Skrip Pentomin sempena bulan ramadan.
SKRIP OLEH : Hang Nadim 2014©
SKRIP OLEH : Hang Nadim 2014©
Babak 1
(Syair 1)Tersebutlah kisah di suatu masa
Kisah terjadi di bulan puasa
Ahmad Ramadan empunya nama
Setiap lakunya ganjaran utama
Adan, tolong ibu pergi ke kedai kejap?
Hitam
Tak payah pergi Adan. Ibu kau saja nak dera kau tu. Kau kan puasa nanti letih
macam mana? baik kau tengok tv lagi bagus.
Ramadan
Ala ibu ni Adan tengah tengok cerita Laksamana Ha Hi Hu ni.
Ibu
Tolonglah ibu kejap. Ibu nak masak untuk berbuka puasa petang ni.
Ramadan
Ibu, Adan kan puasa. Kalau Adan penat macam mana? Ibu jugak yang susah nak
bawa Adan ke hospital. Ibu pergilah sendiri.
Putih
Astafirullah al azim. Tak baik kau lawan cakap ibu kau. berdosa.
Hitam
Jangan kau dengar cakap si putih tu. Dia pun tak puasa. Ada hati nak nasihat
orang.
Putih
Adan. Ikutlah kata imanmu. Jangan kau tunduk pada nafsu yang palsu lagi
menipu itu.
Hitam
Eleh si putih ni menyibuk pulak. Kau pergilah ke kedai tu Adan. Tapi kau
mesti mintak upah dengan ibu kau.
Ramadan
Adan boleh pergi ke kedai tapi ibu mesti bagi upah ye.
Ibu
Adan., Adan., Asyik mintak upah aje. Puasa pun berupah. Tolong ibu pun nak upah
jugak.
(Syair 2)
Pergi ke kedai diarah si ibu
Niat tak ikhlas akal berlagu
Upah dambaan hala dan tuju
Buat ganjaran pada si nafsu
Ish, Panasnya. Menyesal pulak aku setuju tadi. Kalau aku tahu macam ni lebih
baik aku tengok tv aje.
Hitam
Kau tak payah risau sangat. Nanti balik kau akan dapat upah. Ingat, upah!
upah!
Ramadan
Betul juga tu. Aku akan dapat upah dari ibu. Bolehlah aku beli mercun. Wah,
untungnya!
Hitam
Betul tu. Kau akan untung. Untung besar habaq hang.
Putih
Jangan begitu Adan. Kau mesti ikhlas bila buat sesuatu.
Hitam
Kalau kau ikhlas apa yang kau dapat? Tarapapa hey..
Ramadan
Dahaganya aku. Kalau dapat makan aiskrim kan bagus.
Hitam
Kau nampak tak budak yang tengah makan aiskrim tu? Kau belilah satu. Kau kan
dahaga tu.
Putih
jangan!
(Syair 3)
Tibalah dia ke destinasi
Dugaan perangkap masih menanti
Tersilap langkah puasanya mati
Hapus amalan pahala ukhrawi
(Latar di kedai Pak Suib. Ahmad Ramadan membeli barang yang disenaraikan oleh ibunya. Hitam masih menggoda Ahmad Ramadan dan Putih masih setia menasihati Ahmad Ramadan supaya tidak tergelincir puasanya)
Kau Nampak tak aiskirim tu? Sedap. Kau tak nak cuba ke aiskrim metrobot yang
terbaru ni?
Putih
Sabar Adan. Kau jangan dengar cakap si hitam. Kau kan dah janji nak puasa
penuh tahun ni.
Hitam
Ala kau ambik je satu. Ibu kau bukan tahu pun kalau kau tak puasa.
Putih
Ibu kau memang tak tahu. Tapi kalau Pak Suib cakap dengan ibu kau macam mana?
Lagipun Allah nampak apa yang kau buat tu.
Ramadan
Betul jugak tu. Kalau Pak Suib mengadu dekat ibu aku matilah aku tak dapat
upah puasa. (monolog)
Ramadan
Berapa semua ni Pak Cik?
Pak
Suib
Gula, minyak, bawang, garam semuanya RM 10. (Gaya lembut)
(Syair 4)
Dugaan ditepis berjaya hindari
Tapi sayangnya demi nafsi-nafsi
Upah matlamat setia dihati
Jauh lagi keiklasan diri
(Latar di jalanan. Perjalanan Ramadan pulang ke rumah samil membimbit barang pesanan ibunya. Tiba di kawasan lapang dua orang sedang bergaduh)
Eh, kau buat apa di sini. Ini bukan tempat kau. Kau tak layak berada
disini. Tempat kau kat sana tu. Tempat sampah!
Saudara
2
Ini tempat awam. Apa hak kau nak halang aku?
Saudara
1
Eleh berlagak pulak budak miskin ni. Dahlah baju bertampal-tampal, ada hati
nak lawan aku. Sedih la kau ni. Sedih!
Saudara
2
Kenapa kau tak puasa? Kau sihat lagi bukannya sakit.
Saudara
1
Suka hati aku lah. Aku mampu nak beli aiskrim ni. Bapak aku kaya-raya.
Bukan macam kau kutip sampah je. Nah ambik kau makan sisa aku ni. (sambil
mencampakkan asikrim ke tanah)
Saudara
2
Tak elok kau membazir makanan. Kau tahu tak dekat palestin sana susah betul
nak dapat makanan. Kau ni tak bersyukur langsung bila Allah dah bagi nikmat.
Saudara
1
Malaslah aku nak layan kau budak sampah, lebih baik aku balik main
permainan video menembak lagi seronok daripada layan cerita palestin mengarut
kau tu.
Saudara
2
Ya Allah. Bukakanlah pintu hati hamba-Mu yang seorang ini untuk kembali ke
jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa.
(syair 5)
Satu peristiwa dua saudara
Menjadi saksi mata telinga
Bertunas insaf terbit dijiwa
Ganjaran ditolak ikhlas berbunga
Nah, ambillah upah kamu ni.
Hitam
Apa lagi Adan. Kebas aje la. Untung besar ma.
Putih
Ingat Adan. Kau dah cukup untung hidup aman. Sedangkan di palestin nak makan
pun susah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan.
Ramadan
Tak apalah ibu. Adan tak nak upah tu. Adan ikhlas tolong ibu. Satu lagi Adan
janji akan puasa penuh bukan semata-mata untuk upah tetapi ikhlas kerana Allah.
Ibu
Baguslah macam tu Adan. Mak bangga ada anak macam Adan.
(Hitam
keluar perlahan-lahan kecewa hampa. Putih tersenyum riang gembira)
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment