum terungkai.
Sebagai analoginya kita diberikan dua biji gula-gula. Salah satunya di buang pembalutnya serta terdedah dan yang satunya lagi dibiarkan dalam pembalut. Jika kita diberi pilihan pasti kita akan mengambil yang cantik elok dalam pembalutnya bukan?

Ha. Begitulah juga dengan memilih calon isteri mesti kita akan memilih yang menutup aurat dengan sempurnanya.
Tetapi yang menjadi dilema pada zaman globalisasi masa kini adalah adakah aurat wanita dijaga dengan sempurna seperti gula-gula yang dibalut cantik  di dalam pembalutnya yang berwarna-warni.


10 Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2. Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan yang mudah 'menggoda'.

5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut.

6. Bertudung tetapi hanya memakai di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya daripada dilitupi kain tudung.

8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

9. Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

10. Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi bermanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya dan kita tidak tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun  penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

* Di Petik Dari Bayu Enam Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean



Buat mulimah2 di luar sana jagalah aurat anda dengan sempurna seperti gula-gula yang cantik dalam pembalutnya.
Anda Mampu Melakukannya!!!

Sunday, September 16, 2012

AUTA FACE

Assalamualaikum.


Untuk Entri kali ini aku nak promote filem pendek yang diarahkan oleh saudara Iwan Reaz. Jika entri sebelum ini aku ada promote novel saudara Iwan yang bertajuk Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brrr.. Sejuknya Salji.

Auta Face ni merupakan sebuah filem pendek yang diarahkan oleh saudara Iwan Reaz dengan kerjasama MYSA  Temple University Philadelphia, US. 


Sinopsis : 

Satu entiti yang digelar Auta Face mengejar sekumpulan pelajar di Philly. Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Auta Face? Berjayakah pelajar tersebut melarikan diri dari Auta Face?


Selamat Menonton


Auta Face Part 1

Auta Face Part 2


Semoga Terhibur..


Saturday, September 15, 2012

KERJA SAMBIL BELAJAR


Assalamualaikum.

Entri kali ini aku nak kongsikan dua benda yang utama iaitu :


(1)
BEKERJA

(2)
BELAJAR


Bekerja dan belajar mempunyai istilah yang berbeza dari segi makna dan tafsirannya.  Ejaaannya pun berbeza kan? Dekad kini ramai pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi yang bekerja sambil belajar. Katanya mahu menambah pendapatan. Bukan semua pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi asal dari keluarga yang berada. Ada sesetengah asal dari keluarga yang susah dan mungkin atas alasan itu mereka mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan.

Bekerja sambil belajar adalah satu perkara yang tidak semua orang dapat melakukannya. Mana tidaknya untuk membahagikan dua perkara dalam satu masa. Setiap orang memiliki kemampuan dan tenaga yang berbeza. Namun kunci untuk menjadi berjaya takkan hanya dilakukan oleh orang yang hanya melakukan hal yang biasa-biasa saja. Dalam erti kata lain jika ingin menjadi orang biasa lakukanlah hal yang biasa-biasa saja, dan jika ingin menjadi orang yang luar biasa lakukanlah hal yang luar biasa. 
Semakin banyak yang kita lakukan semakin banyak yang akan kita dapatkan.

Kita sepatutnya sentiasa berbisik pada hati kita untuk sentiasa hidup berdikari, iaitu tidak terlalu bergantung dan asyik meminta-minta kepada ibu bapa kita. Justeru kita sepatutnya dapat membantu mereka serba sedikit. Bekerja dalam belajar harus diseimbangkan kerana bekerja dan belajar keduanya adalah bentuk ibadah yang sangat mulia. Terlebih ketika kita menggunakan nafkah atau harta yang kita dapatkan untuk menuntut ilmu dan membantu kedua ibu bapa kita. Memang sebaiknya agar dapat memaksimumkan dalam pelajaran, jadi pilihlah pekerjaan-pekerjaan separuh masa yang tidak terlalu memakan masa yang banyak.

Panduan Bekerja Sambil Belajar :
1.      Harus Bijak Membahagikan Masa,
 - Ketika bekerja haruslah bekerja, ketika belajar haruslah belajar, jangan sampai ketika belajar kita      memikirkan hal pekerjaan dan begitu juga sebaliknya. Membagi waktu dan tumpuan antara belajar dan bekerja memang sulit. Namun cubalah mengerjakan sesuatu pada tempatnya dan pilihlah mana yang harus dahulukan  yang paling utama.
2.      Gunakan Waktu Lapang Sebaik Mungkin,
- Haruslah bijak mengisi waktu senggang ketika habis waktu kerja dengan mengulang kali pelajaran tidak kira di mana jua tempatnya.
3.      Manfaatkan Setiap Saat  Ketika Musim Peperiksaan,
- Jika sedang meghadapi musim peperiksaan dan pada waktu yang sama kita harus bekerja maka kita perlu manfaatkan setiap saat untuk membaca nota ringkas yang dibuat terlebih dahulu. Jadi senang untuk kita mengulang kaji pelajaran walaupun sedang bekerja.

Namun tetap pada intinya yang mampu mengukur tahap kemampuan diri sendiri, cuba tekadkan dari sekarang. Jika kita merasa mampu menjalani keduanya maka jalankanlah dengan tetap mempertimbangkan baik dan buruknya juga.
Kepada pelajar di luar sana yang membuat kerja sambilan aku tabik pada kamu semua kerana aku sendiri tidak mampu untuk bekerja sambil belajar. Yang mampu aku buat hanya menulis, dapatlah menampung pendapatan walaupun tidak tetap bayarannya.
Inilah kerja sampinganku - MENULIS

PUISI UNTUK RAKYAT KELANTAN

Assalamuaikum.


Petang yang redup dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Aku duduk sila di meja kerjaku sambil mencoretkan sesuatu di dada komputer ribaku. Tetiba hatiku getus mahu dihiburkan. Jemariku galak membuka laman youtube lantas menekan butang aksara pada papan kekunci komputer ribaku. 
Tanpa  disengajakan  muncul satu frasa oki setiana dewi pada paparan laman youtube. Mataku terus terpandang pada paparan yang bertajuk puisi oki setiana dewi - seindah namamu

Tanpa paksaan jariku membuka paparan tersebut dan telingaku bergegas mengambil tugas. Ku hayati bait-bait puisi itu dengan penuh minat. Setelah ku renung dalam-dalam maksud dibalik seindah namamu adalah puisi khas yang dicoret oki setiana dewi untuk rakyat kelantan.


"Ambo Banggo Jadi Rakyat Kelate!"




Friday, September 14, 2012

AKU DAN PENA

Assalamualaikum.

"Aku dan penaku"



Kali ini aku akan berkongsi berkaitan dengan penglibatan aku dalam dunia penulisan kreatif.

Sepanjang hidupku tidak pernah pun sampai bermimpi untuk menjadi seorang penulis. 
Tetapi bermula hujung tahun 2011 aku mula berjinak-jinak menulis. 
Bermula dengan puisi  aku mula berminat untuk menulis.
Aku lebih cenderung dalam penulisan SAJAK mungkin kerana aku menjadikan S.N A. Samad Said, S.N Usman Awang , S.N Datuk Dr Kemala dan juga dr Maza sebagai idola dalam bidang penulisan.
Namun aku juga menulis cerpen dan juga mencuba untuk menulis novel.

SAJAK NUKILANKU (46 Sajak)
Alasan, Angka Keramat, Atas Kuli Bawah, Balada Buat Sang Diksi, Beza, Binasa, Bingkisan, Buat Yang Terleka, Cakna, Carta Hati, Cinta Buku Kita, Delusi Bonda, Destinasi, Dian, Dianku Abadi, Dimensi, Dunia Akhir Usia, Falsafah Tinta, Figura Semata, Gapai Impi, Gelora Tragis, Gemar, Harapan Ihsan, Hela, Illusi Fana, Inspirasi Abadi, Begitu Begini, Jangan Pernah Menyesal, Jurang Sistem, Langkah Cahaya, Lelaki Asuhan Tarbiah, Merah Cinta, Nilaian Sebuah Metafora, Nur Ramadhan, Purnama, Tabik Pada Raja, Rajuk Sang Hati, Resah Dilema, Sepi Pena, Silam, Sinar Buat Yang Benar, Suara, Tulisan, Watak, Yang Sedang, Yang Terasing.

CERPEN NUKILANKU (15 Cerpen)
Salah Menduga, Dian, Genggamlah Tangan Ini, Jauhnya Syurga, Kasih Tak Bersyarat, Melakar Pelangi, Metafora Puisi, Derita Hati Seorang Tua, Sejarak Dua Jari, Semalu, Sepi Angin Ke Philly, Seputih Salji, Shahril, Sahaja Aku MencintaiMu, Shahir & Melodi, Syazwan & Syafie.

NOVEL
Nota Melodi - Sedang ditulis

Itulah serba sedikit perkembangan terbaru aku dan penaku.










Thursday, September 13, 2012



Sedingin salju yang diimpikan
       Membawa sinar harapan
Tuk terus melangkahkan
      Kaki menuju suara impian…