TENTERA TINTA

Flag Counter

Saturday, July 22, 2017

RAMADAN


Skrip Pentomin sempena bulan ramadan.
SKRIP OLEH : Hang Nadim 2014©

Babak 1
(Syair 1)
Tersebutlah kisah di suatu masa
Kisah terjadi di bulan puasa
Ahmad Ramadan empunya nama
Setiap lakunya ganjaran utama
(Latar di ruang tamu. Ahmad Ramadan sedang menonton televisyen. Ibu Ahmad Ramadan datang dari arah dapur)
Ibu
Adan, tolong ibu pergi ke kedai kejap?
Hitam
Tak payah pergi Adan. Ibu kau saja nak dera kau tu. Kau kan puasa nanti letih macam mana? baik kau tengok tv lagi bagus.
Ramadan
Ala ibu ni Adan tengah tengok cerita Laksamana Ha Hi Hu ni.
Ibu
Tolonglah ibu kejap. Ibu nak masak untuk berbuka puasa petang ni.
Ramadan
Ibu, Adan kan puasa. Kalau Adan penat macam mana? Ibu jugak yang susah nak bawa Adan ke hospital. Ibu pergilah sendiri.
Putih
Astafirullah al azim. Tak baik kau lawan cakap ibu kau. berdosa.
Hitam
Jangan kau dengar cakap si putih tu. Dia pun tak puasa. Ada hati nak nasihat orang.
Putih
Adan. Ikutlah kata imanmu. Jangan kau tunduk pada nafsu yang palsu lagi menipu itu.
Hitam
Eleh si putih ni menyibuk pulak. Kau pergilah ke kedai tu Adan. Tapi kau mesti mintak upah dengan ibu kau.
Ramadan
Adan boleh pergi ke kedai tapi ibu mesti bagi upah ye.
Ibu
Adan., Adan., Asyik mintak upah aje. Puasa pun berupah. Tolong ibu pun nak upah jugak.

Babak 2
(Syair 2)
Pergi ke kedai diarah si ibu
Niat tak ikhlas akal berlagu
Upah dambaan hala dan tuju
Buat ganjaran pada si nafsu
(Latar di jalan. Perjalanan Ramadan menuju ke kedai Pak Suib. Dalam perjalanan Ramadan terserempak dengan seorang budak sedang makan aiskrim)
Ramadan
Ish, Panasnya. Menyesal pulak aku setuju tadi. Kalau aku tahu macam ni lebih baik aku tengok tv aje.
Hitam
Kau tak payah risau sangat. Nanti balik kau akan dapat upah. Ingat, upah! upah!
Ramadan
Betul juga tu. Aku akan dapat upah dari ibu. Bolehlah aku beli mercun. Wah, untungnya!
Hitam
Betul tu. Kau akan untung. Untung besar habaq hang.
Putih
Jangan begitu Adan. Kau mesti ikhlas bila buat sesuatu.
Hitam
Kalau kau ikhlas apa yang kau dapat? Tarapapa hey..
Ramadan
Dahaganya aku. Kalau dapat makan aiskrim kan bagus.
Hitam
Kau nampak tak budak yang tengah makan aiskrim tu? Kau belilah satu. Kau kan dahaga tu.
Putih
jangan!

Babak 3
(Syair 3)
Tibalah dia ke destinasi
Dugaan perangkap masih menanti
Tersilap langkah puasanya mati
Hapus amalan pahala ukhrawi
(Latar di kedai Pak Suib. Ahmad Ramadan membeli barang yang disenaraikan oleh ibunya. Hitam masih menggoda Ahmad Ramadan dan Putih masih setia menasihati Ahmad Ramadan supaya tidak tergelincir puasanya)
Hitam
Kau Nampak tak aiskirim tu? Sedap. Kau tak nak cuba ke aiskrim metrobot yang terbaru ni?
Putih
Sabar Adan. Kau jangan dengar cakap si hitam. Kau kan dah janji nak puasa penuh tahun ni.
Hitam
Ala kau ambik je satu. Ibu kau bukan tahu pun kalau kau tak puasa.
Putih
Ibu kau memang tak tahu. Tapi kalau Pak Suib cakap dengan ibu kau macam mana? Lagipun Allah nampak apa yang kau buat tu.
Ramadan
Betul jugak tu. Kalau Pak Suib mengadu dekat ibu aku matilah aku tak dapat upah puasa. (monolog)
Ramadan
Berapa semua ni Pak Cik?
Pak Suib
Gula, minyak, bawang, garam semuanya RM 10. (Gaya lembut)

Babak 4
(Syair 4)
Dugaan ditepis berjaya hindari
Tapi sayangnya demi nafsi-nafsi
Upah matlamat setia dihati
Jauh lagi keiklasan diri
(Latar di jalanan. Perjalanan Ramadan pulang ke rumah samil membimbit barang pesanan ibunya. Tiba di kawasan lapang dua orang sedang bergaduh)
Saudara 1
Eh, kau buat apa di sini. Ini bukan tempat kau. Kau tak layak berada disini. Tempat kau kat sana tu. Tempat sampah!
Saudara 2
Ini tempat awam. Apa hak kau nak halang aku?
Saudara 1
Eleh berlagak pulak budak miskin ni. Dahlah baju bertampal-tampal, ada hati nak lawan aku. Sedih la kau ni. Sedih!
Saudara 2
Kenapa kau tak puasa? Kau sihat lagi bukannya sakit.
Saudara 1
Suka hati aku lah. Aku mampu nak beli aiskrim ni. Bapak aku kaya-raya. Bukan macam kau kutip sampah je. Nah ambik kau makan sisa aku ni. (sambil mencampakkan asikrim ke tanah)
Saudara 2
Tak elok kau membazir makanan. Kau tahu tak dekat palestin sana susah betul nak dapat makanan. Kau ni tak bersyukur langsung bila Allah dah bagi nikmat.
Saudara 1
Malaslah aku nak layan kau budak sampah, lebih baik aku balik main permainan video menembak lagi seronok daripada layan cerita palestin mengarut kau tu.
Saudara 2
Ya Allah. Bukakanlah pintu hati hamba-Mu yang seorang ini untuk kembali ke jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa.

Babak 5
(syair 5)
Satu peristiwa dua saudara
Menjadi saksi mata telinga
Bertunas insaf terbit dijiwa
Ganjaran ditolak ikhlas berbunga
(Latar rumah. Ahmad Ramadan pulang ke rumah dengan penuh keinsafan)
Ibu
Nah, ambillah upah kamu ni.
Hitam
Apa lagi Adan. Kebas aje la. Untung besar ma.
Putih
Ingat Adan. Kau dah cukup untung hidup aman. Sedangkan di palestin nak makan pun susah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan.
Ramadan
Tak apalah ibu. Adan tak nak upah tu. Adan ikhlas tolong ibu. Satu lagi Adan janji akan puasa penuh bukan semata-mata untuk upah tetapi ikhlas kerana Allah.
Ibu
Baguslah macam tu Adan. Mak bangga ada anak macam Adan.
(Hitam keluar perlahan-lahan kecewa hampa. Putih tersenyum riang gembira)
-TAMAT-

Saturday, January 21, 2017

RAMALAN ANUGERAH JUARA LAGU 31

Assalamualaikum

Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 semakin hampir. Ramai antara peminat muzik tempatan telah membuat ramalan mereka masing-masing terhadap lagu-lagu yang bertanding.Jadi aku juga ingin melakukan ramalan berdasarkan kekuatan lagu itu sendiri.

Lagu-Lagu Bertanding:

(1)
Image result for poster ajl 31

(2)
Image result for poster ajl 31

(3)
Image result for black anugerah terindah poster ajl

(4)
Image result for black anugerah terindah poster ajl

(5)
Image result for black anugerah terindah poster ajl

(6)
Image result for poster ajl 31

(7)
Image result for poster ajl 31

(8)
Image result for poster ajl 31

(9)
Image result for poster ajl 31

(10)
Image result for poster ajl 31

(11)
Image result for poster ajl 31

(12)
Image result for poster ajl 31

dan ramalan pemenangnya :

Persembahan Terbaik
Image result for black anugerah terindah poster ajl
(apa2pun terpulang kepada persembahan pada malam final. 
Ini hanya ramalan aku semata.)

Vokal Tebaik
Image result for poster ajl 31
(Ini hanya ramalan aku berdasarkan kekuatan vokal Yabang.
Persaingan sengit : Hafiz Suip & Misha Omar, Dayang Nur Faizah, Black)

Lagu Tempat Ketiga
Image result for poster ajl 31

Lagu Tempat Kedua 
Image result for poster ajl 31

Lagu Juara
Image result for black anugerah terindah poster ajl

u/p : Betul atau tidak ramalan ini sama2 kita tunggu malam anugerah sebenar. Ramalan AJL tahun lepas hanya 1 lagu yang mengena. Harap2 tahun ini semua lagu ramalan aku mengenalah. Mudah2an lagu bermesej kerohanian akan menang. Insya-Allah.

Wednesday, January 4, 2017

LAGU NASYID TERBAIK 2016

Assalamulaikum.
Seperti tahun-tahun sudah aku akan senaraikan lagu nasyid terbaik sepenjang tahun 2016. 
Berikut merupakan 20 lagu nasyid terbaik tahun 2016 yang dinilai berdasarkan kekuatan lagu, lirik, vokal dalam lagu dan juga pencapaian dalam carta nasyid tempatan. 

1. AJARKAN AKU SETIA - AL MANNA FT USTAZ ELYAS ISMAIL
SENILAGU : BAZLI UNIC
SENIKATA : ATIE
Image result for ajarkan aku setia
________________________________________

2. JANGAN BIMBANG - THE MUHIBBAINS FT ALTIMET, BABA ANDY & DAN LOKA
SENILAGU : ADEEP NAHAR
SENIKATA : ADEEP NAHAR & ALTIMET
Image result for jangan bimbang
________________________________________

3. #SURATCINTA - IN TEAM
SENILAGU : 
SENIKATA : 
Image result for in team surat cinta
________________________________________

4. KALAH DALAM MENANG - MAWI FT SYAMSUL YUSOF
SENILAGU : SYAMSUL YUSOF
SENIKATA : SYAMSUL YUSOF & DR. ANWAR FAZAL
Image result for mawi ft syamsul yusof kalah dalam menang
________________________________________

5. ADAM - FAIZAL TAHIR
SENILAGU : FAIZAL TAHIR, YASIN SULAIMAN & MIKE CHAN
SENIKATA : FAIZAL TAHIR, YASIN SULAIMAN & MIKE CHAN
Image result for faizal tahir
________________________________________

6. KITA DA'I - UNIC FT HAZAMIN IN TEAM, HAFIZ HAMIDUN, SUHAIMI SAAD & RAZIN MESTICA
SENILAGU : BAZLI UNIC
SENIKATA : AHMAD FETRI YAHYA
Image result for kita da'i
________________________________________

7. SEINDAH SABAR - UNIC 
SENILAGU : BAZLI UNIC
SENIKATA : AHMAD FETRI YAHYA
Image result for seindah sabar unic
________________________________________

8. DIA PENENTU SEGALANYA - DESTINY 
SENILAGU : G-NOLA
SENIKATA : MURSAD 
Image result for destiny nasyid dia penentu segalanya
________________________________________

9. HANYA DIA - RAQIB MAJID
SENILAGU : 
SENIKATA : 
Image result for raqib majid
________________________________________

10. GARIS TAKDIR - FITRI HARIS
SENILAGU : HARIS ISA
SENIKATA : HARIS ISA
Image result for fitri haris garis takdir

________________________________________

11. HAI ANAK - HALIM AHMAD
SENILAGU : HALIM AHMAD
SENIKATA : HALIM AHMAD
Image result for halim ahmad hai anak

________________________________________

12. MANUSIA SEMPURNA - AWI RAFAEL FT AYAI ILUSI
SENILAGU : AWI RAFAEL
SENIKATA : AWI RAFAEL
Image result for awi rafael ayai

________________________________________

13. DIA CAHAYA - TUAH SAJA
SENILAGU : AKMAL MIRWANA
SENIKATA : AKMAL MIRWANA & ENCIK MATTAO
Image result for tuah saja

________________________________________

14. ALHAMDULILLAH - WANI FT JUZZTHIN
SENILAGU : DJ FUZZ & RAQIB MAJID
SENIKATA : ADIK VIRAL & ZIZI
Image result for wani juzzthin alhamdulillah

________________________________________

15. FATWA HATI - NOWSEEHEART FT JAY JAY
SENILAGU : AZAHARI NOWSEEHEART
SENIKATA : IDZHAR NOWSEEHEART
Image result for nowseeheart

________________________________________

16. DEMI CINTA - BROTHERS
SENILAGU : 
SENIKATA :
Related image
________________________________________

17. CINTA SIDNA - SUHAIMI SAAD
SENILAGU : HAFIZ HAMIDUN
SENIKATA : ITO LARA
Image result for suhaimi saad cinta sidna

________________________________________

18. PANGGILANMU - CARAVAN OF PRAISE
SENILAGU : BABA ANDY & ERWAN THE MUHIBBAINS
SENIKATA : BABA ANDY & ERWAN THE MUHIBBAINS
Image result for panggilanmu caravan of praise


________________________________________

19. ANA MUSLIM - SIMFONI
SENILAGU : IMTIAZ SIMFONI
SENIKATA : IMTIAZ SIMFONI
Image result for simfoni nasyid ana muslim

________________________________________

20. INSAN TERISTIMEWA - MASRIEZAN MASRI
SENILAGU : MASRIEZAN MASRI
SENIKATA : MASRIEZAN MASRI
Image result for masriezan masri insan teristimewa


Tuesday, December 27, 2016

DAKWAH; UNTUK SEMUA & PERANAN SEMUA

Dakwah itu satu perkara yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam islam bagi menyebarkan dakwah islamiah mahupun gerak kerja tarbiah ke arah kebaikan dengan syarat orang yang mahu melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiah ini haruslah memiliki cukup ilmu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan duniawi mahupun ukhrawi agar fahaman yang dibawa itu tidak mengelirukan orang yang menerima dakwah itu.  
Image result for dakwah            Ramai yang terkeliru syarat untuk berdakwah mestilah diletakkan dibahu ustaz dan ustazah sahaja dan tempat pula hanyalah terhad kepada pusat-pusat ibadah sahaja. Sebenarnya tugas berdakwah merupakan tanggungjawab bersama. Setiap yang bernyawa dan mempunyai akal fikiran yang waras yakni manusia di atas muka bumi ini mempunyai tanggungjawab yang cukup besar. Selagi kita bernama manusia yakni selagi kita menghela nafas dalam kalimah ‘la ilaha illalah’ maka tugas amar makruf nahi mungkar secara automatik tergalas dibahu kita.
Dakwah tanggungjawab siapa?
Islam itu mudah. Cukup sekadar kita melakukan perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Berdakwah bukan sehingga memudaratkan diri dan keluarga. Ramai yang salah tafsir tentang konsep dakwah sebanarnya kerana bagi mereka berdakwah itu perlu keluar berbulan-bulan sehingga ada yang lupa tanggungjawab terhadap keluarga. Itu salah sebenarnya, cukup sekadar apa yang kita termampu.
            Menyebar kebaikan tanggungjawab semua bukan sekadar tanggungjawab individu tertentu sahaja. Dalam erti kata lain semua pihak berperanan dalam mengalas tugas menyebar kebaikan. Oleh itu, setiap apa kebaikan yang dilakukan itu sudah pasti saham kemuliaan akan dikecapi oleh individu atau pihak tertentu yang mengambil tanggungjawab mengalas gerak kerja dakwah seumpamanya. Walau sekecil manapun kebaikan yang dilakukan sudah pastinya akan diberi ganjaran pahala. Waima, agama manapun di dunia ini mengajar umatnya untuk melakukan kebaikan serta menegah umatnya melakukan kemungkaran. Justeru, tiada alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab dakwah.
Apa kita boleh buat?
Tiada syarat untuk melakukan kebaikan yakni semua yang bernama manusia layak menerima dan memberi kebaikan dan semulia manusia adalah manusia-manusia yang banyak memberi kebaikan. Dalam tidak sedar sebenarnya banyak kebaikan yang boleh kita buat untuk membantu gerak kerja dakwah dalam kehidupan seharian kita. Cuma selama ini kita tidak tahu caranya sahaja. Nabi pernah berpesan sampaikan dariku walaupun satu ayat. Lihat betapa senang untuk kita menambah amal kebaikan walaupun dengan hanya mengajarkan orang lain satu perkara kecil yang berfaedah dan apa yang kita ajarkan itu diamalkan maka ganjaran pahala itu berterusan mengalir buat kita.
Tidak kira siapa pun kita selagi hayat dikandung badan sudah pasti kita mampu lakukan sesuatu untuk membantu gerak kerja dakwah. Bermula dengan diri sendiri kita amalkan ajaran islam dengan sebaiknya iaitu dengan melakukan suruhan Allah swt dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Itu merupakan permulaan yang baik buat kita meneruskan langkah yang seterusnya iaitu menyebar kebaikan. Untuk menyebar kebaikan terlebih dahulu kita mesti beramal dengan kebaikan.
Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menyebar kebaikan sebenarnya dan salah satu daripadanya adalah dengan memperbetulkan yang salah. Sebagai contoh, kita boleh menegur orang sekeliling kita dengan memperbetulkan kesilapan mereka. Menegur di sini bukanlah menegur secara kasar tetapi kita perlu menegur secara berhikmah agar yang menerima teguran itu tidak akan terasa hati. Begitulah yang sebaiknya bukan kerana dalam ghairah kita melakukan kebaikan jangan pula lupa pada tatasusila.
Kesimpulan
Melakukan kebaikan itu adalah tuntutan manakala menyebar kebaikan itu pula keperluan. Setiap kebaikan yang dilakukan ataupun disebarkan itu adalah merupakan cabang dakwah yang dituntut dalam islam malahan sememangnya menjadi keperluan dalam masyarakat kita. Dakwah untuk semua dan peranan semua jadi tiada istilah bahawa tugas berdakwah itu merupakan tanggungjawab orang tertentu sahaja. Kita semua ialah da’i yang bertanggungjawab menyebar kebaikan terhadap orang sekeliling kita dengan syarat selagi mana di garis yang benar maka selagi itulah dakwah akan terus bersinar.              

Tuesday, December 20, 2016

JANGAN BIMBANG.., PUJUKLAH HATI!

Kecewa itu hati yang terseliuh. Selagi kita bernama manusia pastinya sudah beribu-ribu kali hati kita terseliuh. Bagaimana cara merawat hati yang terseliuh? Jika anggota fizikal yang terseliuh mungkin senang untuk kita ubatkan di tempat yang terseliuh itu. Ini hati yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga dengannya. Segumpal darah yang bernama hati itu sifatnya begitu sensitif dan lembut seperti lembutnya tisu. Maka haruslah bijak kita menguruskannya agar tidak membawa kepada putus asa.Image result for patah hati
Kebiasaannya apabila datang kecewa kita akan terus mudah berputus asa tanpa berani bangkit semula daripada rasa kekecewaan itu. Apabila sudah berputus asa itu maknanya keadaan hati kita sudah parah atau sinonimnya kita gelarkan sebagai patah hati. Pepatah ada mengatakan mencegah itu lebih baik daripada merawat jadi rawatlah hati itu sebelum parah dengan menjadi pahlawan patah hati.

Pahlawan Patah Hati.
Menjadi pahlawan patah hati bermaksud kita sendiri yang bertindak sebagai jururawat bagi merawat kekecewaan sendiri. Dengan cara ini, secara tidak langsung mampu meringankan beban tekanan daripada terus bersarang utuh dalam hati kita yang kelamaan akan menjadi rapuh jika dibiarkan begitu saja. Oleh itu, tindakan yang sepatutnya perlu dilakukan iaitu dengan menipu hati kita sendiri. Bagaimana kita boleh menipu hati?
Dalam konteks ini menipu yang dimaksudkan lebih kepada memujuk. Apabila hati diundang kecewa sudah pasti kebimbangan akan menguasai diri jadi bagi memahat rasa bimbang yang terpatri maka saat inilah hati itu perlu dipujuk dengan kata-kata semangat yang padu sebagai senjata untuk menipu hati yang dilanda badai gusar itu.
Dalam situasi diselubungi oleh masalah sudah pastinya perasaan sedih dan kecewa yang menjengah jadi inilah gunanya peranan ‘pujuk hati’ agar minda beralih daripada asyik memikirkan hal kecewa yang akan membawa kepada kebimbangan yang melampau sehingga kepada putus asa. Katakan pada hati “jangan bimbang, teruskan hidup, jangan mengalah!”.
Sekurang-kurangnya hati akan sedikit lega apabila dipujuk dengan kata-kata semangat sebagai meredakan rasa kecewa. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada membuat keputusan secara emosional. Justeru, segala masalah dapat dihadapi dengan pertimbangan rasional dan amat signifikan bagi mereka yang sedang berhadapan dengan masalah untuk menjadi seorang pahlawan patah hati.

Tenangkan Hati, Jangan Bersedih.
Image result for senyum
Setiap masalah yang dihadapi sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma bergantung kepada setiap individu untuk menangani dengan bagaimana cara sekalipun namun harus diingat langkah pertama yang harus dilakukan iaitu dengan memujuk hati. Walau sebesar mana pun kecewa yang sedang menghuni hati kita bukan bermakna kita perlu terus bersedih dan berputus asa. Ingatlah bahawa itu hanyalah akalan yang bakal melemahkan langkah kita untuk terus bangkit berjuang meneruskan kehidupan yang penuh warna-warni lagi untuk kita. Maka, ayuhlah sama-sama tenangkan hati dan lepaskan segala kesedihan.
Apabila kesedihan itu sudah reda barulah setiap keputusan yang dilakukan akan dilakukan dengan lebih rasional tanpa dipengaruhi oleh emosional yang melampau-lampau. Jadi jangan bimbang, pujuklah hati!

Wednesday, November 2, 2016

GURINDAM HIDUP BAHAGIA

Kalau hidup berpaksi iman,
Pasti terisip reda Tuhan.

Kalau hidup kasihkan Rasul,
Kelak syafaat akan menyusul.

Kalau hidup taat abi dan umi,
Kasih Allah pasti bersemi.

Kalau hidup berkasih sayang,
Ikatan keluarga tiada goyang.

Kalau hidup rajin mencari,
Penuhlah ilmu dalam diri.

Kalau hidup menepati masa,
Segala urusan tidak tergesa.

Kalau hidup bercakap benar,
Pasti redup niat yang onar.

Kalau hidup gemar memberi,
Rezeki bertambah demi hari.

Kalau hidup berbaik sangka,
Ke mana-mana orang pun suka.

Kalau hidup manis bicara,
Tidaklah sesat dalam kembara.

Kalau hidup menabur bakti,
Dikenang-kenang sehingga mati.

Kalau hidup mengenang budi,
Dalam ingatan kekal abadi.

Sunday, August 28, 2016

KARYA CILIK 5.0


Saya mempunyai seekor kucing. Nama kucing saya ialah Si Comot. Walaupun namanya comot tetapi dia sangat comel. Si Comot mempunyai ekor yang panjang, bulu berwarna putih dan hitam serta sepasang mata yang berwarna biru bersinar. Si Comot sangat cerdik dan manja dengan saya. Apabila dipanggil namanya, dia akan segera dating. Pada waktu malam dia akan tidur bersama saya di atas katil. Si Comot sangat menggemari nasi yang digaul dengan ikan goreng. Dia akan makan dengan berselera sehingga habis.
   Pada suatu hari, saya membawa Si Comot berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan rumah saya. Si Comot sangat gembira melihat telatah Si Comot. Tiba-tiba tali yang mengikat Si Comot di tangan saya terlepas. Saya lihat Si Comot  berlari dengan pantas terus masuk ke dalam semak di taman itu. Saya memanggil Si Comot supaya dia keluar dari semak itu tetapi tiada jawapan. Saya terus memanggil nama Si Comot dengan lebih kuat tetapi Si Comot masih tidak keluar. Saya berasa sangat sedih pada masa itu seperti mahu menangis.
  Saya meneruskan usaha mencari Si Comot di sekeliling taman itu namun gagal menjumpainya. Saya pulang ke rumah menunggu ayah dan ibu saya pulang. Apabila ayah dan ibu saya pulang, saya menceritakan tentang kehilangan Si Comot. Ayah memanggil kakak dan abang supaya menolong saya mencari Si Comot di taman. Selepas itu, saya dan keluarga mencari Si Comot. Saya berasa sedih sehingga menangis. Ibu menasihati saya supaya bersabar dan berdoa agar Si Comot segera dijumpai. Ayah bertanya kepada orang ramai di taman itu jika ternampak Si Comot.
   Ayah berusaha mencari  hingga penghujung taman. Tiba-tiba ayah ternampak seorang pemuda yang sedang bermain-main dengan seekor kucing lalu ayah menghampirinya. Kemudian ayah bertanya kepada pemuda itu dimana dia menjumpai kucing itu. Pemuda itu berkata kucing itu dijumpai di dalam semak. Ayah menerangkan bahawa kucing itu adalah kepunyaan anaknya yang lari ke dalam semak. Pemuda itu menyerahkan Si Comot kepada ayah dan meminta maaf. Ayah tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.

  Ayah memanggil kami dan menyerahkan Si Comot kepada saya. Saya berasa gembira dan bersyukur apabila Si Comot sudah dijumpai. Saya berterima kasih kepada ayah, ibu, abang dan kakak kerana menolong mencari Si Comot. Kami pulang ke rumah dengan hati yang gembira.