Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 semakin hampir. Ramai antara peminat muzik tempatan telah membuat ramalan mereka masing-masing terhadap lagu-lagu yang bertanding.Jadi aku juga ingin melakukan ramalan berdasarkan kekuatan lagu itu sendiri.
Lagu-Lagu Bertanding:
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)
(8)
(9)
(10)
(11)
(12)
dan ramalan pemenangnya :
Persembahan Terbaik
(apa2pun terpulang kepada persembahan pada malam final.
Ini hanya ramalan aku semata.)
Vokal Tebaik
(Ini hanya ramalan aku berdasarkan kekuatan vokal Yabang.
u/p : Betul atau tidak ramalan ini sama2 kita tunggu malam anugerah sebenar. Ramalan AJL tahun lepas hanya 1 lagu yang mengena. Harap2 tahun ini semua lagu ramalan aku mengenalah. Mudah2an lagu bermesej kerohanian akan menang. Insya-Allah.
Seperti tahun-tahun sudah aku akan senaraikan lagu nasyid terbaik sepenjang tahun 2016.
Berikut merupakan 20 lagu nasyid terbaik tahun 2016 yang dinilai berdasarkan kekuatan lagu, lirik, vokal dalam lagu dan juga pencapaian dalam carta nasyid tempatan.
1. AJARKAN AKU SETIA - AL MANNA FT USTAZ ELYAS ISMAIL
SENILAGU : BAZLI UNIC
SENIKATA : ATIE
________________________________________
2. JANGAN BIMBANG - THE MUHIBBAINS FT ALTIMET, BABA ANDY & DAN LOKA
SENILAGU : ADEEP NAHAR
SENIKATA : ADEEP NAHAR & ALTIMET
________________________________________
3. #SURATCINTA - IN TEAM
SENILAGU :
SENIKATA :
________________________________________
4. KALAH DALAM MENANG - MAWI FT SYAMSUL YUSOF
SENILAGU : SYAMSUL YUSOF
SENIKATA : SYAMSUL YUSOF & DR. ANWAR FAZAL
________________________________________
5. ADAM - FAIZAL TAHIR
SENILAGU : FAIZAL TAHIR, YASIN SULAIMAN & MIKE CHAN
SENIKATA : FAIZAL TAHIR, YASIN SULAIMAN & MIKE CHAN
________________________________________
6. KITA DA'I - UNIC FT HAZAMIN IN TEAM, HAFIZ HAMIDUN, SUHAIMI SAAD & RAZIN MESTICA
Dakwah
itu satu perkara yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam islam bagi
menyebarkan dakwah islamiah mahupun gerak kerja tarbiah ke arah kebaikan dengan
syarat orang yang mahu melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiah ini haruslah
memiliki cukup ilmu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan duniawi mahupun
ukhrawi agar fahaman yang dibawa itu tidak mengelirukan orang yang menerima dakwah
itu.
Ramai yang terkeliru syarat untuk
berdakwah mestilah diletakkan dibahu ustaz dan ustazah sahaja dan tempat pula
hanyalah terhad kepada pusat-pusat ibadah sahaja. Sebenarnya tugas berdakwah merupakan
tanggungjawab bersama. Setiap yang bernyawa dan mempunyai akal fikiran yang
waras yakni manusia di atas muka bumi ini mempunyai tanggungjawab yang cukup
besar. Selagi kita bernama manusia yakni selagi kita menghela nafas dalam
kalimah ‘la ilaha illalah’ maka tugas
amar makruf nahi mungkar secara automatik tergalas dibahu kita.
Dakwah tanggungjawab
siapa?
Islam itu mudah. Cukup sekadar kita melakukan perintah
Allah swt dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Berdakwah bukan sehingga
memudaratkan diri dan keluarga. Ramai yang salah tafsir tentang konsep dakwah
sebanarnya kerana bagi mereka berdakwah itu perlu keluar berbulan-bulan
sehingga ada yang lupa tanggungjawab terhadap keluarga. Itu salah sebenarnya,
cukup sekadar apa yang kita termampu.
Menyebar kebaikan tanggungjawab
semua bukan sekadar tanggungjawab individu tertentu sahaja. Dalam erti kata
lain semua pihak berperanan dalam mengalas tugas menyebar kebaikan. Oleh itu,
setiap apa kebaikan yang dilakukan itu sudah pasti saham kemuliaan akan
dikecapi oleh individu atau pihak tertentu yang mengambil tanggungjawab
mengalas gerak kerja dakwah seumpamanya. Walau sekecil manapun kebaikan yang
dilakukan sudah pastinya akan diberi ganjaran pahala. Waima, agama manapun di
dunia ini mengajar umatnya untuk melakukan kebaikan serta menegah umatnya
melakukan kemungkaran. Justeru, tiada alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab
dakwah.
Apa kita boleh buat?
Tiada syarat untuk melakukan kebaikan yakni semua yang
bernama manusia layak menerima dan memberi kebaikan dan semulia manusia adalah
manusia-manusia yang banyak memberi kebaikan. Dalam tidak sedar sebenarnya
banyak kebaikan yang boleh kita buat untuk membantu gerak kerja dakwah dalam
kehidupan seharian kita. Cuma selama ini kita tidak tahu caranya sahaja. Nabi
pernah berpesan sampaikan dariku walaupun satu ayat. Lihat betapa senang untuk
kita menambah amal kebaikan walaupun dengan hanya mengajarkan orang lain satu
perkara kecil yang berfaedah dan apa yang kita ajarkan itu diamalkan maka
ganjaran pahala itu berterusan mengalir buat kita.
Tidak kira siapa pun kita selagi hayat dikandung badan
sudah pasti kita mampu lakukan sesuatu untuk membantu gerak kerja dakwah. Bermula
dengan diri sendiri kita amalkan ajaran islam dengan sebaiknya iaitu dengan
melakukan suruhan Allah swt dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Itu
merupakan permulaan yang baik buat kita meneruskan langkah yang seterusnya
iaitu menyebar kebaikan. Untuk menyebar kebaikan terlebih dahulu kita mesti
beramal dengan kebaikan.
Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menyebar
kebaikan sebenarnya dan salah satu daripadanya adalah dengan memperbetulkan
yang salah. Sebagai contoh, kita boleh menegur orang sekeliling kita dengan
memperbetulkan kesilapan mereka. Menegur di sini bukanlah menegur secara kasar
tetapi kita perlu menegur secara berhikmah agar yang menerima teguran itu tidak
akan terasa hati. Begitulah yang sebaiknya bukan kerana dalam ghairah kita
melakukan kebaikan jangan pula lupa pada tatasusila.
Kesimpulan
Melakukan kebaikan itu adalah tuntutan manakala menyebar
kebaikan itu pula keperluan. Setiap kebaikan yang dilakukan ataupun disebarkan
itu adalah merupakan cabang dakwah yang dituntut dalam islam malahan
sememangnya menjadi keperluan dalam masyarakat kita. Dakwah untuk semua dan
peranan semua jadi tiada istilah bahawa tugas berdakwah itu merupakan
tanggungjawab orang tertentu sahaja. Kita semua ialah da’i yang
bertanggungjawab menyebar kebaikan terhadap orang sekeliling kita dengan syarat
selagi mana di garis yang benar maka selagi itulah dakwah akan terus bersinar.
Kecewa
itu hati yang terseliuh. Selagi kita bernama manusia pastinya sudah beribu-ribu
kali hati kita terseliuh. Bagaimana cara merawat hati yang terseliuh? Jika
anggota fizikal yang terseliuh mungkin senang untuk kita ubatkan di tempat yang
terseliuh itu. Ini hati yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga
dengannya. Segumpal darah yang bernama hati itu sifatnya begitu sensitif dan
lembut seperti lembutnya tisu. Maka haruslah bijak kita menguruskannya agar
tidak membawa kepada putus asa.
Kebiasaannya
apabila datang kecewa kita akan terus mudah berputus asa tanpa berani bangkit
semula daripada rasa kekecewaan itu. Apabila sudah berputus asa itu maknanya
keadaan hati kita sudah parah atau sinonimnya kita gelarkan sebagai patah hati.
Pepatah ada mengatakan mencegah itu lebih baik daripada merawat jadi rawatlah
hati itu sebelum parah dengan menjadi pahlawan patah hati.
Pahlawan Patah Hati.
Menjadi
pahlawan patah hati bermaksud kita sendiri yang bertindak sebagai jururawat
bagi merawat kekecewaan sendiri. Dengan cara ini, secara tidak langsung mampu
meringankan beban tekanan daripada terus bersarang utuh dalam hati kita yang
kelamaan akan menjadi rapuh jika dibiarkan begitu saja. Oleh itu, tindakan yang
sepatutnya perlu dilakukan iaitu dengan menipu hati kita sendiri. Bagaimana
kita boleh menipu hati?
Dalam
konteks ini menipu yang dimaksudkan lebih kepada memujuk. Apabila hati diundang
kecewa sudah pasti kebimbangan akan menguasai diri jadi bagi memahat rasa bimbang
yang terpatri maka saat inilah hati itu perlu dipujuk dengan kata-kata semangat
yang padu sebagai senjata untuk menipu hati yang dilanda badai gusar itu.
Dalam
situasi diselubungi oleh masalah sudah pastinya perasaan sedih dan kecewa yang
menjengah jadi inilah gunanya peranan ‘pujuk hati’ agar minda beralih daripada
asyik memikirkan hal kecewa yang akan membawa kepada kebimbangan yang melampau
sehingga kepada putus asa. Katakan pada hati “jangan bimbang, teruskan hidup, jangan
mengalah!”.
Sekurang-kurangnya
hati akan sedikit lega apabila dipujuk dengan kata-kata semangat sebagai
meredakan rasa kecewa. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada
membuat keputusan secara emosional. Justeru, segala masalah dapat dihadapi
dengan pertimbangan rasional dan amat signifikan bagi mereka yang sedang
berhadapan dengan masalah untuk menjadi seorang pahlawan patah hati.
Tenangkan Hati, Jangan Bersedih.
Setiap
masalah yang dihadapi sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma bergantung
kepada setiap individu untuk menangani dengan bagaimana cara sekalipun namun
harus diingat langkah pertama yang harus dilakukan iaitu dengan memujuk hati.
Walau sebesar mana pun kecewa yang sedang menghuni hati kita bukan bermakna
kita perlu terus bersedih dan berputus asa. Ingatlah bahawa itu hanyalah akalan
yang bakal melemahkan langkah kita untuk terus bangkit berjuang meneruskan
kehidupan yang penuh warna-warni lagi untuk kita. Maka, ayuhlah sama-sama
tenangkan hati dan lepaskan segala kesedihan.
Apabila
kesedihan itu sudah reda barulah setiap keputusan yang dilakukan akan dilakukan
dengan lebih rasional tanpa dipengaruhi oleh emosional yang melampau-lampau.
Jadi jangan bimbang, pujuklah hati!
Saya
mempunyai seekor kucing. Nama kucing saya ialah Si Comot. Walaupun namanya
comot tetapi dia sangat comel. Si Comot mempunyai ekor yang panjang, bulu
berwarna putih dan hitam serta sepasang mata yang berwarna biru bersinar. Si
Comot sangat cerdik dan manja dengan saya. Apabila dipanggil namanya, dia akan
segera dating. Pada waktu malam dia akan tidur bersama saya di atas katil. Si
Comot sangat menggemari nasi yang digaul dengan ikan goreng. Dia akan makan
dengan berselera sehingga habis.
Pada suatu hari, saya membawa Si
Comot berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan rumah saya. Si Comot
sangat gembira melihat telatah Si Comot. Tiba-tiba tali yang mengikat Si Comot
di tangan saya terlepas. Saya lihat Si Comot
berlari dengan pantas terus masuk ke dalam semak di taman itu. Saya
memanggil Si Comot supaya dia keluar dari semak itu tetapi tiada jawapan. Saya
terus memanggil nama Si Comot dengan lebih kuat tetapi Si Comot masih tidak
keluar. Saya berasa sangat sedih pada masa itu seperti mahu menangis.
Saya meneruskan usaha mencari Si
Comot di sekeliling taman itu namun gagal menjumpainya. Saya pulang ke rumah
menunggu ayah dan ibu saya pulang. Apabila ayah dan ibu saya pulang, saya
menceritakan tentang kehilangan Si Comot. Ayah memanggil kakak dan abang supaya
menolong saya mencari Si Comot di taman. Selepas itu, saya dan keluarga mencari
Si Comot. Saya berasa sedih sehingga menangis. Ibu menasihati saya supaya
bersabar dan berdoa agar Si Comot segera dijumpai. Ayah bertanya kepada orang
ramai di taman itu jika ternampak Si Comot.
Ayah berusaha mencari hingga penghujung taman. Tiba-tiba ayah
ternampak seorang pemuda yang sedang bermain-main dengan seekor kucing lalu
ayah menghampirinya. Kemudian ayah bertanya kepada pemuda itu dimana dia
menjumpai kucing itu. Pemuda itu berkata kucing itu dijumpai di dalam semak.
Ayah menerangkan bahawa kucing itu adalah kepunyaan anaknya yang lari ke dalam
semak. Pemuda itu menyerahkan Si Comot kepada ayah dan meminta maaf. Ayah
tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.
Ayah memanggil kami dan menyerahkan
Si Comot kepada saya. Saya berasa gembira dan bersyukur apabila Si Comot sudah
dijumpai. Saya berterima kasih kepada ayah, ibu, abang dan kakak kerana
menolong mencari Si Comot. Kami pulang ke rumah dengan hati yang gembira.
Di
dalam sebuah kampung, tinggal seekor kucing. Kucing itu bernama Si Tompok. Si
Tompok tinggal bersama tuannya. Tuan Si Tompok bernama Wahid. Si Tompok
merupakan seekor kucing jantan. Badannya berwarna hitam dan terdapat
tompok-tompok berwarna putih. Sebab itulah tuannya memberikan namanya Si
Tompok. Si Tompok suka makan ikan. Dia juga suka bermain di rumah bersama
tuannya. Setiap petang Si Tompok tidur.
Pada suatu hari, Wahid tuannya telah
ke bandar kerana ada urusan penting. Wahid telah meninggalkan Si Tompok
sendirian di rumah. Si Tompok berasa sangat susah hati. Dia terpaksa mencari
makanan sendiri. Wahid telah ke bandar selama seminggu. Si Tompok telah keluar
dari rumah untuk mencari makanan. Si Tompok merayau- rayau di sekitar kampung.
Malangnya dia tidak menemui makanan. Si Tompok sangat sedih dan lapar. Si
Tompok telah bercadang untuk mencari makanan di hutan. Dia menuju ke sebuah
hutan yang terletak tidak jauh dari rumah tuannya. Si Tompok menuju ke hutan
dalam keadaan lapar dan lemah.
Di dalam hutan itu Si Tompok
merayau-rayau mencari makanan. Tanpa disedari Si Tompok berjalan jauh dalam
hutan. Setelah lama berjalan Si Tompok ternampak seekor tikus yang besar. Si
Tompok mengejar tikus itu sehingga dapat lantas dia memakan tikus itu dengan
lahapnya. Setelah kekeyangan Si Tompok tidur di bawah sebatang pokok. Si Tompok
tidur dengan nyenyak sekali. Tiba-tiba Si Tompok tersedar apabila terdengar
suara ngauman yang kuat. Dia terus bangun dan cuba melarikan diri malangnya
lembaga itu telah berada di hadapannya. Si Tompok terkejut melihat seekor
harimau yang besar di hadapannya. Si Tompok menggigil ketakutan. Dia merayu
agar harimau itu tidak mengapa-apakannya.
Melihat Si Tompok yang ketakutan
harimau itu ketawa terbahak-bahak. Si Tompok kehairanan kerana harimau itu
tidak memakannya. Harimau itu memperkenalkan dirinya Pak Belang. Pak Belang
bertanya kepada Si Tompok kenapa berada di dalam hutan itu. Si Tompok
menceritakan bagaimana dia boleh berada di situ. Pak Belang kasihan mendengar
cerita Si Tompok itu. Pak Belang terus berlalu dan meninggalkan Si Tompok. Si
Tompok berasa gembira kerana selamat daripada dimakan oleh Pak Belang.
Si Tompok memutuskan untuk pulang ke
rumah tuannya. Tiba di sebatang anak sungai Si Tompok berhenti untuk minum. Si
Tompok minum dengan perlahan-lahan kerana kehausan. Ketika sedang minum Si
Tompok merasakan ada sesuatu sedang mililit badannya. Si Tompok terkejut melihat
seekor ular sawa sedang membelit badannya dan cuba memakannya. Si Tompok cuba
melawan dengan menggigit dan mencakar badan ular itu.
Tiba-tiba ular itu melepaskan Si
tompok. Si Tompok melihat Pak Belang sedang menggigit ekor ular itu. Ular itu
melepaskan Si Tompok kerana kesakitan. Pak Belang telah menyelamatkan Si
Tompok. Ular itu terus lari ke dalam semak. Si Tompok mengucapkan terima kasih
kepada Pak Belang. Pak Belang menemani Si Tompok untuk pulang ke rumah tuannya.
Sampai dipinggir hutan mereka berpisah. Sebelum Si Tompok pulang dia
mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Pak Belang. Si Tompok berharap agar
mereka akan terus berkawan.